in

Lagu Memori Nyanyian Nik Nabil Inspirasi Teater Muzikal

Pihak Damansara Performing Arts Centre (DPAC) telah menghubungi pihak Nik Nabil tentang keputusan muktamad mereka untuk memilihnya sebagai individu yang berjaya untuk projek d’Next Artist 2014. Projek d’Next Artist 2014 anjuran DPAC adalah sebuah program untuk mengetengahkan bakat – bakat baru dalam kategori seni lagu, teater dan juga tarian.

Nik Nabil yang telah menghadiri ujibakat di DPAC telah mempersembahkan dua buah lagu gubahan sepenuhnya sendiri iaitu lagu Memori dan Selalu. Pihak juri DPAC telah dipetik berkata bahawa mereka menginginkan Nik Nabil memasukkan elemen teatrikal dalam persembahannya dan menggunapakai secara maksimum props – props ciptaannya seperti topeng – topeng dan busana berinspirasikan sejarah silam dan mistikal.

Pihak DPAC, melalui projek d’Next Artist 2014 akan menyediakan tempat persembahan secara percuma kepada artis- artis baru berbakat besar yang terpilih. Pihak DPAC telah memutuskan untuk memberi tiga slot persembahan di Black Box, di DPAC Damasara Perdana kepada Nik Nabil bermula dari 26 haribulan hingga ke 28 September 2014, dengan setiap slot persembahan antara 20 minit dan tidak melebihi 30 minit sahaja.

“Saya berasa begitu bersyukur dengan peluang yang diberikan oleh pihak DPAC. Cabaran yang pihak DPAC berikan kepada saya supaya mengintegrasikan lagu Memori dan Selalu, serta topeng dan busana ciptaan saya ke dalam sebuah persembahan bercorak teatrikal sangat mengujakan. Saya akan berusaha gigih untuk memastikan pihak DPAC yang bertindak selaku mentor saya bagi d’Next Artist 2014 akan berpuas hati dengan persembahan saya nanti,” komen Nik Nabil akan pemilihannya ke dalam d”Next Artist 2014.

Pihak Nik Nabil juga sedang giat memulakan kerja di belakang tabir untuk mengurus dan mencari para penaja serta para karyawan terdiri daripada pelakon dan juga penari untuk menjayakan persembahannya nanti di DPAC untuk projek d’Next Artist 2014 ini. Pihak yang berminat bolehlah menghubunginya di info@nabilamin.com.

“Kalau tak ada aral melintang, saya terfikir untuk menggabungkan unsur tarian hip hop iaitu Popping and Locking ke dalam beberapa segmen tarian yang ada di dalam persembahan yang akan diberi nama Memori ini. Saya amat meminati kumpulan Poreotics dari Amerika. Jadi, persembahan ini bukan sahaja bakal memaparkan karya asli gubahan lagu saya tetapi juga kareografi unik hip hop malah mungkin juga saya akan cuba terapkan elemen gerakan dari ukiran dinding dari Angkor Wat dan Borobudur,” tambah Nik Nabil dengan bersemangatnya.

About Nik Nabil

Nik Nabil adalah penyanyi dan penggubah lagu indie yang baru menapak di dalam industri hiburan tanahair. Usaha sulung beliau, lagu Memori yang mendapat sentuhan susunan lagu dari AG Coco telah dipilih oleh stesen TV9 untuk dinyanyikan oleh peserta peringkat akhir salah satu program mencari bakat ciliknya, iaitu Idola Kecil Musim ke-6.

Untuk info lanjut, sila layari blog rasmi Nik Nabil di nabilamin.com

Work in Progress Summary of Memori the Play at DPAC:

The play centres around the character, Andhika Pramuthya’s journey to enlightenment. Since he was a child, Andhika felt out of place, since everyone in his time was only identified as numbers and do as what they’e are told.

Little did he know that, he and the townspeople are drugged/spell-binded and isolated from the real world because they are ‘different’ – meaning they have a unique gene that seeks out spirituality, more altruistic and have the most potential to be enlightened.These traits are a threat to the warlords and also warlocks. One of the most adverse effects of the drugs given to Andhika’s people is that they can’t dream but day by day, Andhika kept having flashes of visions and it unsettles him. One day, he decided to act on his vision and that led him from one adventure to another. He met the Guardians of the Mask – mythical and magical beings that laid tasks for Andhika to overcame so that he can attain the magic and power of the masks to fight evil and save himself and his kind, perhaps the rest of humanity.

In one of those journeys, he met a beautiful young lady, curiously also masked. They flirted but they never let their guards down, never too trusting to open up, since it might endanger their lives, so they never showed their real faces to each other .

In one of the ensuing battles, Andhika was mortally wounded and grasping for his last breaths. The guardians appeared and tried to persuade Andhika to accept their gift of a very curative water, the Amrita, a life giving sustenance that could cure all wounds and restore ailing hearts, but Andhika said to give the water to a certain boy that will come along. The boy is of noble birth and is ailing from a terminal disease but he have a heart of gold and his life if extended will benefit the world of the living manifolds.

When Andhika died in the arms of the girl he loved watched over by his guardian friends, a small frail boy appeared already in the cusp of death. The girl brough the Amrita to the child’s mouth and the child’s health was restored.

The boy said, I was sure that I was going to die today and I woke up today set my heart to help 100 people and I did and I could even have died happily but as I’ve finished my quest, I felt a tug at my heart to come to this place. I asked the voice how could I truly thank him, he said this is not necessary as only God is the All Powerful and Merciful of death and life, he is merely at his mercy too. Then, I asked him if he is a mortal, a sign so that I can know him, perhaps repay his kind deeds to his kins or offsprings. He said that I can find him in the memories of those who knew him.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengalaman Budiey Guna Aplikasi Shawn Cutler

Senarai Selebriti Popular Meriahkan OMG FEST 2014