in ,

Lagu BFF Chomell Fana dalam Album OMG Gempak

TERUJA SINGLE TERBARU BFF DAPAT SAMBUTAN
Selain sibuk berlakon dan jadi pengacara di Carta Blockbuster, Chomell Fana tak lupa dengan dunia nyanyiannya di mana beliau kini telah pun menghasilkan sebuah single terbaru berjudul BFF atau Best Friend Forever. Kini, menurut Chomell, single BFF ini telah pun rancak diputarkan di corong-corong radio. Lagu yang dihasilkan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim ini menceritakan tentang kisah persahabatan dan ianya cukup sinonim dan bermakna dalam kehidupan seorang gadis remaja ini.

Apabila ditanya tentang siapa sahabat Chomell di waktu ini, beliau yang pernah menduduki tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian PPW Idol 2007 ini mulai tersenyum simpul. Ternyata, beliau akur kawan ketawa memang senang untuk dicari tapi kawan masa kita menangis sangat susah ditemui. Secara jujurnya, Chomell berkata, beliau sangat bersyukur kerana dia dikurniakan beberapa orang kawan rapat yang sanggup susah senang bersama. Antaranya, sahabatnya bernama Ella yang berkawan dengannya dari sekolah tadika lagi yang kini turut menjadi pembantunya. Teman lelakinya pula bernama Sharul yang berkawan baik sejak 2 tahun lalu. Namun, antara mereka hanya kawan rapat sahaja.

Bercerita tentang lagu BFF, pada mulanya Edry sekadar ingin Chomell cuba menyanyi dan merakam lagu itu, tapi selepas beberapa minggu, Edry memanggil Chomell untuk merakam lagu ini untuk kali kedua dan ianya dimuatkan dalam album OMG Gempak edaran dan terbitan KRU Music. Menurut Chomell, lagu ini mulanya agak sukar kerana untuk membawa lagu rancak yang ceria serta riang ria remaja macam lagu BFF ni memerlukan beliau membawa dengan penuh karakter seorang yang periang. Mungkin dari situ, lagu ini akan menjadi lebih ceria dan pendengar akan rasa bersemangat dan lebih positif dalam meniti hidup.

Konsep lagu yang bergenre pop ini memang menjadi minat Chomell dari dulu lagi. Selain itu, Chomell juga suka dengar dan nyanyi lagu rock juga. Chomell berharap agar lagu ini mendapat tempat di hati peminat dan semoga semua terhibur dengan lagu BFF ini. Chomell juga tak lupa untuk berterima kasih kepada semua peminat dan orang yang banyak membantu dalam karier seninya.

Chomel Fana

LIRIK LAGU BFF
(Edry Abdul Halim)
KRU Publishing Sdn Bhd

Hey gadis jangan berduka
Kerana kita saling ada

Bersama BFF ku melayan hati dayuh
OMG gembira melupakan duka
Bersama BFF ku baru rasa tersembuh
LOL gembira perasaan terhibur
LOL gembira dengan BFF ku

Kelmarin timbul lagi konflik teman lelaki
Yang langsung tak sensitif perasaan wanita
Murung melayan duka kuyup berairmata
Di waktu hiba ini barulah terpanggil

Bersama BFF ku melayan hati dayuh
OMG gembira melupakan duka
Bersama BFF ku baru rasa tersembuh
LOL gembira perasaan terhibur
LOL gembira dengan BFF ku

Selalu sungguh cinta menghampakan sahaja
Mungkinkah lebih baik tak usah berteman
Hanya seorang dewi memahami dewi lain
Setia andainya hati kembali terluka

Oh! Dia teman baik ku

Baru rasa tenteram pacar kembali datang
Mengajak temujanji keluar malam nanti
Ku jawab lebih selesa menetap di rumah saja
Tapi dia tak tahu ku sudah mengatur

Chomel Fana

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Nilapura Lakonan Jue Aziz Ramona Zam Zam

Zee Avi Homecoming Tour 2011