in

Lagu KU BERSEDIA Lagu Tema Filem Girlfriend Kontrak

Grand Brilliance mempertaruhkan lagu Ku Bersedia sebagai lagu tema filem terbaharu terbitan mereka, Girlfriend Kontrak, sebuah filem romantis lakonan Keith Foo dan Risteena Munim. Lagu nyanyian Yuka Kharisma, seorang penyanyi baharu kelahiran Indonesia, telah digubah oleh komposer Dewiq serta tulisan lirik oleh Pay Burman, dipersembahkan secara langsung buat pertama kalinya kepada penonton-penonton dalam program Galaksi terbitan TV9 semalam.

Yuka Kharisma, 28, atau lebih mesra disapa sebagai Yuka mula dikenali selepas memenangi tempat kelima dalam program Indonesian Idol pada tahun 2008. Penyanyi dibawah naungan Mentari Records ini mula menambat hati peminat muzik tempatan sejak tahun lalu melalui lagu Dan Tiada Luka gubahan komposer Azlan Abu Hassan dan Shah Samshiri.

Lagu Ku Bersedia mengisahkan tentang permulaan sebuah kisah cinta yang diikat janji setia untuk menuju kehidupan bahagia. Lagu yang amat mendayu-dayu ini dinyanyikan dengan penuh penghayatan oleh Yuka, pasti akan membelai jiwa penonton-penonton filem Girlfriend Kontrak yang bakal ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia pada 24 September ini.

Lagu KU BERSEDIA Lagu Tema Filem Girlfriend Kontrak

GRAND BRILLIANCE LANCAR LAGU TEMA FILEM GIRLFRIEND KONTRAK

Selain dari lagu Ku Bersedia yang diperdengarkan buat pertama kali, muzik video lagu ini bakal dipertontonkan kepada semua peminat seni tanah air pada hari Ahad ini dalam program Melodi terbitan TV3. Muzik video ini mendapat penajaan dari Capri by Fraser, telah diarahkan oleh pengarah filem Girlfriend Kontrak sendiri iaitu Virginia Kennedy.

Biarpun disulami dengan klip-klip dari filem, terdapat beberapa babak penting dalam muzik video ini yang menampilkan Keith Foo, peneraju utama filem Girlfriend Kontrak. Muzik video Ku Bersedia boleh ditonton ramai di laman Youtube milik Grand Brilliance bermula Ahad ini.

Filem Girlfriend Kontrak mengisahkan tentang seorang jutawan playboy, Umar, lakonan Keith Foo, telah mengambil Alisa, lakonan Risteena Munim, untuk bekerja dengannya sebagai cara menangani kontroversi yang dicetus syarikatnya iaitu Monaki Development Corp. Bhd.

Alisa telah bersetuju untuk menerima pelawaan Umar demi menyelamatkan kelip – kelip kesayangannya daripada dimusnahkan oleh syarikat gergasi milik Umar. Konflik juga tercetus antara Umar dan ayahnya yang mahu menyerahkan projek miliknya kepada Zain, bakal abang tiri Umar yang mempunyai hasrat dan dendam untuk menjatuhkan Umar. 

Lagu KU BERSEDIA Lagu Tema Filem Girlfriend Kontrak

Informasi dan gambar-gambar dari filem Girlfriend Kontrak boleh didapati di:

Facebook: https://www.facebook.com/grandbrilliance
Youtube: https://www.youtube.com/gbsbteam ;
Twitter: https://twitter.com/GrandBrilliance
Instagram @grandbrilliance.

KU BERSEDIA
Nyanyian: Yuka Kharisma
Lagu: Pay Burman
Lirik: Dewiq

Hari ini adalah hari mu dan aku
Semua mata tertuju melihat kita
Ku melangkah bahagia menuju pada mu
Hari ini dunia ikut menjadi saksi

Korus:

Ku terima cinta dari mu
Ku janji setia pada mu
Ku bersedia, hidup dengan mu

Semoga kita akan terus saling menjaga
Hingga sampai ajal memisahkan kita
Hari ini dunia ikut menjadi saksi kita

Korus:

Ku terima cinta dari mu
Ku janji setia pada mu
Ku bersedia, hidup dengan mu

Kamu adalah milikku
Aku hanyalah untuk mu
Ku bersedia
dalam suka dalam duka

Lagu KU BERSEDIA Lagu Tema Filem Girlfriend Kontrak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cara Berjimat Sempena Ulangtahun Merdeka Ke-58

Apa Yang Korang Perlu Tahu Tentang MASTERCHEF ASIA