in

Lahir 1 April Dapat Hadiah dari RTM

RTM BERI CENDERAHATI ISTIMEWA KEPADA MEREKA YANG LAHIR 1 APRIL

Orang ramai yang lahir pada tarikh 1 April layak menerima cenderahati istimewa daripada Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena Ulang Tahun RTM ke-64 yang akan disambut pada 1 April ini.

Kejutan tersebut sebagai langkah mendekatkan stesen penyiaran awam berkenaan dengan rakyat sesuai dengan konsep “merakyatkan RTM” selain memeriahkan lagi sambutan ulang tahun penubuhannya kali ini.

Demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Komunikasi Korporat RTM, hari ini.

Orang ramai yang lahir pada 1 April boleh mengemukakan tarikh lahir masing-masing ke Bahagian Komunikasi Korporat RTM dengan menyatakan nombor MyKad atau MyKid bagi kanak-kanak.

Cenderahati istimewa tersebut boleh dituntut pada 3 dan 4 April 2010 bermula jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang di Kompleks Angkasapuri sempena Karnival Sorakan 1Malaysia 1Dunia yang diadakan khusus bagi memeriahkan sambutan Ulang Tahun RTM ke-64 dengan membawa bersama MyKad dan MyKid penerima yang bertuah sebagai bukti.

10 penonton atau pendengar RTM yang paling awal menghantarkan menyertaan akan diraikan dalam satu majlis di Angkasapuri dan sebarang pertanyaan lanjut diminta menghubungi Bahagian Komunikasi Korporat RTM di talian 03-2288 7200 sebelum jam 5.00 petang, 31 Mac 2010.

Peluang masih terbuka kepada penerima yang lain dan hanya perlu hadir ke Karnival Sorakan 1Malaysia 1Dunia di Kompleks Angkasapuri pada 3 dan 4 Mac 2010 untuk mendapatkan cenderahati istimewa daripada pihak Urus setia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Majlis Pelancaran Drama Spa Qistina

SuriaFM Sambut Earth Hour di Restoran Linda Onn