in , ,

Lagu Duet Yuna Bersama Usher Bakal Dilancarkan, Netizen Teruja Apa Agaknya Tajuk Lagu

Masih lagi berahsia mengenai tajuk album baharunya yang bakal menemui peminat pada Februari 2016, bagaimanapun penyanyi bertaraf antarabangsa Yuna mengakui tidak sabar untuk berkongsi hasil buah tangannya itu dengan peminat.

Tambahan versi Amerika Syarikat (AS) kali ini menyaksikan Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 29, berduet bersama bintang R&B terkenal AS, Usher dan bekerjasama dengan komposer David Foster.

“Alhamdulillah itu rezeki saya, tak pernah pun termimpi untuk berkolaborasi dengan Usher dan David Foster.

“Ia merupakan sesuatu yang istimewa buat saya. Saya teruja, tak sabar nak kongsikan dengan para peminat di luar sana,”

– Yuna

Album penuh berbahasa Inggeris itu akan memuatkan sebanyak 12 buah lagu dan ia masih dalam proses untuk disiapkan pada peringkat akhir.

Sebelum ini, Yuna telah mengeluarkan empat album di Malaysia iaitu Yuna (2008), Decorate (2010), Terukir Di Bintang (2012), dan Material (2015) serta empat album Amerika Syarikat (AS) iaitu Decorate (2011), Yuna (2012), Sixth Street (2013) dan Nocturnal (2013).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengalaman Baru Menginap di INTEKMA Resort & Convention Centre

Ini Faedah & Kelebihan Guna Aplikasi Astro on the Go Yang Anda Perlu Tahu