• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Lebih 6 Juta Penonton Tonton Anugerah Juara Lagu 27

0
  • by Budiey
  • in Anugerah Juara Lagu
  • — 8 Jan, 2013

TERUKIR DI BINTANG JUARA – AJL 27 Raih Lebih 6 Juta Penonton!

Dibawakan secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil kelmarin, Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27) sekali lagi berjaya membuktikan satu penanda aras acara terbesar bukan saja bagi TV3 tetapi bagi sesebuah produksi dan acara hiburan di Malaysia apabila berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 4.2 juta (20 TVR) atau 65% (sumber: Nielsen Audience Measurement). Secara pukal, kadar tontonan keseluruhan AJL 27 telah mencipta rekod dengan tontonan mencecah sebanyak 6 juta.

Sememangnya keunggulan Anugerah Juara Lagu sebagai acara berprestij pembuka tirai tahunan tidak perlu disangkal lagi kerana kemunculannya yang sentiasa dinantikan para peminat muzik tempatan. Bukan sahaja di kaca televisyen, AJL 27 juga dipancarkan menerusi laman web rasmi www.anugerahjuaralagu.com di mana penonton disajikan dengan siaran keseluruhan majlis anugerah serta kandungan eksklusif seperti acara Purple Carpet dan Di Sebalik Tabir.

Jumlah tontonan secara live streaming mencecah hampir 225,000 dengan Malaysia sebagai penyumbang utama kepada jumlah tontonan sebanyak 108,356, diikuti negara-negara lain seperti Singapura (8,057), United Kingdom (3,461), Jepun (1,828) dan Brunei (1,661).

Laman web rasmi Anugerah Juara Lagu 27 pula berjaya mendapat lebih dari setengah juta page views iaitu 507,000 dengan unique views sebanyak 111,350. Manakala di laman sosial media Twitter, #AJL27, #Ramli Sarip dan #Azlan and the Typewriter merupakan tiga kata kunci tertinggi pada malam itu. Sebanyak 149,593 tweets telah dikongsi menggunakan kata kunci #AJL27 dan #AJL.

AJL 27 membawa satu dimensi baru dalam penganjurannya setelah memberi satu impak maksimum melalui persembahan pentas selain komitmen finalis yang membawakan lagu-lagu mereka dengan identiti, pemfokusan dan kreativiti masing-masing. Tahun ini juga memperlihatkan antara penganjuran terbaik membawa konsep berlainan bersempena dengan ulangtahunnya yang ke-27, tema “Ekspresi Seni” dipilih sebagai menerapkan perkembangan dan perjalanan arus muzik dan irama terutamanya di dalam industri tempatan di kemuncak acara gemilang ini.

Tuah kali ini berpihak kepada penghibur dan komposer muda berbakat yang kini giat melebarkan sayap di luar negara, Yunalis Zarai, 27 tahun atau lebih mesra dikenali sebagai Yuna, di mana lagu ciptaan beliau sepenuhnya berjaya muncul sebagai Juara AJL 27. Menariknya, tempat Yuna telah diganti oleh juara AJL 24, Aizat Amdan dan kemenangan ini juga telah memecahkan tradisi di mana buat pertama kalinya lagu yang dibawakan oleh penyanyi pengganti berjaya membawa pulang trofi dan wang tunai sebanyak RM35,000!

Malam kemuncak AJL 27 menampilkan gandingan pengacara popular yang tidak asing lagi iaitu Cheryl Samad dan Faizal Ismail yang menjadi nadi penggerak mewarnai majlis gilang-gemilang ini. Manakala sidang produksi Anugerah Juara Lagu 27 diketuai oleh Muhamad Sufian Che Isa selaku Pengurus Projek dan Khalijah Mohamed (Kelly) bertindak sebagai Penerbit Eksekutif serta turut dibantu dua Penerbit iaitu Hamsiah Biri dan Tengku Sahilawati Tengku Jehori. Selain Xpax sebagai penaja rasmi, AJL 27 turut menampilkan Hot FM selaku radio rasmi. Layari laman web rasmi www.anugerahjuaralagu.com untuk maklumat lanjut.

Komen via Facebook

Komen

Share

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Gambar Nazim Othman & Bella Dally di Anugerah Juara Lagu 27
  • Next story Telefilem Pelamin Di Pusara Lakonan Shahrizal Jaszle & Raja Farah

ENTRI BERKAITAN

  • Gambar Kaer AF di Karpet Biru AJL26 30 Jan, 2012
  • Gambar Adira di Sidang Media Separuh Akhir Muzik Muzik 25 3 Nov, 2010
  • Faizal Tahir Tak Yakin Menang Separuh Akhir Muzik Muzik 25 7 Nov, 2010
  • Video Temubual Eksklusif Bersama Black & RJ Anugerah Juara Lagu 27 2 Jan, 2013

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • MAYA KARIN – BINTANG SYURGA

    Bintang Syurga
  • SEARCH

  • TERKINI

    • Muat Turun Aplikasi Rexona Move & Menang iPad Mini
    • Zahiril Adzim & Shera Aiyob Dapat Anak Lelaki
    • Imam Muda Asyraf Lancar Album Nasyid Pertama
    • Peraduan Jom Menonton Filem MAN OF STEEL™
    • Betul Ke Faizal Tahir Digam oleh Media Prima?
    • Photos World War Z Live In Sunway Lagoon
    • Peluang Kedua Buat Peserta Ceria Popstar Yang Tersingkir
    • Kemewahan Bali di Nusa Dua Beach Hotel & Spa
    • Sinopsis Filem Dampak
    • Ulasan Konsert Mega Bintang Trinity All-Star
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • konsert-mega-bintangUlasan Konsert Mega Bintang Trinity All-StarTuesday, June 18, 2013
    • linkinKonsert Jelajah Dunia 2013 Linkin Park Living Things Di MalaysiaMonday, June 17, 2013
    • sharifah-ainiSebab Kenapa Malam Amal Bersama Tiga Diva DitundaFriday, June 14, 2013
    • pesawatGood Vibes Festival 2013Wednesday, June 12, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • Mistazam on:Gambar Emma Maembong di Anugerah Blokbuster 2
    • nura on:Najwa Latif Sambung Belajar di Unitar International University
    • muhammad aisy aniq nabihan bin ahmad fadzil on:Ujibakat Soccer Kids di TV3
    • muhammad aisy aniq nabihan bin ahmad fadzil on:Ujibakat Soccer Kids di TV3
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    22Jun2013

    G-Dragon World Tour: One of a Kind

    Dari 08:00 PM hingga 11:30 PM

    di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

    Find out more...

    23Jun2013

    Showcase Dayang Nurfaizah @ The Venue

    Dari 08:30 PM hingga 10:30 PM

    di The Venue, Pavilion KL

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Muat Turun Aplikasi Rexona Move & Menang iPad Mini
    • Zahiril Adzim & Shera Aiyob Dapat Anak Lelaki
    • Imam Muda Asyraf Lancar Album Nasyid Pertama
    • Peraduan Jom Menonton Filem MAN OF STEEL™
    • Betul Ke Faizal Tahir Digam oleh Media Prima?
    • Photos World War Z Live In Sunway Lagoon
    • Peluang Kedua Buat Peserta Ceria Popstar Yang Tersingkir
    • Kemewahan Bali di Nusa Dua Beach Hotel & Spa
    • Sinopsis Filem Dampak
    • Ulasan Konsert Mega Bintang Trinity All-Star
  • KALENDAR

    June 2013
    M T W T F S S
    « May    
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan Di Sini

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.