in , ,

Lana Nordin Nafi Guna Ilmu Hitam Pikat Johan As’ari

Pelakon Lana Nordin meluahkan rasa sedih apabila dituduh menggunakan ilmu hitam untuk memikat Johan As’ari gara-gara aktor tersebut telah melamarnya untuk dijadikan sebagai isteri dalam tempoh masa tiga hari perkenalan.

Johan & lana nordin

Lana, atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 33, berkata, dia terkejut apabila dituduh sebegitu kerana dirinya bukanlah seorang pengamal ilmu hitam sebaliknya menyifatkan lamaran Johan, 27, itu adalah jodoh yang ditentukan Allah S.W.T.

“Susah untuk terangkan situasi ini, saya anggap perkenalan dalam tempoh tiga hari ini dan kemudian terus dilamar dianggap sebagai pertemuan baik antara saya dan Johan. Ini kerana saya mahu seorang lelaki yang menerima saya seadanya dan kemudian membimbing saya mengubah diri ke arah kebaikan. Terkejut juga apabila orang anggap saya gunakan ilmu hitam terhadap Johan. Itu adalah tuduhan yang tidak masuk akal.”

Menerusi sebuah laporan akhbar pada Khamis lalu, Johan yang sebelum ini dianggap menjalinkan hubungan mesra dengan penyanyi Shila Amzah dilaporkan telah melamar Lana untuk dijadikan sebagai isterinya selepas tiga hari berjumpa. Pasangan itu bertemu ketika menjayakan sebuah program pada 18 Oktober 2013 lalu dan tiga hari kemudian, Johan terus meluahkan isi hati dan hasrat beliau untuk memperisterikan aktres seksi itu.

Pada laporan tersebut, Johan berkata, dia percaya Lana adalah jodohnya yang dimohon ketika mengerjakan umrah pada April lalu.

Dalam pada itu, Lana mengakui ibu kepada Johan yang dikenali sebagai Datin Firdaus masih belum menerimanya sepenuh hati dan percaya, perubahan diri yang dilakukan sedikit demi sedikit akan melembutkan hati wanita tersebut.

Sementara itu, Johan pula berkata, dia percaya, perubahan Lana untuk menjadi seorang Islam yang baik pasti akan membuatkan ibunya menerima wanita yang dicintai itu. Sumber: Mstar Online

Johan & lana nordin

Johan & lana nordin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sebalik Tabir Muzik Video Masih Aku Cinta Shila Amzah

Pixy Memperkenalkan Siri Pembersih Mekap Semudah Satu Langkah