Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Lagu Raya Terbaru Raihan + Hujan Salam Aidilfitri Ayahanda Dan Bonda



SINGLE LAGU RAYA RAIHAN + HUJAN

Salam Aidilfitri Ayahanda Dan Bonda

Semakin dekat menghampiri Hari Lebaran, semakin banyak lagu-lagu raya berkumandang di corong-corong radio. Lagu-lagu bertemakan hari raya dari era 60an hingga ke era sekarang tetap mendapat tempat di hati pendengar.

Kita dikejutkan dengan satu kolaborasi yang tidak pernah terfikir oleh ramai orang iaitu gabungan kumpulan Raihan dengan sebuah indie band Hujan. Jika dilihat, kedua-dua genre muzik ini mempunyai identity yang berbeza di antara satu sama lain. Sebuah lagu raya menjadi pertaruhan mereka dalam menyaingi senarailagu-lagu raya yang telah sedia ada. Bertitik tolak dari itu idea untuk merakamkan lagu rauya duet ini telah lama disimpan oleh Raihan, setelah setahun menungu akhirnya Raihan dan Hujan merealisasikan impian mereka.

Namun apa yang terhasil dari kerjasama kreatif Raihan dan Hujan telah membuka mata banyak pihak bahawa kedua-dua genre muzik ini sebenarnya boleh digabungkan untuk menghasilkan sebuah hasil kreatif yang menarik tidak menjadi keterlaluan boleh dikatakan inilah kolaborasi tergempar di masa kini yang berlaku di dalam indusrti muzik Negara.

Langkah Raihan dan Hujan menjalinkan kerjasama ini membuahkan satu hasil yang mengkagumkan.

Lagu raya yang berjodol “SALAM AIDILFITRI AYAHANDA DAN BONDA” adalah hasil nukilan lirik dan melodi sdr Abu Bakar Md Yatim dari kumpulan Raihan. Dalam lagu ini susunan muzik disusun oleh Noh dan kumpulan Hujan manakala susunan vocal oleh kumpulan Raihan.  Kedua-dua kekuatan ini digabungkan di dalam lagu ini maka tehasillah sebuah kerjasama yang unik.

Raihan dan Hujan pastinya tersenyum puas dengan kerjasama ini kerana proses rakaman hanyalah mengambil masa 2 minggu untuk disiapkan. Di samping itu sebuah klip video juga telah disiapkan untuk tayangan stesen-stesen tv di Malaysia dan Indonesia. Klip video tersebut telah dijalankan penggambarannya di Kg Baharu Kuala Lumpur.

Lagu ini megisahkan tentang keinsafan seorang anak terhadap ayah dan ibunya yang bersusah payah menyediakan persedian di hari raya demi membahagiakan anak-anak mereka. Namun di sebalik kegembiraan anaknya menyambut hari raya dengan baju baru dan sebagainya, kedua ibubapa nya terpaksa berkorban untuk mencari wang dalam menyediakan kelengkapan raya. Setelah dewasa barulah si anak memahami bahawa betapa peritnya ayah dan ibu berkorban demi melihat anak-anak yang tersayang bergembira di hari lebaran. Walau apa pun cara yang dilakukan untuk membalas jasa orang tuanya, ia tidak mampu membayar segala titik peluh yang telah dikeluarkan olah si ibu dan ayah. Hanya doa dan harapan moga Allah sahajalah yang berkuasa membalas segala pengorbanan ibubapanya.

Lagu ini telah dirakamkan di Studio AG, Cheras manakala mixing dikendalikan oleh Greg Anderson dan mastering oleh LC Toh.

Lagu ini boleh diturun muat ke dalam telefon bimbit dengan menaip: MAXIS, CELCOM. DIGI, UMOBILE. Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut bolehlah melayari www.metamobile.com.my.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Video Klip Lagu Raya Raihan & Nuh Salam Aidilfitri Ayahanda Dan Bonda
  • Pantun Lawak Hari Raya dan Pantun Aidilfitri
  • Pantun Hari Raya Aidilfitri Akademi Fantasia 5
  • Album Kompilasi Lagu Raya Terbaru
  • Lirik Lagu Raya Nubhan Aidilfitri Limpah Kurniaan Ilahi
  • Ucapan SMS Salam Aidilfitri Awal Ashaari
  • Ucapan SMS Salam Aidilfitri daripada Fouziah Gous
  • E-Kad Raya Aidilfitri 2011
  • MAWI, MIMIE AISHA DALAM UCAPAN HARI RAYA SIARAN LANGSUNG SALAM LEBARAN
  • Pening Raya Lagu Raya Duet Salih Yaccob & M.Nasir



    • http://selangor2u.com/blog/ selangor2udotcom

      macam menarik jugak lagu ni…kena download nie

    • khaira_196

      wow…mamang bes gler arr lagu ni..syabas kpd raihan & hujan

    • taufek

      dah bermacam-macam cara berdakwah,klau x sedar jugak x tau lle



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK