Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Lagu Joget Pahang dari Datuk Siti Nurhaliza



Di Majlis Meraikan Peminat & Penyokong Aizat pada hari Ahad lalu (13 Mei), Datuk Siti Nurhaliza sempat menyumbangkan suara emasnya dengan mendendangkan sebuah lagu berjudul Joget Pahang. Sebuah lagu yang ditujukan khas buat Aizat dan famili serta tetamu yang hadir. Kita sedia maklum bahawa, Siti Nurhaliza dan Aizat membawa bendera yang sama, negeri Pahang. Memang ramai anak seni berasal dari negeri Pahang yang telah mengharumkan nama Malaysia termasuk Allahyarham Sudirman dan juga Siti Nurhaliza. Dan Aizat mungkin antara golongan pelapis muda untuk generasi masa kini yang bakal mengorak langkah yang sama dengan mereka yang terdahulu.
 
Pada saya, lagu Joget Pahang tersirat lambang atau simbol keindahan negeri Pahang yang mana sesuai sebagai pembuka majlis untuk mengalu-alukan kedatangan peminat. Sesuai untuk menyambut kehadiran penyokong Aizat yang katanya datang bukan sahaja dari negeri Pahang, malah seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Diiringi oleh tarian dari Kelab Kebudayaan, Siti Nurhaliza seolah menjadi magnet utama dalam majlis meriah ini.
 
 Ura-ura ada mengatakan Siti Nurhaliza Production akan mengambil Aizat sebagai artis di bawah naungannya. Namun, berita ini sebenarnya tidak disahkan lagi. Dari mana berita ini datang, saya sendiri pun tidak tahu. Sama juga dengan gosip mengatakan Aizat dihadiahkan kereta mewah oleh ibunya dan akan melanjutkan pengajian dalam bidang seni di salah sebuah Universitas di Indonesia. Semua ini masih lagi diragukan kesahihannya.

[tags]Siti Nurhaliza, Aizat, Joget Pahang[/tags]

 

Tags: ,

Tags: , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Keluarga Datuk Khalid & Datuk Siti Nurhaliza
  • Joget Lambak Bersama Fara TV3 Hari Raya Pertama
  • Gambar Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K
  • Datuk Siti Nurhaliza Hantar Mohd Adib Study ke Melbourne, Australia
  • Gambar Datuk Siti Nurhaliza & Nash Ubaidillah di Perasmian Kayla Baverly Hills
  • Video Peminat Siti Nurhaliza Joget di Teratak Siti Nurhaliza
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Jeddah Mekah Tunai Haji
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza dan Datuk K di Majlis Wedding Rusdi Ramli
  • Datuk Siti Nurhaliza di Laman Santai, Istana Budaya 21 Jun
  • Gambar Siti Nurhaliza di Karpet Merah ABPBH2011



  • 2 Komen untuk entri “Lagu Joget Pahang dari Datuk Siti Nurhaliza”

    1. lin kata:

      siti dah gemuklah

    2. deq yang kata:

      suka sangat ngan ct nie.die comel walau pown die GEMOK.buat pe kita nak kecoh2 die gemok.hidup die dah senang sekarang disamping suami tercinta,x kisah la orang nak kata kat ct ape pown yang penting ct happy dah kiut..hehehehe…

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK