in

Langkah Pertama Kumpulan TAXI

TAXI – LANGKAH PERTAMA

TAXI adalah sebuah kumpulan baru yang lahir daripada sebuah program realiti anjuran bersama Hot.fm dan Krafts Malaysia, iaitu “Twisties Bingit”. TAXI telah dinobatkan sebagai kumpulan yang menjadi JUARA musim ketiga yang telah diadakan awal tahun 2011 Kumpulan ini terdiri daripada empat anak muda yang berbakat dan berasal dari Larkin, Johor. TAXI dianggotai oleh Cidin (20 tahun) sebagai vokalis, Wan (24 tahun) sebagai gitaris, dan pasangan adik-beradik iaitu Suki (24 tahun) dan Amin (20 tahun) yang masing-masing adalah pemain bass dan juga pemain drum.

Single pertama mereka iaitu “Angkubah” telah dipersembahkan pada konsert finale “Twisties Bingit” yang bertempat Stadium Kelana Jaya. Setelah menjuarai program tersebut Hot.fm telah memutarkan lagu berentak pop ini mulai Januari 2011. Video klip bagi single pertama mereka ini telah pun siap dan telah mula disiarkan hampir di semua stesyen televisyen termasuk Astro, bermula Julai yang lalu.

TAXI

Single terbaru daripada kumpulan ini adalah sebuah lagu rancak bertajuk “Warna”. Lagu ini telah dicipta khas buat Kraft Malaysia untuk menggantikan lagu tema “Twisties Mesti Mau” yang dipenuhi dengan elemen-elemen penuh keceriaan. Bunyi kicauan dan siulan burung yang turut dimasukkan dalam susunan lagu menerbitkan rasa gembira kepada para pendengar di samping menyampaikan mesej ‘warna-warni dunia’ menerusi lagu.

Selain daripada memuatkan 2 buah single ini, album sulung Taxi bertajuk “Langkah Pertama” ini turut memuatkan 2 buah lagu baru mereka, “Mimpi Semalam” dan “Ku Emosi”. Selain itu, lagu “Ghazal Untuk Rabiah” yang dipopularkan oleh Jamal Abdillah dan Dato M Nasir juga turut dimuatkan dalam album ini. Bezanya, lagu ini telah digubah semula dengan elemen modern dalam versi rock. Sentuhan segar daripada TAXI ini walau bagaimanapun masih mengekalkan keaslian lagu ini dengan mengekalkan nilai-nilai etnik yang sedia ada. Lagu “Ghazal Untuk Rabiah” ini pernah dipersembahkan oleh TAXI di dalam peringkat awal pertandingan “Twisties Bingit” dan telah mendapat komen yang amat positif daripada juri professional juga menerima sorakan gemuruh daripada para penonton.

Berikut adalah senarai lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ‘Langkah Pertama’ daripada TAXI:
1. Warna
2. Ku Emosi
3. Mimpi Semalam
4. Ghazal Untuk Rabiah
5. Angkubah

Jangan lupa untuk mendapatkan album sulung TAXI, “Langkah Pertama”, yang mula berada di pasaran pada 23hb Ogos 2011 ini. Selain daripada mempersembahkan vokal yang mantap daripada vokalis kumpulan ini (Cidin), album ini tentunya sesuatu yang menarik dengan memuatkan karya-karya segar TAXI, khas buat anda.

LIRIK LAGU WARNA
Senilagu & Senikata : Iwan
Hakcipta Senilagu & Senikata : NAR Publishing Sdn Bhd

Indah hari bersamamu
Menempuh semua hariku
Kau selalu di hatiku
Kau selalu di sisiku

Bila diri bersamamu
Ku rasa dunia yang baru
Kau mampu menciptakan
Diriku senyum selalu

Bila kita selalu bersama
Terasa dunia milik kita berdua

Indahnya kehidupan di dunia
Penuh warna yang selalu mengejar
Dan bila kau di sisi bertambah bahgia

Bila diri bersamamu
Ku rasa dunia yang baru
Kau mampu menciptakan
Diriku senyum selalu

Bila kita selalu bersama
Terasa dunia milik kita berdua

Indahnya kehidupan di dunia
Penuh warna yang selalu mengejar
Dan bila kau di sisi bertambah bahgia

Indahnya kehidupan di dunia
Penuh warna yang selalu mengejar
Dan bila kau di sisi bertambah bahgia

Selain itu juga, jangan lepaskan peluang untuk mengabadikan lagu ini sebagai nada dering anda! Bagi Maxis Caller Ringtones, dial *131*229226# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.musicunlimited.com.my. Bagi Celcom Call Me Tones, sila dial *118*127163# dan tekan call/send, ataupun dengan melayari http://www.channelx.com.my. Manakala bagi Digi Caller Tunes pula, anda boleh dapatkan lagu ini dengan menaip CT0130346 dan hantar ke 2000 ataupun dengan melayari http://ct.digi.com.my. Bagi mendapatkan U Mobile Colour Tones, sila dial *118*5*2*310852# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.u.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telemovie Kasanova Metropolitan Lakonan Amanda Misbun

AirAsia 20% Off for All Seats, All Flights