in

Lapan Peserta Terpilih Ke Peringkat Akhir Bintang Rtm 2009

PERSAINGAN DUA TEMPAT MELENGKAPKAN LAPAN PESERTA TERPILIH KE PERINGKAT AKHIR BINTANG RTM 2009

Pentas Auditorium Perdana Angkasapuri minggu ini, 7 Jun 2009 (Ahad) bakal menjadi saksi pertaruhan enam finalis yang sememangnya memiliki pengikutnya tersendiri. Masakan tidak, mereka adalah kalangan finalis yang popular berbanding peserta lain yang mendapat undian semula penonton setelah gagal menjadi pilihan juri pada peringkat Separuh Akhir 1 dan Separuh Akhir 2 untuk meneruskan cabaran mara ke Peringkat SMS Separuh Akhir Bintang RTM 2009, jam 8.30 malam bersiaran secara langsung di TV2.

Nizam

Namun peluang hanya diberikan kepada dua peserta terbaik antara empat peserta wanita melibatkan Ziana, Irsa, Zilla dan Reen yang dicabar dua peserta lelaki, Azwan dan Nizam yang menjanjikan persembahan terbaik minggu ini dengan lagu-lagu popular pilihan masing-masing.

Dua finalis terpilih akan mengiringi enam finalis, Adli, Fatin, Ernie, Ikbal, Anna dan Aina yang telah pun diumumkan dalam dua Peringkat Separuh Akhir lalu menempah tempat ke Peringkat Akhir Bintang RTM 2009 yang berlangsung 28 Jun 2009 kelak yang keseluruhannya menampilkan lapan peserta merebut gelaran Bintang RTM 2009.

Pastinya persaingan sengit bakal dipersembahkan kepada penonton dan pengikut setia masing-masing apatahlagi keenam-enam finalis ini pastinya tidak akan mempersiakan peluang terakhir ini untuk menjadi pilihan juri pula sekaligus membuktikan mereka selayaknya menerima kepercayaan para penyokong yang mengundi mereka sebelum ini. Tambahan pula, masing-masing dilihat memiliki X Factor dan keistimewaan tersendiri yang pastinya mampu memikat juri yang begitu menitikberatkan penguasaan vokal dan kemampuan seseorang peserta menguasai pentas ini.

Dua peserta lelaki yang menerima undian SMS tertinggi yang sekaligus melayakkan diri bertarung di peringkat ini, Azwan dan Nizam bakal menguasai pentas dengan lagu Malam nyanyian asal kumpulan Kembara dan Harapan yang dipopularkan oleh Hazami. Nizam yang terdahulu pernah menyampaikan lagu Tekad dilihat sebagai memilih lagu yang sesuai dengan suaranya. Azwan pula yang dilihat ’mesra kamera’ dan berkeyakinan setiap kali mengadakan persembahan berhasrat menguji kemampuan vokalnya dengan lagu malar segar ini.

Pastinya persaingan diberikan oleh empat peserta wanita dimana Ziana tampil menyanyikan lagu asal Jac Victor, Di bawah Pohon Asmara. Meskipun sebelum ini pernah tewas menerusi lagu Bisakah namun ia tidak mematahkah hasrat anak kelahiran Shah Alam ini untuk mempertaruhkan nasibnya sekali lagi.

Manakala Irsa pula membawakan lagu Memori Tercipta nyanyian Shila OiAM, Zilla mendendangkan lagu Setelah Aku Kau Miliki nyanyian Shima dan Reen mengalunkan suara menerusi lagu Lagenda nyanyian Ratu Jazz, Sheila Majid. Kemampuan melontarkan suara dengan lagu-lagu bernada tinggi jika berjaya disampaikan dengan baik pastinya menjanjikan persaingan sengit di kalangan mereka.

Kemeriahan beraksi turut diselang-selikan dengan kehadiran dua artis undangan, The Fabulous Cats dan penampilan penyanyi terkenal, Jac Victor. Artis undangan bakal beraksi dengan single terbaharu mereka, The Fabulous Cats mendendangkan lagu Ratu Novela dan Jac Victor dengan lagu Bertamu Di Kalbu.

Reen

Ziana

Azwan

Untuk mengetahui perkembangan terkini serta info-info peserta bertanding, usah ketinggalan  melayari laman sesawang rasmi, www.bintangrtm.com dan radio rasmi Muzikfm di mana Pertandingan Bintang RTM 2009 ini sedang menuju puncak pertandingan akhir yang bakal berlangsung pada 28 Jun 2009 kelak.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ustaz Akhil Hayy Mungkir Janji?

Jawapan Trivia: Jam Casio G-Shock Milik Iqram Dinzly