in

Lara Hati Seorang Ibu Drama Nur Iman Di TV1

Lara Hati Seorang Ibu Drama Nur Iman Di TV1

Dalam usia yang semakin meningkat tua tiada apa yang diharapkan oleh seseorang itu selain kebahagiaan yang mampu diberikan oleh keluarga terdekat termasuklah anak, menantu dan cucu tersayang.

Begitu juga kisah melatari drama bertajuk Nur Iman disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 14 September 2012 (Jumaat), jam 10.30 pagi yang membariskan pelakon Kartina Aziz, Bil Azali, Normah Damanhuri, Erin Malik, Eizlan Yusuf dan Yasmin Marissa mengisi slot Nurani di TV1.

Rasa rindu yang membuak-buak terhadap anak yang telah meninggalkannya lebih 20 tahun menghambat perasaan Mak Jah untuk menjejak kehidupan anak kandungnya itu hingga ke Kuala Lumpur.

babak dalam Nur Iman

Mak Jah sedar, anaknya Eman bukan sengaja mahu meninggalkan mereka sebaliknya dia telah dihalau oleh arwah suaminya kerana satu kejadian yang tidak terduga. Hinggalah dalam perjalanan, Mak Jah telah menyelamatkan pemuda bernama Iman Irshad yang cedera walau pun tidak dipersetujui oleh Lim.

Kejadian berikutnya dimana Leha terkejut melihat Iman Irshaad berada di rumah Mak Jah. Dia mendesak Mak Jah jelaskan siapa yang Mak Jah bawa balik, tetapi Mak Jah meminta Leha rahsiakan hal kehadiran Iman Irshad.

Rafi dan Jamil amat gembira bila Iman Irsyad tidak datang kerja kerana ini akan memudahkan lagi ‘misi rahsia’ mereka mencuri stok-stok barangan keperluan harian di tempat kerja untuk dijual untuk dapat duit lebih sebelum menjelang raya. Sementara Intan, bimbang Iman Irshad tak datang-datang kerja dan hilang ‘tanpa dapat dikesan’. Dia adukan hal itu pada Aida, namun Aida pandang ringan kerana yakin Iman Irshad selamat dan boleh menjaga dirinya sendiri.

Walaupun Iman Irshad ‘menolaknya’, Mak Jah tidak putus asa dekati Iman Irshad sehingga menyebabkan dia lupa sebentar niatnya ingin mencari Eman. Rahsia Mak Jah ‘mengurung’ Iman Irshaad sedikit tersingkap selepas Mila, datang ke rumahnya menghantar juadah berbuka puasa.

Mila menyusup masuk ke rumah Mak Jah menggunakan ‘kunci pendua’ Mak Jah yang disimpan Leha ketika Mak Jah keluar selepas tidak berpuas hati Leha seperti cuba sembunyikan sesuatu darinya (Mila) bila dia beritahu kejadian ‘aneh’ di rumah Mak Jah. Mila terkejut melihat Iman Irshaad. Iman Irshaad mahu Mila membuka rantai yang membelenggu kakinya. Dia ingin balik ke Kuala Lumpur kerana ada hal penting.

Kehilangan Iman Irshad mula merisaukan Aida. Dia mendesak Eman mencari Iman Irshad tapi Eman seperti tidak ambil berat pasal Iman. Aida keluarkan berita kehilangan Iman Irshad di dalam surat khabar dan disedari Mila. Mila hubungi Aida dan beritahu di mana Iman Irshad. Eman amat terkejut bila dapati alamat di mana Iman Irshad berada adalah rumahnya. Dia balik ke kampung.

Mampukah harapan Mak Jah ingin bertemu Eman akhirnya tercapai? Siapakah pula Iman Irshad yang ditolongnya? Saksikan kesudahannya dalam drama menjejak kasih keluarga ini hanya di TV1.

Kartina Aziz dan Normah Damanhuri dalam Nur Iman

Kasih ibu dan anak dalam Nur Iman

sedih ... babak dalam Nur Iman

konflik ... watak Eizlan Yusof dan Marissa Yasmin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung GALAXY Note 10.1

Resident Evil: Retribution Exclusive Malaysian Red Carpet Premiere With Li Bingbing