in

Lawak Spontan Mentor Raya Sangat Menghiburkan

GANDINGAN MANTAP MENTOR DAN PROTÉGÉ MEMERIAHKAN PROGRAM SYAWAL DI TV3

Program realiti nyanyian yang paling popular di TV3, Mentor ke-4 telah melabuhkan tirainya pada 4 Julai 2010 selepas menobatkan Ziana Zain dan protegenya, Mohd Izwan Mohd Nor ataupun lebih dikenali sebagai Mohd sebagai juara.

Mentor Raya 2010

Sebelum Mohd memulakan kerjaya beliau sebagai penghibur yang versatil, Juara Mentor musim ke-4 ini akan meraikan para hadirin di Studio Sri Pentas 2 dalam sesi rakaman program khas, Mentor Raya 2010 bersama rakan-rakan seperjuangannya iaitu Adi Hamiz Johar (Adi), Nurhadzwani Binti Salleh (Nani), Ila Damiaa Johar (Ila), Haimie Bin Napsun (Ayim) dan Mohd Shabini bin Ibrahim (Shaq) malam ini.

Mentor Raya 2010

Turut hadir ke studio untuk menjayakan sesi rakaman tersebut termasuk barisan mentor seperti Ziana Zain, Mas Idayu, Azmeer, Mus May, Joe Flizzow dan Dayang Nurfaizah bersama penasihat program Mentor 4 iaitu komposer terkenal, Ajai dan juga koreografer popular, Sazlan. Berkonsepkan santai dan padat dengan elemen hiburan, para penonton bakal dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada gandingan hebat mentor dan protege serta segmen ’gameshow’ yang penuh dengan kejutan.

Mentor Raya 2010

Mentor Raya 2010

Menurut pengarah dan penerbit Mentor, Mohamad Sufian Isa, “Seperti tahun-tahun lepas, Mentor meneruskan tradisi untuk merakam episod khas Raya sebagai tanda penghargaan kepada jutaan peminatnya. Pihak produksi juga mengambil kesempatan ini untuk menemukan semula para protege bersama-sama sifu mereka dalam meraikan hari Syawal yang penuh bermakna ini. Tidak dapat dinafikan bahawa mentor dan protege sudah rapat dan mesra ibarat ahli keluarga, maka keserasian mereka telah mewarnai Mentor Raya 2010.”

“Selain dendangan lagu raya, episod istimewa yang akan bersiaran selama satu jam turut memaparkan bakat terpendam dalam protege bersama Sifu mereka. Saksikan aksi Joe Flizzow dan Ila dalam tarian Zapin, Azmeer dan Nani menonjolkan bakat dalam lakonan, Ziana Zain dan Mohd akan rapping, Dayang Nurfaizah dan Adi pula akan mempersembahkan Dikir Barat dalam Bahasa Sarawak, Mus May dan Ayim menyampaikan lagu raya secara Rock dan Shaq akan melakonkan watak mentornya, Mas Idayu.” tambah Sufian.

Majlis dimulakan dengan sesi penyampaian cek kepada para pemenang Mentor 4. Juara Mentor 4, Mohd dan Ziana Ziana telah membawa pulang hadiah wang tunai RM 100,000 dengan sebuah trofi masing-masing. Adi bersama mentornya Dayang Nurfaizah yang menduduki tempat kedua memenangi hadiah wang tunai RM 30,000 dan trofi masing-masing manakala tempat ketiga Nani dan Azmeer telah memenangi hadiah wang tunai RM 10,000 dan trofi masing-masing.

Majlis diteruskan dengan sesi menandatangani kontrak rakaman Monkey Bone Records serta pengurusan artis The 8 Unit dengan Adi Hamiz Johar (Adi) yang disempurnakan oleh Jacynta Au-Yong, Ketua Bahagian The 8 Unit & Monkey Bone Records dan Edris Adrian, Pengurus Monkey Bone Records sambil disaksikan oleh para tetamu dan wakil media.

Sesi rakaman Mentor Raya 2010 dimulakan dengan persembahan lagu raya ’Selamat Hari Raya’ versi Ahmad Jais yang dibawakan oleh Adi, Shaq, Ayim dan Mohd. Shaq akan mendendangkan lagu ’Waktunya Berhari Raya’ bersama Mas Idayu dan seterusnya Nani, Ila, Ziana Zain, Mas Idayu dan Dayang Nurfaizah akan mempersembahkan lagu ’Suasana Hari Raya’.

Rakaman Mentor Raya 2010 akan diakhiri dengan lagu ’Suasana Hari Raya’ versi Anuar Zain dan Elina oleh barisan protege Mentor 4 iaitu Mohd, Adi, Nani, Ila, Ayim dan Shaq.

Mentor Raya 2010 yang dihoskan oleh Ally Iskandar, diterbitkan oleh Primeworks Studios. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton program istimewa ‘Mentor Raya 2010’ yang bakal disiarkan pada Hari Raya Aidilfitri ke – 10 iaitu 19 September, 2010, hari Ahad jam 9.00malam, hanya di TV3.

Mentor Raya 2010

Mentor Raya 2010

Mentor Raya 2010

Mentor Raya 2010

Mentor Raya 2010

Mentor Raya 2010

Mentor Raya 2010

Mentor Raya 2010

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV3 & TV9 Raikan Ramadan Al Mubarak

Gambar Ziana Zain & Mohd di Rakaman Mentor Raya