in , ,

Jom Dengar Lagu Terbaik UNIC Dalam Album UNIC GREATEST HITS

Sebuah album terbaharu nyanyian UNIC iaitu UNIC GREATEST HITS terbitan dan edaran UNICDOTMY Pro Sendirian Berhad dan edaran bersama Warner Music (M) Sendirian Berhad. Album ini telah berada di pasaran sejak Mac 2015. Jom dengar dan hayati!

UNIC merupakan sebuah kumpulan nasyid yang telah bertapak dalam industri hiburan sejak tahun 2002 dan telah menghasilkan 10 buah album. Pada suku tahun pertama 2015, UNIC tampil dengan album terbaru mereka yang ke-11 iaitu UNIC Greatest Hits. Album ini merupakan sebuah album kompilasi yang memuatkan 17 lagu-lagu terbaik UNIC termasuk empat buah lagu baru.

Antara lagu-lagu baru yang terkandung di dalam album ini ialah Syamail Muhamadiah, Seindah Sabar, Pesona Ramadhan dan sebuah lagu yang diberi nafas baru, Binnabil Huda “France Edition”.

unic

Syamail Muhammadiah merupakan lagu tema rancangan kapsul Syamail Kesempurnaan Rasulullah S.A.W. yang ditayangkan Astro Oasis. Album ini juga turut mendapat sentuhan penulis lirik dan pengacara terkenal, saudara Fedtri Yahya yang mencipta lirik lagu yang bertajuk Seindah Sabar dan lagu oleh Bazli UNIC.

Pesona Ramadhan menampilkan UNIC bersama kumpulan Simfoni dengan lirik dicipta oleh Ust Pahrol Md Juoi. Selain daripada itu di dalam album ini turut menampilkan penyanyi nasyid dari Perancis, Mounir Le Rappel dengan lagu Binnabil Huda “France Edition”.

Lagu-lagu lain yang dimuatkan di dalam album ini ialah, Maha Suci Allah (menampilkan Amer Al-Mawlid), Hijrah, Ikramul Kareem (menampilkan Imam Muda Hassan, Imam Muda Jabbar, Imam Muda Naufal dan Imam Muda Hafiz), Sangkar Hati, Ubatan Hakiki (menampilkan Fadzli Far East), Atas Nama Cinta, Menuju Wawasan, Iqra, Bintang Syurga (menampilkan Raqib Majid), Langkah Tercipta, Solatlah Wahai Permata Hatiku dan tidak ketinggalan lagu yang telah memenangi Naib Juara Anugerah Nasyid IKIM.fm iaitu Seiring Sehaluan. Turut dimuatkan dalam album ini lagu Warkah Cinta yang menjadi lagu tema untuk drama bersiri Warkah Cinta yang disiarkan di TV Al-Hijrah. Lagu ini menampilkan UNIC bersama Imam Muda Nazrul.

Album ini adalah terbitan dan edaran UNICDOTMY Pro Sendirian Berhad dan edaran bersama Warner Music (M) Sendirian Berhad. Album ini telah berada di pasaran sejak Mac 2015 dan telah terjual melebihi 1,000 unit dan dijual di pasaran dengan harga RM21.90 seunit. Selain dari pasaran luar, peminat boleh mendapatkan album ini di secara online di www.unicmyshop.com.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV2 Tayang Filem HANSEL & GRETEL : WITCH HUNTERS

Joe Flizzow Lancar Produk Pakaian di Good Fellas