Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Lagu Kian dari Pelakon Filem Aduh Saliha, Mawi Jadi Novel



Kita pernah dengar filem-filem Melayu diadaptasi ke novel. Berlainan dengan senario di Barat di mana kebanyakan novel yang ditulis oleh penulis terkenal akan difilemkan. Hasil kejayaannya sudah banyak kita lihat. Sebut sahaja The Chronicles of Narnia, Lord of the Rings, The Hobbit, anda namakan sendiri… penulis novel sudah bergelar jutawan. Kalau di Malaysia bagaimana pula senarionya?

Bercakap pasal novel adaptasi, jarang kita dengar novel diadaptasi dari lagu. Oh ya, lagu Aduh Saliha sudah menjadi tajuk filem arahan M. Nasir. Sekarang ini filem Aduh Saliha sedang dalam proses pengambaran. Aura Mawi ni masih hebat lagi rupanya. Jadi, kalau ada aura tu, apa lagi… boleh buat bisnes tu. Ha, macam lagu Mawi, Kian tu katanya sudah dinovelkan oleh penulis Meor Shariman. Bagus gak tu, sekurang-kurangnya peminat boleh membayangkan watak Mawi dalam novel ini. Tapi dalam novel ini, mengapa Mawi bercinta dengan Aida? Kan sesuai kalau watak Aida ditukar kepada Ekin atau… siapa nama kerabat di raja yang bercinta dan syiok kat Mawi tu? Tak nak cakap banyaklah bulan-bulan puasa ni. Korang bacalah sendiri sinopsis Novel Kian ni…

novel mawi

SINOPSIS NOVEL KIAN
Mawi dan Aida, dua remaja yang mempunyai perwatakan berbeza serta mengamalkan corak kehidupan yang berlainan. Kepulangan Mawi dari University of Al Azhar di Cairo membawa seribu harapan dan kebahagiaan buat Imam Suffian, bapa angkatnya. Ia juga satu rahmat buat Zulaikha yang dalam diam menyimpan perasaan kepada abang angkatnya itu. Namun semua itu berubah apabila Aida, gadis bermasalah, dihantar ke kampung di mana Mawi berasal. Pertemuan di kelas fardu ain telah membuat hubungan mereka semakin berkembang. Namun gelora mula tiba dalam hubungan mereka bila Imam Suffian terlibat dalam satu kemalangan. Amanah Imam Suffian telah mengecewakan harapan Aida.

Merasakan dirinya tidak lagi diperlukan dan hanya akan menjadi penghalang antara Mawi dan Zulaikha, Aida akhirnya mengambil keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Mawi yang juga menyimpan perasaan terhadap Aida mula terasa serbasalah dan kehilangan.

Apakah Mawi akan mengahwini Zulaikha? Atau adakah Mawi berhijrah je Kuala Lumpur mencari Aida? Teruskan membaca “KIAN” yang akan merungkai persoalan dan memberi jawapan kepada anda.

Itulah sinopsis novel terbitan KRU Communications Sdn Bhd yang diedarkan oleh ALAF 21 Sdn Bhd. Novel “KIAN” ini hasil penulisan saudara Meor Shariman. Ianya dijual pada harga RM15.90 senaskah.

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk mendapatkan novel “KIAN” yang sudah berada di pasaran sekarang!

Gambar Mawi di Anugerah Era 07… Pemenang 3 trofi anugerah era yang hensem, bold, botak lagi bersinar bintangnya ini adalah duta pelakon Silky Girl, dan terbaru duta kaca mata… Lepas ni duta apa lagi ya?

Mawi dengan ini mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca Sensasi Selebriti. Di bulan yang mulia ini, eloklah kita tinggalkan gossip panas dunia artis… elakkan dari pembaziran, dan kurangkan menganyam ketupat sebab hari raya lama lagi.

[tags]novel kian, pasaran novel malaysia, lirik lagu kian, website mawi, profile mawi, biodata mawi, gambar mawi dan ekin, gambar ekin, profile ekin, foto mawi dan kerabat di raja, gambar mawi di london, gossip mawi, celebrity mawi malaysia, novel hollywood film, mp3 3gp, muatturun lagu raya, download lagu raya, malaysian recipes, resepi bulan puasa, juadah berbuka ramadan, ramadhan waktu berbuka puasa, kurma yusof taiyoob, duta silkygir, embassador, bazar ramadan, buffet ramadan hotel, buffet ramadan senarai hotel murah, adaptation novel, writer, novelist, sinopsis novel kian mawi, kisah remaja, kerana cintaku saerah, gambar pelakon, filem aduh saliha, gambar film aduh saliha, pelakon aduh saliha, cinta aduh saliha[/tags]

Tags:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Aksi Cium Puteri Sarah Liyana Aduh Saliha 18SX
  • Puteri Sarah Liyana – M Nasir Temui Saliha Untuk Mawi
  • Gosip Mawi Lalok Ketagih Dadah di Australia
  • Gambar Mawi & Ekin di Open House Aidilfitri Astro
  • Lagu Saksi Mawi, Ekin, Aduh Saliha, Dubai & Qasidah 2
  • Gambar Puteri Sarah Liyana di Prebiu Media Lu Fikirlah Sendiri
  • Mawi Akan Lancar Album Baru Allah Habeebi
  • Gambar Mawi di Projek Beautiful Malaysia di Semporna Sabah
  • Mila AF5, Juara Yang Sedang Laris
  • Pencalonan Akhir Anugerah Era 20 07, Kejutan Mawi?



    • http://ajamihashim.blogspot.com/ ajami

      Salaam bro..
      slamat bshaur & bposa 2 u dear ;-)

    • athirah

      eylo mawi..memang bagos lawh lagu kian jady novel..
      i like..
      okewh..

    • are-dik

      erm..cayunk mawi..
      kitorang kat luar ni salu support mawi..tapi harap2 ekin tu bkan jodh mawi..dan ena harp mawi dapt jodoh yg baik,jujur,ikhlas,bertanggungjawab,penyayang..berpelajaran tinggi..pakai tudung..dan solehah..dan die bukan kerja artis..ok

    • helmi

      saya suka baca novel “kian” sebab novel tersebut mengajar saya pelbagai ilmu pengetahuan mengenai cabaran hidup manusia.Saya berharap novel seperti ini di perkembangkan lagi di seluruh dunia dan saya bercadang agar meneruskan novel seterusnya.saya berharap-harap sangat novel seterusnya iaitu “demi dia” di pasarkan.Assalamualaikum…..

    • aida_cute

      sye ske novel 2…mmg best. byk msg yg bleh dpt… Lg bersemngat sye nk bce sbbnye nma dlm nvl 2 sme ngn nme sye….hu.hu…



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK