Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Lagu Berhenti Di Kamu Nyanyian ANJI



ANJI - BERHENTI DI KAMU

Selepas Sebelah Jiwaku JACLYN VICTOR, kini KRU Music melangkah setapak lagi kehadapan dengan melancarkan single terbaru dari seberang berjudul Berhenti Di Kamu nyanyian ANJI.

Bekas vokalis band Drive ini, pernah tampil dengan single pertama berjudul Ternyata Cinta yang berjaya menduduki no. 1 di carta 120 radio kenamaan di seluruh Indonesia selama 3 minggu berturut-turut, ANJI baru sahaja merilis album solo pertamanya berjudul Luar Biasa, dan kini beliau mempertaruhkan single ke-2 berjudul Berhenti Di Kamu.

Berhenti Di Kamu nyanyian ANJI.

Bermula January, KRU Music membuat edaran produk-produk dari luar terutamanya dari Indonesia. Kami merasakan muzik dari seberang masih mempunyai peminat-peminatnya. Kami tidak melihat bendera asal muzik itu, kalau muzik itu bagus, ia harus dinikmati semua penggemar muzik

“Saya sudah mengikuti ANJI sejak beliau bersama DRIVE lagi. ANJI mempunyai karakter vokal dan attitude yang menarik. Beliau juga antara artis solo lelaki yang semakin meningkat naik di Indonesia”, kata KC Ismail Timbalan Presiden KRU Music.

Berhenti Di Kamu adalah sebuah lagu yang dicipta oleh Dewik & Pay komposer yang tidak asing lagi di Indonesia. Bukan seperti kebiasaan, Dewik & Pay menyerahkan kepada ANJI sendiri untuk memberikan tajuk kepada judul lagu terbabit.

VIDEO KLIP BERHENTI DI KAMU

Terdapat beberapa kesukaran yang dihadapi pada diperingkat awal di dalam menerbitkan single terbabit. Lagu ini dikategorikan sebagai tidak mencapai tahap yang diperlukan untuk konsep album ANJI yang berjudul Luar Biasa.

Setelah melalui proses pengolahan selama beberapa kali, maka terhasillah alunan melodi yang lebih positive dan sangat memberi kesan kepada jalan cerita Berhenti Di Kamu.

“Tiap aku mendengar suara kamu, ingin langsung ku bilang iya”

Rangkap di atas merupakan sebahagian daripada lirik yang terdapat di dalam Berhenti Di kamu. Rangkap ayat yang digunakan adalah sangat sederhana dan normal tetapi berubah menjadi sangat bermakna dan mendalam selepas bergabung dengan alunan melodi yang diberikan.

Sudah pasti lagu ini akan tampil dengan kekuatan dan mempunyai ciri-ciri luar biasa yang tersendiri.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.krustudios.com atau facebook serta youtube MTV “Berhenti Di Kamu” – Anji.

Berhenti Di Kamu nyanyian ANJI.

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Lirik Lagu Gilakan Kamu Fauziah Gambus
  • Lirik Lagu OST HANYA Nyanyian Aril AF7
  • Lirik Lagu Benchinta Faizal Tahir
  • Lirik Lagu Perlu Kamu – Ajai & Krisdayanti Lagu Tema 1957 Hati Malaya
  • Lirik Lagu Adira Ku Ada Kamu
  • Album Aliff Aziz
  • Lirik Sayang Sayang Aliff Aziz
  • Dayang Nurfaizah: Profile & Biodata
  • Surat Terbuka Ibu Ummi Nazeera Buat Remy Ishak
  • Gambar Adira di Sidang Media Separuh Akhir Muzik Muzik 25



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK