Lagu Tak Bisa Memilihmu di Carta Era & Opening Act Konsert Samsons
Kita telah pun menikmati lagu 6ixth Sense, Tak Bisa Memlihmu. Ramai yang berpendapat lagu tersebut sememangnya mempunyai mutu, keistimewaannya tersendiri dan digemari ramai. Terbukti, lagu ini sudah 5 minggu berada dalam Carta Era di Radio Nombor Satu Negara iaitu Radio Era. Terkini, untuk pengetahuan anda lagu Tak Bisa Memlihmu telah pun berjaya menduduki tempat ke-4 dalam Carta Era. Tahniah! Kepada anda yang memilih lagu ini untuk diputarkan di Radio Era, ribuan terima kasih kami ucapkan. Teruslah memberi sokongan anda dengan memilih lagu ini di masa akan datang. Pastikan Lagu Tak Bisa Memilihmu menjadi juara Carta Era pula!


kredit foto: Jinggo Fotopages
Tanggal 11 Ogos 2007, bertempat di Auditorium Menara PGRM, Cheras telah berlangsung Konsert Samsons di mana 6ixth Sense telah diundang sebagai artis undangan. Sebanyak 4 buah lagu telah dipersembahkan oleh 6ixth Sense iaitu Begitu Indah, Hari Ini Dan Semalam, Tak Bisa Memilihmu dan Rayuan Gombal. Persembahan 6ixth Sense menerima pujian ramai pihak terutama sekali penonton yang datang rata-ratanya terhibur dengan gaya persembahan dan mutu penghayatan yang memberangsangkan. Boleh dikatakan persembahan opening act dari 6ixth Sense telah berjaya menghangatkan lagi pentas konsert. Penampilan 6ixth Sense dalam konsert besar seperti ini diharapkan dapat memperkenalkan lagi 6ixth Sense di kalangan peminat muzik di Malaysia. Lagu-lagu baru dari album terbaru 6ixth Sense yang didendangkan sudah tentu akan membuat penonton lebih teruja untuk mendengarnya dan seterusnya akan membeli album terbaru dari 6ixth Sense di pasaran. Sememangnya adalah menjadi harapan dan aspirasi 6ixth Sense untuk mengadakan konsert mega seperti Konsert Samsons ini. Semoga peminat akan terus memberikan sokongan kepada band ini.
Technorati Tags: konsert samsons, carta era lagu terbaik, anugerah era, anugerah era 07, anugerah era 2007, komen anugerah era 07, sixth sense opening act, anugerah era ulasan, pemenang anugerah era 2007, keputusan anugerah erra, gambar pertunangan erra fazira engku emran, majlis pertunangan ef dan ee, lirik lagu tak bisa memilihmu, persembahan anugerah era, showcase pra anugerah era, showcase anugerah era, gambar artis era video 3gp percuma, video klip ramadan

Baca artikel lain yang berkaitan:









June 25th, 2008 at 4:56 pm
kalau boleh buat album yang lebih menarik tau…..
August 15th, 2008 at 8:41 pm
lagu ni best n x la tu sngt….
November 4th, 2008 at 3:30 pm
adi i love you????
November 29th, 2008 at 6:02 am
lagu yg best sama mcm org je…
December 29th, 2008 at 12:32 am
hello it is test. WinRAR provides the full RAR and ZIP file support, can decompress CAB, GZIP, ACE and other archive formats.
ydiviborahuwtllgjnuuecwvvrruxptoxvchello
January 19th, 2009 at 10:59 am
saya suka lagu nie…semua org!da beli kerr…
novel x bisa memilihmu sedih cerita tue…
October 4th, 2009 at 11:46 am
lgu xtak bisa memilihmu best giler..!
November 13th, 2009 at 10:51 pm
cpe yunk xmynat lguw tak bisa memilihmu mmg GILAA,,!!!!!!!!!!!!!!!1