Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Kuza, Zila Bakarin, Sabri Yunus, Suhaimi Kaswan Dalam Drama Iradat



‘IRADAT’ HIASI SLOT SUTERA DI RTM1 BERMULA 8 SEPTEMBER INI.

Balasan pahala dijanjikan bagi mereka yang tidak jemu-jemu melakukan kebajikan. Manakala dosa menanti mereka yang tidak serik-serik melakukan kejahatan. Namun begitu, pintu taubat itu sentiasa terbuka buat insan yang jauh di sudut hatinya tersimpan penyesalan untuk kembali ke pangkal jalan. Bermula 8 September ini, slot Sutera akan mempertaruhkan drama bersiri ‘Iradat’ sebanyak 13 episod buat tatapan penonton setia RTM1. ‘Iradat’ bakal menggantikan drama ‘Selembut Sutera, Kilauan Mutiara’.

‘Iradat’ berkisar tentang sebuah kisah realiti masyarakat tentang seorang penjenayah bernama Zack dan juga seorang peguam bernama Zaidi. Segalanya bermula apabila Zack diberkas ketika cuba mencuri sebuah kereta. Sebagai seorang ketua kumpulan penjenayah, Mansor telah mengupah peguam terbaik, Zaidi bagi membela anak buahnya. Zaidi mengenakan bayaran yang tinggi dan sebagai balasan Zaidi memenangi kes tersebut.

Kejayaan itu membuat Zaidi lupa diri dan banyak menghabiskan masa lapangnya dengan berfoya-foya dengan gadis-gadis. Dalam masa sama muncul seorang peguam bernama Nora dalam hidup Zaidi yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendampingi Zaidi. Situasi ini mengakibatkan hubungan mereka berdua jauh terpesong.

Ibu bapa Zaidi begitu bimbang dengan melihat tingkah-laku Zaidi yang semakin tenggelam dibawa arus keduniaan. Lantas, mencadangkan kepada Zaidi agar menjadikan sepupunya, Sarimah sebagai isteri. Namun begitu, Zaidi menolak hasrat kedua ibu bapanya itu kerana dia tidak berminat untuk mengahwini sepupunya sendiri.        

Sementara itu, Zack yang baru dibebaskan telah lupa tanggungjawab terhadap isterinya, Sakinah. Zack jarang pulang ke rumah dan masih terlibat dengan aktiviti jenayah. Sakinah tidak suka dengan pekerjaan yang dilakukan suaminya itu telah mendesak Zack supaya berhenti daripada melakukan sebarang jenayah.

Bagaimanakah kesudahan hidup Zaidi dan juga Zack ?. Siapakah gadis bertuah yang bakal menjadi pilihan Zaidi, Sarimah ataupun Nora ? Adakah Zaidi dan Zack akan berubah dan kembali ke pangkal jalan ?

Drama bersiri terbitan Television Airtime Services ini dibintangi oleh Arash Mohamad, Kuza, Zila Bakarin, Sabri Yunus, Mahmud Samad, Suhaimi Kaswan dan Ghazali Abu Noh.

Teruskan tontonan anda bersama RTM1, Saluran Inforia pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 11.05 pagi untuk mengetahui kesudahan kisah ‘Iradat’ yang menghiasi slot Sutera.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Isteri Sabri Yunus Meninggal Dunia
  • Gambar Zila Bakarin Pakai Tudung?
  • Gambar Aksi ‘Panas’ Ziela Bakarin & Mahmud Ali Basha
  • Pelakon Seksi Zila Bakarin Berkahwin
  • Drama Romeo Arahan Aziz M. Osman di TV3
  • Gambar Terbaru Zila Bakarin & Anaknya Kaseh Bte Azri
  • Kelab Jeng Jeng, Cinta Balqis dan Nenek Kebaya di TV3
  • Drama Ihsan Sempena Maulidur Rasul di TV3
  • Drama bersiri Sari Maya Lakonan Fauzi Nawawi, Zizie Ezette, Liyana Jasmay
  • Perkahwinan Along Raja Lawak dan Zila Seeron Pecah Rekod



  • 5 Komen untuk entri “Kuza, Zila Bakarin, Sabri Yunus, Suhaimi Kaswan Dalam Drama Iradat”

    1. Obefiend kata:

      zila bakarin,…yum

      im sold….

    2. xXYaNaXx kata:

      erm…
      drama baik dlm bln baik…
      gud2…

    3. daneesha dania kata:

      suhaimi kaswan wlupn dah tua, masih lagi kuat berlakon, i puji u la!!

    4. Liea kata:

      ala mak saya tak sempat nak tengok cerita iradat episod terakhir,, apa jadi seterusnya dengan sabri tu ha, boleh tak saya nak tengok dalam internet ni ha tolong, on kan dalam tube ini ok …… best lah cita iradat ni saya suka lakonan kedua dua peguam tu !!! macam real lah !!!!!! best nak tengok lagi !!!! tulun lah buka cita ni …….. semua pelakon best !!!!! betul22 berkesan dan very touching da……………….. tahniah kepada semua pelakon iradat tu !!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 5 stars !!!!!!!!!!!!!!!

    5. mumtahanahizwah kata:

      Salam, saya nak tahu tentang drama di RTM1, tajuknya Menanti sinar menelan kabus, lakonan leez dan azizah mahzan dan dayang menanti, harap saudara da gambar mereka dan cerita ni serba sidikit. terima kasih

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK