Lagu Sayang SHAE di Akustik Shae Astro Ria
0“Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu”

Anda kenal dan cinta dengan lirik ini? Seorang bintang daripada Indonesia, Sheryl Gething, atau lebih dikenali sebagai SHAE, bakal mengubat rindu para peminatnya di Malaysia!
Nama yang begitu sinonim dengan lagu “Sayang” ini mengorak langkah mendekati para peminat di Malaysia! SHAE tampil dengan sebuah rancangan ekslusif yang mengupas proses pembikinan album sekali gus membawa penonton mengenali SHAE dengan lebih intim lagi…
Khas buat para peminat yang cinta dan sayang pada SHAE, nantikan “Akustik Shae” di Astro Ria menjelang Khamis, 13hb Disember 2012, pada jam 10.30 malam!








