Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Lagu Pawana & Album Terbaru Ziana Zain Kini di Pasaran



Setelah berkumandang di radio, kini single terbaru daripada Ziana Zain berjudul Pawana mula menambat hati pendengar. Lama menanti buah tangan Ziana Zain, sekarang peminat penyanyi bersuara lantang itu sudah dapat memiliki album yang ke-7 yang memuatkan 10 buah lagu yang lebih segar dan bermutu… katanyalah. Dengan mengekalkan konsep pop yang sama, Budiey rasa album terbaru Ziana Zain akan terus memberi ruang bagi Ziana mengekalkan namanya dalam industri. Sebabnya, memang agak lama kita tak dengar khabar berita pasal karier kakak kepada Anuar Zain ini. Tup-tup dah keluar dengan album baru. Tahniah ler!

Persis mahu meniru taste citarasa adiknya, Ziana Zain juga menggunakan namanya sebagai judul album, dan turut menggunakan khidmat komposer dari Indonesia. Entah-entah ada lagu bertajuk ”Perempuan Ini…” He he he… 

Harapnya, jangan pula ada pihak yang nak bangkitkan isu menggunakan komposer Indonesia ini dan dipolitikkan macam yang berlaku kat Anuar Zain. Nampaknya, makan hati lagilah komposer tempatan apabila semakin ramai penyanyi yang sanggup terbang ke Indonesia dan melabur wang berjuta semata mahukan kepuasan. Jadi, kepada komposer semua cuba buat lagu yang lagi baik di masa akan datamg. Jangan buat lagi yang klise dan super dooper streotype.

Yang penting, Ziana Zain pun tahu yang pendengar muzik zaman sekarang dah tak macam dulu lagi. Kalau boleh semua lagu dalam album superb-superb belaka. Jadi, nak tak nak kena buat sehabis baik dan sudah tentu ada perubahan pada bunyian dan muzik yang punya impak untuk santapan pendengar. Baru album meletop dan pecah rekod.

Budiey belum lagi mendengar lagu terbaru Ziana Zain… jadi tidak dapat mengulas panjang tentang lagu terbaru Ziana Zain. Tunggu sahaja lirik lagu Pawana -  Ziana Zain yang akan saya letakkan di Sensasi Selebriti tidak lama lagi.

Ada di kalangan pembaca yang sudah memiliki album terbaru Ziana Zain?

Senarai album rakaman Ziana Zain setakat ini:

  1. Madah Berhelah
  2. Ziana Zain 1993
  3. Setiaku Di Sini
  4. Puncak Kasih
  5. Ziana Zain 1998
  6. Aku Cintakan Mu
  7. Ziana Zain No. 1s Live
  8. Ziana Zain – Ziana Zain

Gambar Ziana Zain masa berlakon dalam Qabil Khushri Qabil Igam…

[tags]lagu pawana, lagu terbaru Ziana Zain, lirik lagu pawana Ziana Zain, lagu perempuan ini, album Ziana Zain, gambar Ziana Zain, cover album Ziana Zain, gossip anuar zain, profile Ziana Zain, alamat rumah Ziana Zain, profile artis malaysia, download mp3 ziana zain, torrent, bittorrent, komen lagu Ziana zain, ulasan album ziana zain[/tags]

Tags:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Ziana Zain di Anugerah Industri Muzik 18
  • Gambar Ziana Zain Bertudung Bersama Jejaka Mana Ni?
  • Rancangan Raya Ziana Zain
  • Ziana Zain Selamat Melahirkan Anak Kembar Lelaki dan Perempuan
  • Apa Dah Jadi Dengan Tangan Ziana Zain?
  • Gambar Bayi Ziana Zain Diperkenalkan Pada Januari 2010
  • Gambar Ziana Zain di Sidang Media Mentor Musim Ke-4
  • Sneak Preview Rakaman Konsert Fenomena Anuar Zain & Ziana Zain
  • Gambar Ziana Zain Hamil
  • Gambar Terbaru Ziana Zain di Majlis Ulangtahun Murai



    • affanazami

      OMG!!!!!

    • lcw

      wauuuuu…suatu yg hebat!!!!x sabr tuk dptkan dipasaran nie….. sure dah kuar?

    • affanazami

      tak kuar pun lagik bang???!! Tadik saye trus g mines okey! carik! lusa nak g carik kat midv pulak! update tau bang! saye sgt sgt nakkkkkkkkkkkkkkk

    • asr

      Sering baca baru 1st time komen.

      Dah dengar lagu baru Ramlah Ram – Ketentuan? Saya dengar di imeem. Memukau. Vokal begitu power sekali. Dahsyat. Dan Lagu Dirgahayu… fuuuh, merdu. Bila agaknya album baru dia akan di pasarkan?

      Harap Budiey dapat buat review album baru Ramlah Ram nanti. Sama seperti Ziana Zain… suatu comeback yg ditunggu2…

      thanks.

    • http://www.budiey.com Budiey

      Salam Affanazami, biasanya album baru akan ambik masa juga untuk dipasarkan.. tapi kalau kat Mines tu, sepetunya dah ada…

      Cuba cari kat Tower records kat klcc lak.. hehehe

    • kiah_ariana

      kalu nak beli album baru,kalu yg dekat2 damansara leh pegi kat 1utama..bkn kat speedy but kat satu lagik kedai music..lupa nak kedai tuh..kat new wings…kenapa kat situ?pastinya sennag dapat poster…kekadang byk store x nak kasik poster..kata dah abis,when i bought anuar zain 2007,siap dapat 3 poster anuar!!!mmg cool cashier kat sana!!!so nak carik album ziana pun kat sana..!!!

    • haq89

      Kepada semua peminat ziana zain dan muzik tanahair, jgn lah anda tertipu dengan helah sesetengah pihak, yang hanya magu menggempar gempurkan keadaan yang belum lagi wujud pun.

      Album kak ziana, masih lagi dalam pembikinan. Dan ia tidak mungkin keluar hari ini, esok mahupun lusa. Kang keluar nanti, kak ziana pasti mendapat liputan luas dari berita harian dan juga utusan dan sebagainya.

      Jadi, jangan percaya kata2 angin ni semua.

      Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan terbaru Ziana Zain, mari sama2 menjadi Ahli Kelab Peminat Ziana Zain, Zianafolks di http://www.zianafolks.net

      Sekian, wakil Zianafolks, Singapura.

    • boyz_86

      kepada semua fans2 ziana zain ….jgn lah korang tertipu dengan berita sebegini…kepada budiey dah x ada citer sensasi ker yg ko nak kluarkan. kenapa nak tipu fans2 zz?? kalau dah x ada citer yg betul jgn lah nak pandai2 kluarkan citer2 bukan. kesian semua fans2 ziana zain ok. kepada semua fans zz jgn lah caya dengan apa yg korang baca nie…album kak g belum kluar lagi..kalau nak sumber yg boleh dipercayai ttg zz..korang semua boleh melayari laman web zianafolks.net/forum. kat sana ada segala-galanya. JGN MUDAH TERTIPU DENGAN SEGALA PEMBOHONGAN MURAHAN SEBEGINI..SEKIAN

    • affanazami

      owh? mungkin bang budiey silap upadte kot> takpela. janganla hentam sebegitu! korang ni! jgn emo! kite nak hepy2! tak kesah la kalo salah update. yg penting harapan tu ade! positif la sket!

    • ADAMazraai

      Semalam i gi One Utama carik album ZZ…takde lagi la…pelik gak dengar berita yg album zz dah kuar sebab selalunya klu album zz nak kuar mesti i tau nyer…and mmg every album i akan beli on the 1st day kuar kat pasaran….

    • affanazami

      really? nanti kalo da kuar, wud u care to inform me, ADAMazraai??

    • http://www.friendster.com/kelapamadu kelapamadu

      Weiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ni yg aku hangin ni Budiey
      album Kak Ziana kite mane kuar lagi
      minggu lepas terjumpe Anuar Zain kat Concorde waktu buka puasa
      tanye dia dia pun kata baru ade 5 lagu Kak Ziana pilih
      memang lambat lagi beb

      bythe way setuju ngan ASR
      lagu Kak Melah memang vastttttttttttttttt
      biarlah radio lain ala2 banned dia
      tapi radio yg Lebih Hangat Dari Biasa gak yg menghargai combaeck artis2 hebat cam Kak Melah ni
      selalu kuar

      sedap siotttttttttttttttttttt
      at least suara dia masih bertenaga

      Hidup Kak Ziana n Kak Melah

    • amanisma

      mana aku cari tak de pulak album ni, tak sabar nak dengar lah

    • http://popularity yatie_7

      kemana hilang yang artis popular selama ini dan saya harap album yang terbaru bestbest belaka dan masih hebat

    • Neo

      ZZ penyanyi yg bgus,malangnya terus membisu ..Album yg drancang juga msh lg dlm proses…Keluarkn dulu single,bru release album..Kalo x,smpai bila pun xjadi.

    • Mickey morales

      Kpd Ziana Zain, lebih baik anda tunaikan dulu haji sepertimana anda hajatkn sbelum umur anda cecah 40thn. Kmudian, br la fikir pasal projek album.. Aura anda tdk lg shebat dulu..Namun, saya percaya kemampuan anda…Anda antara penyanyi plg saya kagumi.. Vokal power & personaliti yg hebat serta bersih dr kontroversi mjdikan anda antara artis malaysia paling popular.Tahniah ziana zain..Smoga berjaya melahirkan album yg hebat…

    • http://www.e-rafa.com Honeybee

      smoga Allah swt mngurniakn baby girl utk kak zz 1 ari nti .. insyaAllah

    • emyzara

      dah berkurun dahhhhhhhhhhhhhhh …………………… kak ziana oiiiiiiiiiiiiii tak larat nak dgr janji dah… esokkkkkkkkk terus DINGINNNNNNNN dan di timpa PAWANA terussssssssssssssssssssssss MELARA JIWA ……..

    • http://www.ceriteraarieve.blogspot.com arep

      pawana aku hadir kini
      mendekati batas usang
      ku tersa salju cinta lalu
      dalam titis-titis hujan…..

      tu baru sikit… budiey betul tang tajuk lagu jer…

      tapi still cheap..

    • petra@dubies

      lirik lagu kak ziana

      Ziana Zain – Pawana

      Pawana ku hadir kini
      Mendekati batas usang
      Ku terasa salju cinta lalu
      Dalam titis2 hujan
      Bagaimana aku harus menghalusi jiwa
      Untuk terus idup dalam nafas cuci
      Terpasa aku terbang jauh lagi

      Terkadang aku jatuh dan menangis
      Terkadang aku rebah tak daya berdiri
      Ku gentas bungawan di perantauan
      Membalut jala luka hati
      Melindungi dari resah yang menghujan

      Pawana ku hadir kini
      Mendekati batas usang
      Ku terasa salju cinta lalu
      Dalam titis2 hujan
      Bagaimana aku harus menghalusi jiwa
      Untuk terus idup dalam nafas cuci
      Terpasa aku terbang jauh lagi

      Terkadang aku jatuh dan menangis
      Terkadang aku rebah tak daya berdiri
      Ku gentas bungawan di perantauna
      Membalut jala luka hati
      Melindungi dari resah yang menghujan

      Di saat pilu lar itu kasih…
      Aku gagahi melangkah
      Selagi dirahmati
      Aku menahan harapan…………..

      Terkadang aku jatuh dan menangis
      Terkadang aku rebah tak daya berdiri
      Ku gentas bungawan di perantauan
      Membalut jala luka hati
      Melindungi dari resah yang menghujan
      Oooooooooooooo………..

    • http://azzhar9009.blogspot.com/ azzhar9009

      mana ada kuar lagi la.. soon may be 2011



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK