in

Lagu Lagenda P. Ramlee Menguji Peserta Popstar

[dropcap]S[/dropcap]etelah dua minggu konsert berlangsung tanpa sebarang penyingkiran, akhirnya seorang peserta iaitu Tasha terpaksa akur dengan keputusan yang telah dibuat kerana menjadi peserta pertama yang disingkirkan pada konsert minggu ketiga program Ceria Popstar yang bersiaran pada hari Ahad, 26 Mei 2013 jam 11.30 pagi.

LAGU LAGENDA P. RAMLEE MENGUJI PESERTA POPSTAR

[pullquote align=”right”]Tasha jadi peserta pertama tersingkir dari Ceria Popstar[/pullquote]

Menurut Pengurus Saluran Astro Ceria, Hadzelynda Khairuddin berkata,

“Kami telah memberikan peluang yang sewajarnya buat para peserta untuk membuktikan kehebatan seiring dengan bakat yang mereka miliki. Sepanjang tiga minggu konsert Ceria Popstar ini berlansung, kita dapat saksikan sendiri kesungguhan, semangat, bakat dan usaha yang mereka curahkan dalam menyampaikan persembahan dengan cemerlang dan boleh saya katakan di sini, kesemua lapan peserta berjaya menunjukkan prestasi yang sangat membanggakan termasuklah peserta yang tersingkir pada kali ini iaitu Tasha.”

Diharapkan agar penyingkiran Tasha ini menjadi titik tolak buat dirinya bagi memperbaiki diri dan terus mengejar cita-citanya untuk menjadi penyanyi tanah air yang berjaya dan diharapkan juga supaya kesemua peserta yang masih bertahan dapat terus berusaha untuk Berjaya di pentas Ceria Popstar”.

Tema bagi konsert minggu ketiga ini ialah ‘LAGENDA P.RAMLEE’ dimana kesemua lapan Bintang Ceria Popstar dikehendaki untuk menyanyikan medley lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh lagenda seniman tanah air kita iaitu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Minggu ini juga menyaksikan Musly Ramlee mengisi tempat duduk untuk juri jemputan bagi berkongsi ilmu dan juga menilai persembahan para peserta.

Flower Queen menyanyikan medley lagu ‘Malam Bulan Di Pagar Bintang’ dan ‘Pok Pok Bujang Lapok’. Vision Mate pula menyanyikan medley lagu ‘Jeritan Batinku’ dan ‘Taman Firdausi’. Trisya memberi persembahan bertenaga melalui medley lagu ‘Getaran Jiwa’ dan ‘Yang Mana Satu’. Manakala, Tasha berjaya menghiburkan penonton dengan membawakan medley lagu ‘Berkorban Apa Saja’ dan ‘Bunyi Gitar’.

Seterusnya, pentas terus dihangatkan dengan persembahan daripada pasangan duet Hairul & Leen yang menyanyikan medley lagu ‘Dimana Kan Ku Cari Ganti’ dan ‘Tanya Sama Hati’. Wafi pula mencuit hati para penonton dengan menyanyikan medley lagu-lagu komedi iaitu ‘Nujum Pak Belalang’ dan ‘Ya Habibi Ali Baba’. Manakala, bintang Ceria Popstar dari Pulau Pinang, AKmar mempersembahkan medley lagu ‘Tunggu Sekejap’ dan ‘Gelora’. Tirai konsert ketiga diakhiri dengan persembahan daripada Razmil yang menyanyikan lagu ‘Tiada Kata Secantik Bahasa’ dan ‘Aci-Aci Buka Pintu’.

Akhirnya pada konsert minggu ketiga Ceria Popstar menyaksikan penyingkiran peserta buat kali pertama berlaku apabila nasib tidak menyebelahi Tasha kerana tersingkir.

Jangan lupa untuk terus menyaksikan Ceria POPSTAR pada setiap hari Ahad bermula 5 Mei 2013, jam 11.30 pagi hanya di Astro Ceria (saluran 611). Untuk Kita Aje!

LAGU LAGENDA P. RAMLEE MENGUJI PESERTA POPSTAR

LAGU LAGENDA P. RAMLEE MENGUJI PESERTA POPSTAR

LAGU LAGENDA P. RAMLEE MENGUJI PESERTA POPSTAR

LAGU LAGENDA P. RAMLEE MENGUJI PESERTA POPSTAR

LAGU LAGENDA P. RAMLEE MENGUJI PESERTA POPSTAR

LAGU LAGENDA P. RAMLEE MENGUJI PESERTA POPSTAR

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pemenang Peraduan Dude Where’s My Car Red FM

Tyzo Kini Bersama Selangor FM