in ,

Lady Gaga Pernah Dirogol di Zaman Remaja

Lady Gaga mendedahkan bahawa dia pernah dirogol ketika masih remaja dan kejadian itu mengakibatkan trauma yang mengambil masa lama untuk dipulihkan.

Lady Gaga, 28, berkata kejadian itu berlaku ketika beliau berusia 19 tahun, menyebabkannya terpaksa menjalani terapi selama beberapa tahun.

Beliau tidak mengulas lanjut tetapi sekadar berkata perogolnya berumur lebih 20 tahun lebih tua daripadanya.

“Kejadian seperti ini berlaku setiap hari. Ia amat menakutkan dan menyedihkan. Ia tidak memberi kesan serta-merta tetapi kesannya dirasai empat atau lima tahun kemudian,” katanya ketika ditemuramah pengacara radio, Howard Stern.

“Saya tidak beritahu sesiapa,” katanya.

Penyanyi itu yang menjadi terkenal kerana cara berpakaiannya serta mulutnya yang celupar, berkata beliau tidak melaporkan kejadian rogol itu. Beliau pernah terserempak perogolnya sekali lagi di sebuah kedai dan menjadi kaku dengan ketakutan.

Lady Gaga mendedahkan kejadian rogol itu ketika berbincang mengenai lagu ‘Swine’ daripada album ‘Artpop’ yang dihasilkan pada 2013. – Sumber: AFP

337/365 - Born This Way (#70 Iconic Album Cover)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri SAHABAT SUHABAT Lakonan Lisdawati

Pelakon Wan Raja Bakal Nikah Dengan Kakak Emma Maembong