in ,

Lagi Riuh Macam-Macam Aznil Musim Baru

Bagi penonton yang merindui program yang dulunya pernah menceriakan diari hidup kita, Macam-Macam Aznil. Ini ada berita baik untuk semua. Bagi membuka tirai tahun 2014, pihak Astro Ria dengan berbesar hati meneruskan semula kesinambungan program hiburan popular yang kini kembali dengan pengisian serba baru dan diberi nama yang baru iaitu Lagi Riuh… Macam-Macam Aznil yang bakal ditayangkan di Astro Ria dan Maya HD.

Sepanjang enam musim penerbitan yang lalu, program Macam-Macam Aznil pernah diiktiraf sebagai Program Bual Bicara Terbaik di beberapa buah majlis penganugerahan berprestij iaitu Asian Television Award, Anugerah Skrin serta Anugerah Sri Angkasa.

Pada minggu depan, Budiey dijemput untuk menghadiri Majlis Pelancaran & Sidang Media Lagi Riuh Macam-Macam Aznil di Studio Finas, Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang. Budiey rasa ingin hadir kerana mahu melihat proses rakaman yang dibuat. Sudah tentu tak sama dengan apa yang dipaparkan di kaca TV.

Lagi pun, ramai selebriti yang dijemput sebagai tamu. Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah sudah tentu pengacara tersohor Datuk Aznil Haji Nawawi selain selebriti-selebriti yang turut terlibat dalam menjayakan musim serba baru ini seperti Edry KRU, Ning Baizura, Erma Fatima, Didie Alias dan Afdlin Shauki.

Lagi Riuh Macam-Macam Aznil

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Story Of Baba Nyonya Sempena Tahun Baru Cina

Maxis Lancar Hotlink 4G Sempena Tahun Baru Cina