in ,

Lebih 80 Selebriti di FEEL GOOD RUN 2012

LARI DAN BERSERONOK BERSAMA LEBIH 80 SELEBRITI

Dikira sebagai acara larian selebriti berprestij negara, larian amal FEEL GOOD RUN 2012 dengan bangganya akan membawa seramai lebih 80 orang selebriti untuk turut serta dalam larian itu yang akan berlangsung pada hari Ahad, 8 Julai ini di Sri Pentas, Bandar Utama.

Antara artis dan personaliti negara yang bakal menyarungkan pakaian sukan dan mengeluarkan keringat untuk tujuan amal dan sempena ulangtahun stesen ntv7 yang ke-4 adalah – Ning Baizura, Elaine Daly, Daphne Iking, Vanessa Chong, Yasmin Hani, Vanidah Imran, Naz Rahman, Aidid Marcello, Debbie Goh, William San, dan Jasmine Abu Bakar. (Senarai penuh selebriti dilampirkan bersama emel ini)

Dengan hanya yuran penyertaan sebayak RM 25, para peminat mereka bakal mendapat peluang yang jarang diperolehi dengan berlari bersama idola dan artis kesayangan mereka demi tujuan amal melalui kategori “Run with Celebrity”. Kesemua hasil kutipan untuk acara itu akan disalurkan kepada empat benefisiarinya tahun ini – Kiwanis Down Syndrome Foundation, The Pure Life Society, PAWS Animal Welfare Society Malaysia, dan Yayasan Chow Kit.

“Kategori yang melibatkan selebriti ini memberi orang ramai peluang untuk mendekatkan diri mereka secara lebih peribadi dengan personaliti” terlibat dan turut memberikan pengalaman menarik yang tidak dapat dibandingkan kepada para selebriti untuk memberi sumbangan mereka untuk tujuan kebaikanyang amat berharga,” kata Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV.

“Kami amat menghargai keudian para selebriti yang sanggup meluangkan masa untuk acara larian amal ini. Ini juga membuktikan kepada seluruh Malaysia betapa mereka amat menyokong acara amal seperti Feel Good Run,” tambah Airin.

Sejak penyertaannnya dibuka secara rasmi pada 21 Mac, larian amal yang semestinya menyeronokkan itu telah berjaya menarik seramai 5,000 orang peserta dalam hanya empat minggu dan secara langsung memecahkan rekod pada tahun lepas. Tarikh tutup penyertaan yang dijadualkan pada 1 Jun terrpaksa diubah kerana sambutan yang begitu menggalakkan. Kesemua pelari yang telah mendaftar akan menerima sepasang kemeja-t, bib mesej dan buku panduan buat peserta. Sijil penyertaan serta momento akan diberikan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan larian tersebut.

Peserta dan pengunjung juga akan dihiburkan dengan aktiviti menarik di gerai-gerai khas daripada penaja utama (Whiskas & Pedigree), pakaian sukan rasmi (Brooks), majalah rasmi (Health Today) serta para benefisiari bakal turut serta. Makanan burger dan minuman kopi percuma juga disediakan oleh penaja Burger King dan San Francisco Coffee di penghujung trek larian di Central Park yang disediakan berdasarkan mereka yang tiba dahulu.

Feel Good Run Celebs

Maklumat tambahan:

Maklumat larian
Tarikh : Ahad, 8 Julai 2012
Garisan mula : Sri Pentas, Bandar Utama
Garisan penamat : Central Park, Bandar Utama (7km & 3km)
Sri Pentas (700m)

Empat kategori yang diadakan di dalam larian amal ini:
1) Feel Good Run – 7 km, 13 tahun dan ke atas
2) Run with Celebrities – 3 km, 13 tahun dan ke atas
3) Costume Fun Run – 3 km, 13 tahun dan ke atas
4) Kids Run – 700 m, berusia 12 tahun ke bawah

Aturcara
6.30pagi Ketibaan peserta larian
7.00pagi Gathering
7.10pagi Sesi memanaskan badan
7.30pagi Waktu pelepasan – 7km
7.45pagi Waktu pelepasan – 3km
8.00pagi Waktu pelepasan – 700m
9.00pagi Persembahan pembukaan
9.20pagi Ucapan oleh Cik Airin Zainul, Pehurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV
9.25pagi Penyerahan cek kepada para benefisiari
9.45pagi Sesi fotografi
9.50pagi acara potong kek ulang tahun ntv7 yang ke – 14
10.00pagi Acara tamat

Penutupan jalan/laluan
Berikut merupakan jalan yang akan ditutup untuk acara Feel Good Run pada 8 Julai 2012.

Nama Jalan Masa Catatan
Persiaran First Avenue 7.30 – 8.30 pagi Penutupan penuh
Persiaran Bandar Utama 7.30 – 8.30 pagi Penutupan penuh
Lebuhraya Damansara Puchong 7.30 – 8.30 pagi Penutupan satu lorong
Lebuh Bandar Utama 7.30 – 8.30 pagi Penutupan sebahagian
Dataran Bandar Utama 7.30 – 8.30 pagi Penutupan penuh satu lorong
Lebuh Bandar Utama 7.35 – 8.35 pagi Penutupan sebahagian
Changkat Bukit Utama 7.45 – 8.45 pagi Penutupan sebahagian
Persiaran Bukit Utama 7.45 – 8.50 pagi Penutupan sebahagian
Tengkat Bandar Utama 7.50 – 8.50 pagi Penutupan sebahagian
Dataran Bandar Utama 7.55 – 9.00 pagi Penutupan sebahagian
Lebuh Bandar Utama 7.50 – 8.20 pagi Penutupan sebahagian
Jalan BU 3/1 7.55 – 8.25 pagi Penutupan sebahagian

• Kesemua informasi dikemaskini dan diperakui benar sehingga 13 Jun 2012.
• Kesemua jalan raya akan dibuka semula sejurus semua peserta menamatkan larian mereka.

Para peserta boleh melayari www.ntv7.com.my/feelgoodrun atau menghantar sebarang pertanyaan mereka melalui emel ke [email protected] atau hubungi 03-56373821 untuk maklumat lanjut.

Antara Selebriti yang terlibat:

  1. TV Host Dennis Gan
  2. Actor Nimal
  3. TV Host Megan
  4. TV Host Chrystina Ng
  5. TV Host Adam Zain
  6. TV Host Winson Voon
  7. Newscaster Yee Ling
  8. Actor Rashidi Bin Ishak
  9. Actor Tam Suhaimi
  10. Actress Vanidah Imran
  11. Actress Bkay Nair
  12. Actress/Host Ixora Chern
  13. Blogger Suren Haris Anwar
  14. Radio Announcer Hafiz Hatim
  15. Actor Lawrence Wong
  16. Artiste Aini Nadia
  17. TV Host Joanne de Rozario
  18. TV Host Adrian Jalaludin
  19. Radio Announcer Deen Hot FM
  20. Artiste Aidid Marcello
  21. Artiste Jejai MyTV3
  22. Artiste Afiq Zainal
  23. Artiste Sazana Ayob
  24. Artiste John Bear
  25. TV Host Daphne Iking
  26. TV Host Elaine Daly
  27. TV Host Vanessa Chong
  28. Actress Joey Leong
  29. Actor Frederick Lee
  30. Actor ernest
  31. Actress Aenie Wong
  32. Actress Jamie Chu
  33. Actor Coby Chong
  34. Actress Tiffany Leong
  35. Actress Jane Chin
  36. Actress Candy Ice
  37. Actor Johnson Low
  38. Actress Miau Miau
  39. Actor Adrian Tan
  40. Actor Kyo Chen
  41. Actor Goh Wee Ping
  42. Actor Leslie Chai
  43. Actress Debbie Goh
  44. Actress Karena Teo
  45. Actor Alvin Wong
  46. Actor/Radio Announcer William San
  47. TV Host Johan Ariff
  48. TV Host Hani
  49. Newscaster Helmi Majid
  50. Newscaster Jasmine Abu Bakar
  51. Newscaster Praevitriana
  52. Newscaster Tan Ley Teng
  53. Newscaster Tiang Kah Chee
  54. Newscaster Yong Yu Xi
  55. Newscaster Peh Kien Min
  56. TV Host Lisa Wong
  57. TV Host Naz Rahman
  58. Artiste Kit Mah
  59. TV Host Mayjune Tan
  60. Radio Announcer Wayne Thong
  61. Radio Announcer Lee Yue Vonn
  62. Radio Announcer Nicholas Ong
  63. Radio Announcer Kyan Lim
  64. Radio Announcer Angeline Ooi
  65. Radio Announcer Jack Yap
  66. TV Host MeiSim
  67. Singer Ning Baizura
  68. Actress/Singer Yise Loo
  69. Singer Shiha
  70. Singer Adi
  71. Singer Will Ng
  72. Actress Intan Ladyana
  73. Singer Ong Shir Ching
  74. Singer Cheng Koon Si
  75. Artiste Hafidz
  76. Singer Thor Yin Wei
  77. Singer Atilia
  78. Actress Yasmin Hani
  79. Radio Announcer Chad Hot FM
  80. Artiste Acis
  81. TV Host/ Actress Julie Woon
  82. TV Host Joel

Feel Good Run Celebs2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Viewing Party Perlawanan Akhir EURO 2012

Awi Rafael Buang Tatu Guna Perubatan Islam