in ,

Kutipan Filem POLIS EVO Cecah RM8 Juta Dalam Tempoh 11 Hari

Memasuki hari ke-11 tayangan, Polis Evo telah berjaya mencatat kutipan mencecah RM8 juta daripada 101 buah pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Sambutan memberangsangkan untuk minggu kedua tayangan ini didorong oleh reaksi positif para peminat yang telah menontonnya sejak 17 September 2015 lalu selain daripada rangka promosi yang masih giat berjalan.

Polis Evo

POLIS EVO MENDAHULUI KUTIPAN TAHUN INI DENGAN MENCECAH RM8 JUTA DALAM TEMPOH 11 HARI
Polis Evo Teruskan Rentak Kutipan Box Office

Menurut Naib Presiden & Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, Astro Shaw yang merupakan penerbit filem Polis Evo akan terus berusaha menerusi rangka promosi agar dapat menarik minat khalayak untuk hadir ke pawagam menonton filem Polis Evo hasil karya asal tiga anak muda yang mendapat biasiswa daripada Astro dan kini berkhidmat untuk Astro Shaw iaitu Joel Soh, Kyle Goonting dan Anwari Ashraf dan mendapat sentuhan oleh pengarah Ghaz Abu Bakar.

“Kami bersyukur dengan sokongan yang diberikan oleh para peminat terhadap filem ini. Kami tidak menyangka dalam kesuraman industri perfileman tempatan ketika ini, peminat masih memberi kepercayaan kepada Polis Evo untuk menduduki tempat teratas di carta filem melayu terlaris untuk tahun ini. Kami berharap para penonton akan terus menyokong filem Polis Evo dan turut membawa keluarga serta kawan-kawan mereka ke pawagam berulang kali. ”

“Masih terlalu awal untuk meramal industri perfileman tempatan ketika ini. Jika dilihat reaksi positif peminat terhadap Polis Evo, diharap ia dapat menyuntik semangat baru dalam dunia filem Malaysia.”

“Polis Evo” merupakan filem bergenre aksi dan memaparkan kisah dua anggota polis, Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah. Berjayakan Sani dan Khai menyelesaikan misi mereka bersama?

Polis Evo

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CYRILL HASSAN

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Menonton Filem PAN

Telemovie WALAU SIAPA PUN AKU Lakonan Mantap Puteri Balkis dan Nad Zainal