in ,

Launch Showcase Butterfingers di Planet Hollywood

Kumpulan “underground” rock-grudge yang unggul, Butterfingers akan mengadakan mempersembahan khas untuk meraikan album terbaru mereka  yang berjudul ‘Kembali’ di Planet Hollywood pada 24 Ogos, pada pukul 10.30 malam.

Kelahiran karya seni terbaru kumpulan Butterfingers bagaikan disusuli dengan sinaran matahari dan kini album studio keenam Butterfingers menandakan album pertama yang diterbitkan di luar naungan syarikat rakaman EMI Music Malaysia. 

Diakui oleh Butterfingers sendiri – Loque, Emmett, Kadax dan Loko – bahawa tahun 2008 dan terutamanya album ‘KEMBALI’ menjanjikan permulaan episod/ceritera baru dalam perjalanan empat seniman ‘luarbiasa’ negara ini. 

Kematangan terserlah di dalam album ‘KEMBALI’, dan Butterfingers melihat seni muzik dengan mata yang optimis seperti yang dapat didengarkan di dalam ‘single’ radio yang pertama, “1000 Tahun (Mahu Hidup)”, yang dilancarkan melalui video muzik di laman YouTube pada Hari Memperingati Kekasih yang lepas.  ‘Single’ kedua mereka , “Maharani” juga telak menerima pujian dari peminat- peminat mereka.

Pada 24 Ogos ini, kesemua anggota Butterfingers akan mengegarkan pentas Planet Hollywood dan akan mempersembahkan lagu-lagu dari album ‘Kembali’ mereka seperti 1000 Tahun (Mahu Hidup), Maharani, Joget Global, Bebas, Merdeka, Air Liur di Kuala Lumpur, Gelombang Cinta and banyak lagi! Ini adalah peluang untuk peminat–peminat Butterfingers untuk menyaksikan mereka mempersembahkan lagu-lagu baru ini semperna perlancaran album “Kembali”.

“Kami cukup berbangga sekali apabila Kumpulan Butterfingers telah memilih Planet Hollywood untuk showcase khas ini. Ini adalah jugak peluang untuk peminat- peminat mereka yang begitu merindui mereka untuk menyaksikan mereka kembali!”,ujar jurucakap Planet Hollywood.

 Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kehebatan kumpulan ini mengegarkan pentas utama Planet Hollywood di dalam sambutan yang penuh bersejarah ini pada 24 Ogos , bermula pada pukul 10.30 malam! Mereka juga menjanjikan yang terbaik pada malam yang istimewa itu. Jumpa anda di sana !

Bayaran masuk untuk menyaksikan persembahan Butterfingers ini ialah RM35, termasuk satu minuman percuma. Planet Hollywood bertempat di bangunan KL Plaza, Jalan Bukit Bintang. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03-2144 6602.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Malaysia’s Sweetheart: Apa Ada Di Nollywood?

Damages Lakonan Glenn Close, Rose Byrne, Zeljko Ivanek di RTM2