in , ,

Lagu Duet Amy Search & Hazama Simetri

SIMETRI – Kolaborasi dua generasi!

Hubungan erat sememangnya terjalin antara juara Akademi Fantasia 9 (AF9) Hazama dan bekas pengetuanya yang merupakan lagenda rock terulung negara Amy Search. Berdasarkan keserasian yang ada, dua penyanyi hebat daripada dua era yang berbeza ini telah mewujudkan koloborasi mereka dan muncul dengan single terbaru hasil nukilan komposer Audi Mok dan lirik oleh Zel Firdhaus Hadauan berjudul “Simetri”.

Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 29 berkata, “Saya menjadikan Amy Search sebagai idola saya dalam bidang nyanyian sejak kecil lagi. Peluang bertemu dan mendapat tunjuk ajar secara langsung sewaktu di AF9 merupakan kenangan yang amat manis dalam hidup saya kerana banyak ilmu yang telah beliau kongsikan. Jadi, apabila saya dimaklumkan tentang projek koloborasi Simetri ini, saya memang gagal untuk menyembunyikan rasa gembira dan keterujaan terhadap peluang yang hadir buat julung kalinya ini.”

Hazama dan Amy Search ditemubual media

Manakala bagi Amy Search atau Suhaimi Abdul Rahman, 53 pula, “Potensi yang ada pada Hazama sebenarnya sudah saya sedari sejak sebelum dia memasuki AF9 lagi. Saya amat percaya Hazama mampu untuk melangkah lebih jauh dalam bidang ini lebih-lebih lagi melihat daripada kesungguhan yang ditunjukkannya selama ini. Semangat juang yang dipamerkan adakalanya seolah mengembalikan nostalgia pembabitan awal saya dalam bidang nyanyian”.
*sila rujuk lampiran 2 untuk lirik lagu

Hazama sebelum ini muncul dengan lagu Cinta Teragung yang dipopularkan sejak Konsert Akhir AF9. Single pertamanya sejak muncul sebagai juara terakhir program realiti itu menjadi pilihan stesen-stesen radio atas sambutan hebat daripada para pendengar. Maka tidak hairanlah lagu ini masih mendapat sambutan dan pernah menduduki carta juara di Era FM dan stesen-stesen radio tempatan yang lain. Malah lagu Cinta Teragung nukilan komposer dan lirik oleh Kuncidemak ini juga turut bakal berentap di Separuh Akhir Muzik Muzik ke 26.

Encik Khairul Anwar Salleh, Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro

Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, “Pihak Astro sentiasa komited dalam menyokong pembangunan bakat-bakat seni tempatan terutamanya artis-artis naungan kami. Kami amat berbesar hati kerana dapat merealisasikan impian Hazama untuk berduet bersama idolanya, Amy Search. Perancangan rapi turut diatur bagi memastikan lagu Simetri dan muzik videonya dapat diterima peminat dan menjadi fenomena untuk generasi masa kini.

Simetri dilihat bukan sekadar sebuah lagu biasa tetapi mempunyai makna yang lebih besar daripada itu. Bait lirik dan susunan lagu Simetri jika diperhalusi menggambarkan usaha menyatukan legenda rock dengan artis rock terbaru di industri hiburan ini. Muzik rock juga telah membuktikan keupayaan untuk kekal bertahan dalam industri muzik yang semakin pesat berkembang. Biarpun menerima sentuhan teknologi terkini, roh muzik rock masih menjadi tunjang kepada keseluruhan lagu. Ini bagi memastikan sifatnya sebagai sebuah lagu rock dapat dikekalkan tetapi mesra dengan telinga dan minat generasi baru.”

Hazama sebelum ini pernah menyertai Akademi Fantasia musim keempat tetapi terkandas di Konsert Prelude. Beliau tidak berputus asa dan sering terlibat dengan Konsert Gempak Astro dan pernah menjadi vokalis jemputan untuk kumpulan Meet Uncle Hussein. Apabila berpeluang ke AF9, beliau tidak menoleh kebelakang demi mengejar cita-citanya. Setelah bergelar juara, beliau muncul dengan program Hey Hazama yang membolehkan para peminat mengikuti setiap aktiviti dan perjalanan seninya. Selain itu, beliau turut menjadi pilihan jenama korporat untuk iklan komersil seperti Sony dan Guardian dan Nips. Beliau juga sibuk dengan pelbagai jemputan persembahan dan juga sedang mengumpul bahan untuk lagu lagu beliau yang seterusnya.

”Saya turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro yang sentiasa menyokong karier seni saya selama ini dan tidak henti-henti mengubah setiap mimpi saya menjadi realiti. Besar harapan kepada para peminat termasuklah peminat muzik rock generasi lama dan baru untuk sama-sama menyokong mendengar lagu Simetri ini. Semoga segala usaha yang di lakukan ini dapat diterima dan mampu mencipta fenomena dalam industri muzik Malaysia,”ujar Hazama.


Gandingan mantap Tok Guru dan Anak Murid

Hazama

Amy Search

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Diana Danielle Hannah Tan Sazzy Falak MyEG Xtra Time

Airasia X Presents 2PM Live In Kuala Lumpur