in ,

Lakonan Nasha Aziz Sebagai Ibu Dalam Telemovie 7 Dulang Asam Pedas

Lakonan Nasha Aziz Sebagai Ibu Dalam Telemovie 7 Dulang Asam Pedas di TV1

[dropcap]K[/dropcap]epada peminat aktres Nasha Aziz yang merindui kemunculannya membintangi drama TV, luangkan masa anda menyaksikan drama menarik lakonannya bertajuk, “7 Dulang Asam Pedas” pada 6 Januari ini, jam 10.00 pagi menerusi saluran TV1 yang menyaksikannya bergandingan dengan pelakon Norman Hakim, Intan Ladyana, Zarynn Min, Hairul Azreen dan Faralyna Idris.

Kisah asam pedas diangkat menyatukan tiga jiwa antara si dara, Jamaliah dengan lelaki bernama Jamal yang kemudiannya baru terbongkar rahsia bahawa lelaki itu adalah bekas kekasih ibunya sendiri, Junaidah.

[pullquote align=”right”]Drama 7 Dulang Asam Pedas lakonan Nasha Aziz akan disiarkan pada 6 Januari ini, jam 10.00 pagi menerusi saluran TV1[/pullquote]

Junaidah amat menyukai asam pedas yang dibeli anaknya, Jamaliah di Kedai Asam Pedas JJ. Sejak itu Jamaliah sering ke kedai itu membelikan asam pedas kegemaran ibunya itu. Namun sikap lepas cakap dan kejujuran melampau Jamaliah telah membuatkan Kedai Asam Pedas JJ gamat setiap kali dia hadir. Ini membuatkan pekerja-pekerja di situ enggan melayan kerenahnya. Cuma Jamal, pemilik kedai yang sanggup melayan kerenah Jamaliah.

Namun semua yang dikomen Jamaliah semuanya masuk akal dan membawa pulangan yang baik terhadap kedainya. Sejak itu Jamal merasa terhutang budi dengan Jamaliah dan tidak mengenakan bayaran terhadap asam pedas yang dibeli oleh gadis itu. Dalam diam dia menyimpan perasaan terhadap Jamaliah tetapi enggan berterus-terang kerana dalam masa yang sama, dia sentiasa dihimpit oleh Sheen, anak orang kaya yang terlalu obses dengan dirinya.

Di rumah hubungan Jamaliah dengan ibunya bertambah rapat berbanding sebelumnya. Junaidah dapat merasakan anaknya mula memahami kehendaknya terutama minatnya terhadap asam pedas. Hinggalah satu hari ibunya bertanyakan Jamaliah tentang calon suaminya. Jamaliah tidak menjanjikan apa-apa sebaliknya menentukan kepada jodoh bila Jamal akan terbuka hati mahu melamarnya.

Meskipun risau penerimaan ibunya terhadap Jamal yang dirasakan seusia ibunya, Jamaliah nekad mahu mempertemukan keduanya. Tetapi alangkah terkejutnya Jamal apabila mendapati ibu kekasihnya itu adalah bekas kekasihnya yang ingin dinikahinya 20 tahun lalu. Masing-masing kelu lidah untuk berkata-kata.

Seperti yang dijanjikan, majlis pertunangan Jamaliah dan Jamal mula diaturkan. Jamaliah menghadiahkan ibunya kebaya cantik untuk dipakai sewaktu majlis berlangsung kelak. Namun sebenarnya dia mempunyai perancangan lain demi masa depan ibunya yang tersayang.

Apakah sebenarnya yang cuba diaturkan oleh Jamaliah? Bagaimana pula dengan Sheen yang tidak sudah-sudah mengejar cinta Jamal? Saksikan kesudahannya dalam 7 Dulang Asam Pedas hanya di TV1.

Hairul Azreen dalam 7 Dulang Asam PEDAS

Nasha pegang watak ibu dalam drama ini

Norman Hakim dan Nasha Aziz

lakonan Nasha Aziz dalam 7 Dulang Asam Pedas

drama 7 Dulang Asam Pedas

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri 5 Bujang Arahan Dato Eizlan Yusuf

Sinopsis Drama Dalam Setiap Sujud Lakonan Keith Foo & Nur Fathia