in ,

Lana Nordin Bakal Nikah Dengan Pemain Bola Tampar AS

Pelakon Lana Nodin bakal melangsungkan perkahwinan dengan pemain bola tampar Amerika Syarikat (AS), David McKienzie pada 15 Mei depan.

Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin, 35, berkata, dia berkenalan dengan David ketika menghadiri sebuah acara yang diadakan di Singapura pada 27 Oktober tahun lalu.

By @mstardotcomdotmy "Pelakon Lana Nordin dan bakal suaminya, David McKienzie mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan pada 15 Mei 2015. #mstaronline #hiburan #lananordin" via @PhotoRepost_app

“Biarpun perkenalan kami singkat tetapi itu bukan soal utama kerana paling penting kami serasi dan paling penting dia memahami tentang Islam. Saya dan David mahu mempercepatkan perkahwinan ini kerana tidak mahu menunggu lama dan kami masing-masing pun sudah bersedia,” katanya kepada mStar Online.

Lana ditemui pada sidang media khas pengumuman mengenai perkahwinan itu yang diadakan di Hotel Istana di sini, Rabu.

Dalam pada itu, Lana memberitahu, David atau nama Islamnya Mohd Daud McKienzie, 35, memeluk agama Islam pada 5 Disember tahun lalu dan turut dibantu oleh rakan baiknya, pelakon Lisdawati.

Jelasnya, ia adalah saat paling indah dalam hidupnya apabila David mengambil keputusan memeluk agama Islam.

“Dia faham apabila ingin berkahwin dengan saya dia perlu memeluk Islam dan dia faham tentang agama kita kerana pernah tinggal di Dubai selama 7 tahun.

“Ia hadiah hari jadi yang paling istimewa yang pernah saya terima apabila Mohd Daud memeluk Islam,” katanya.

Sementara itu, Lana mendedahkan David melamarnya pada 3 Januari lalu ketika mereka bercuti di New York, Amerika Syarikat ketika menikmati makan malam.

“Saya tidak tahu dia akan berbuat demikian dan saya sangat terkejut tetapi pada masa sama sangat gembira,” katanya.

Pernikahan dan perkahwinan pasangan itu dijangka akan diadakan di Hotel Istana dan akan diuruskan oleh Bill Bora dan aktres Lisdawati sebagai perancang perkahwinan.

Terdahulu, Lana pernah bercinta dengan aktor Johan As’ari dan pernah merancang untuk berkahwin sebelum mereka berpisah selepas sebulan bercinta.

Lana kemudiannya dikaitkan dengan mempunyai hubungan dengan aktor baharu iaitu Mas Khan.

Sumber: Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Janji Tiada Lagi Ketidaktentuan Bil

4.6 Juta Tonton Anugerah DFKL 2015