in

Larian Amal Feel Good Run 2013

Larian amal Feel Good Run 2013 bakal lebih meriah sempena sambutan 15 tahun ntv7

Tidak hairan jika rakyat Malaysia memilih untuk menikmati makan malam dan terus merehatkan diri di atas sofa sehingga terlena selepas seharian bekerja berbanding melakukan aktiviti fizikal mahupun beriadah.

Pelbagai alasan diberikan rata-rata mereka yang menjalani gaya hidup yang kurang sihat ini. Oleh sebab itulah, ntv7 cuba untuk menggalakkan masyarakat hari ini untuk mengubah cara hidup mereka ke arah yang lebih sihat dan ceria.

Group Picture-001

Menurut Survei Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan yang dikeluarkan pada tahun 2011, 15.1% daripada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas mengalami masalah obesiti. Malah sehingga kini sebanyak 75% daripada kita tidak meletakkan kepentingan untuk bersenam sebagai sebahagian daripada rutin harian.

Inilah antara sebab utama, Saluran Ceria Anda mengambil peluang untuk mempromosi usaha murni ini untuk meneruskan acara larian amal Feel Good Run 2013 yang kini memasuki tahun ketiganya untuk menyebarkan keceriaan di sambil memastikan masyarakat mengamalkan amalan hidup sihat.

Bersempena ulang tahun ke 15 ntv7, acara Feel Good Run 2013 dijangkakan bakal lebih meriah dan menyeronokkan. Tahun ini, ntv7 mengambil keputusan untuk mengekalkan slogan tahun lalu, ‘Do Good Feel Good’ yang pastinya memberi makna yang amat besar dan bermakna serta pemangkin semangat kepada para pesertanya nanti.

“Kami ingin penonton benar-benar rasa lebih baik mengenai diri mereka dan dapat menghubungkan diri mereka dengan rancangan-rancangan dan acara-acara anjuran kami di ntv7. Acara seumpama larian amal Feel Good Run ini merupakan ruang terbaik untuk ntv7 turun padang bersama para penonton disamping memberikan mereka peluang untuk berbakti kepada masyarakat,” kata Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV, Airin Zainul.

“Memandangkan ini merupakan ulang tahun ke 15, pastinya ntv7 ingin meraikannya dengan penuh meriah. Tiada yang lebih baik selain berbakti semula kepada masyarakat dan menemui para penonton kami selain memberi galakan kepada mereka untuk turut beramal serta untuk memberi kesedaran mengenai hala tuju terbaru kami menerusi acara ini,” tambah Airin.

“Bermula tahun ini, kami lebih banyak menumpukan pengisian kandungan yang menepati golongan profesional dan dewasa yang memiliki mentaliti dan citarasa urban atau ringkasannya golongan MUPAs yang bermakna Modern Urban Progressive Adults,” jelasnya lagi.

Feel Good Run 2013 akan diadakan pada 7 Julai dan bermula seawal 6.00 pagi sehingga 10.30 pagi. Garisan permulaannya adalah di Sri Pentas, Bandar Utama manakala garisan penamat berakhir di Central Park, One Utama. Pelbagai aktiviti juga bakal diadakan di Central Park di mana kesemua peserta digalakkan untuk turut serta.

Group Picture 2-001

Sempena ulang tahun ke 15 ntv7, pihak penganjur mengambil keputusan menawarkan “kategori 15KM” pada tahun ini yang memberi peluang pesertanya untuk berlari untuk jarak yang lebih jauh berbanding sebelum ini. Peserta juga boleh memilih kategori pilihan mereka sendiri seperti:

1) 15KM Feel Good Run
Bagi usia 16 tahun dan ke atas

2) 7KM Feel Good Run
Bagi usia 13 tahun dan ke atas

3) 2.3KM Bananana! Run (untuk kanak-kanak)
Bagi usia 7-12 tahun sahaja

Bagi mereka yang berminat menyertainya, pendaftaran bakal dibuka bermula 1 April nanti sehingga 31 Mei 2013 atau sehingga maksimum 5,000 pelari didaftarkan. Mereka boleh melakuka pendaftaran menerusi dalam talian di www.ntv7.com.my/feelgoodrun, atau secara alternatifnya mendaftar secara manual di Federal Territory Amateur Athletic Association (FTAAA) dan di Twenty First Century Sports (M) Sdn Bhd. Yuran pendaftaran adalah RM35 untuk 15KM, juga RM35 untuk 7KM dan RM15 bagi 2.3KM.

Tahun ini, Feel Good Run akan memudahkan peserta yang ingin mendaftar untuk bilangan jumlah yang lebih ramai dengan memperkenalkan “bulk registration” bagi mereka yang ingin mendaftarkan secara kumpulan terhad sehingga 10 individu bagi kategori 15KM atau 7KM. Bagi mereka yang ingin bertanya lebih lanjut tentang bagaimanakah anda boleh turut serta bolehlah menghantarkan emel mereka ke “Hooha! Asia” di enquiry@hooha.asia.

Terdapat juga pakej korporat eksklusif untuk menggalakkan organisasi-organisasi berminat menyertai acara Feel Good run dengan mencalonkan kakitangan mereka untuk berlari di dalam pasukan. Bayaran minima bagi pakej ini adalah RM1,000 bagi maksimum 15 orang pelari sepasukan. Syarikat-syarikat yang berminat boleh menghantarkan emel mereka ke feelgoodrun@ntv7.com.my.

Kit larian peserta akan disertakan kemeja-T, bib bermesej dan buku panduan. Peserta yang berjaya menamatkan larian mereka akan diberikan cenderahati sebagai momento dan sijil penyertaan di garisan penamat.

Sementara itu, stesen Saluran Ceria Anda juga akan memulakan inisiatif tanggungjawab korporat sosialnya pada keseluruhan bulan Mei dimana lawatan khas dan aktiviti yang sesuai akan dijalankan di lokasi penerima sumbangan tahun ini selaku benefisiari Feel Good Run 2013. Antara benefisiari bagi Feel Good Run 2013 adalah Hospis Malaysia, Malaysian Rare Disorders Society, Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah (cadangan) dan SPCA. Kesemua sumbangan yang diterima melalui acara larian itu dan pakej korporat akan disalurkan sepenuhnya secara sama rata kepada empat benefisiari terpilih ini.

Tahun lalu, acara larian amal ini berjaya mengutip sejumlah RM142,800 dengan penyertaan lebih 5,000 peserta berdaftar dan lebih 80 orang selebriti yang turut serta menjayakan inisiatif murni ini yang juga merupakan acara larian terbesar yang diadakan di Bandar Utama. Senarai penuh selebriti yang terlibat pada tahun ini akan diberitahu kemudian. Bagi peserta yang berminat untuk berlari sambil memakai kostum menarik amat dialu-alukan seperti tahun-tahun sebelum ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Feel Good Run 2013, sila layari www.ntv7.com.my/feelgoodrun atau ikuti akaun Facebook ntv7 (www.facebook.com/ntv7.feelgood) dan Twitter (www.twitter.com/ntv7). Bagi pengguna Twitter di seluruh negara, anda digalakkan menggunakan hashtags khas #ntv7fgr and #dogoodfeelgood untuk acara Feel Good Run 2013 ini.

Group GM of ntv7 & 8TV giving speech on the treadmill-001

Celebrities participating in warm-up session-001

ntv7 The Breakfast Show Hosts L-R Satira Diana, Sasha Bashir, Lisa Wong-001

Celebrities @ Feel Good Run 2013 PC-001

image005-001

Background on our beneficiaries:

Hospis Malaysia offers professional Palliative Care to patients who are suffering from life-limiting illness, and who live within Klang Valley, while the Malaysia Rare Disorders Society is set-up to represent and look out for the welfare of individuals including their families that are affected by rare disorders. A rare disorder is a medical condition that affects only a few people in the population and usually has genetic origins, like brittle bones disease. Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah was established to help accommodate children who have been abused and neglected. SPCA Selangor is a well-known, animal welfare organisation that aims to protect defenseless animals and to alleviate their suffering.

About ntv7:
ntv7 first came on air on 7 April 1998 and was Malaysia’s third private free-to-air TV station. The station has also positioned itself as a “Feel Good” channel and along this tagline has set itself apart from the other stations with an emphasis on branding. ntv7 is also synonymous with the urban viewers providing trendy, interactive and enriching content that transcends across various digital media platforms such as 3G and mobile content. For more information, log on to www.ntv7.com.my.

ntv7 is wholly owned by Media Prima Berhad, the largest integrated media house in Malaysia which also owns TV3 (First private free-to-air TV station in Malaysia), 8TV (the first station for young viewers), TV9, Primeworks Studios Sdn Bhd (Film production and distributor), New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (one of the largest newspaper production group), three radio stations – Fly FM, Hot FM and One FM and four outdoor media companies – Big Tree Outdoor Sdn Bhd, UPD Sdn Bhd, The Right Channel Sdn. Bhd. and Kurnia Outdoor Sdn. Bhd. Media Prima’s digital communications and broadcasting subsidiary, Alt Media, additionally offers a leading-edge online HD-ready quality viewing experience for viewers of all four TV stations via its TonTon portal (www.TonTon.com.my).

About Grand Lexis Port Dickson
Nestled majestically along the coastal stretch of Port Dickson, Grand Lexis is an award winning resort offering 317 villas overlooking the Straits of Malacca. Each villa is equipped with its own private pool and a tranquil indoor garden – a unique feature for serenity and tranquillity. Each room is accessorized with a large 32” LCD TV, coffee and tea making facilities, mini fridge, microwave oven, safe deposit box, ceiling fan and individually-controlled air-conditioning are just some of the premium amenities in each of the suites. Wi-Fi internet access is included within every suite. Log-on to www.grandlexispd.com for more information.

About Lexis Port Dickson
Lexis Port Dickson is located near the town of Lukut and is approximately 4.8km from Port Dickson, Negeri Sembilan. The resort is easily accessible via the North-South Expressway and Port Dickson – Seremban Highway. It is only an hour and a half away by car from Kuala Lumpur. Accommodation at Lexis Port Dickson consists of the modestly proportioned Deluxe Water Chalet and Executive Water Chalet, all the way up till Premium Water Chalets. For a taste of sky-high living, the Premium Tower Seaview is recommended. All units come with a balcony. Log-on to www.lexispd.com for more information.

Fact Sheet

Organiser: ntv7

Since: 2011 (annual charity fun run)

In-conjunction with: ntv7’s 15th anniversary

Running Partners: Fly FM, Hot FM, one FM
New Straits Times, Berita Harian
Tonton

Official Sports Attire: Brooks

Official Magazine: Health Today

Official Fitness Centre: Celebrity Fitness

Official Venue: One Utama

Race Management: Twenty First Century Sports Sdn Bhd
Hooha! Asia

Supported by: PDRM (Polis Diraja Malaysia)

Beneficiaries: Hospis Malaysia
Malaysian Rare Disorders Society
Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah
SPCA

Date: Sunday, 7 July 2013

Total Expected: 5,000 runners
Runners

Venue: The start point for all categories in the run will be at Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor. The finish point for all categories in the run will be at Central Park, One Utama. All routes will be around Bandar Utama area.
Categories: 15KM Feel Good Run (for age 16 and above)
7KM Feel Good Run (for age 13 and above)
2.3KM Bananana! Run (for age 7 – 12 only)

Fees: RM35 – 15KM and 7KM
RM15 – 2.3KM

Registration: www.ntv7.com.my/feelgoodrun (online)
Federal Territory Amateur Athletic Association (FTAAA) and at the Twenty First Century Sports (M) Sdn Bhd (manual)

Bulk Registration: Maximum of 10 individuals, only for 15KM and 7KM / Email enquiries to enquiry@hooha.asia

Corporate Package: RM1,000 (a team with a maximum of 15 runners) / Email enquiries to feelgoodrun@ntv7.com.my

Running Kit: Comprising a t-shirt, a message bib and a runner’s guide

Finisher’s Memento: All participants who successfully complete the race in their selected categories will be awarded a Finisher’s Memento in a medal form.

Finisher’s Certificate: All participants who successfully complete the race in their selected categories will be awarded a Finisher’s Certificate.

Official Website:
www.ntv7.com.my/feelgoodrun

Twitter hashtags:
#ntv7fgr
#dogoodfeelgood

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mojo Terima Anugerah di Hong Kong Asian-Pop Music Festival 2013

TV2 Siar Drama Terbaik Terbitan Unit Drama TV