in

Kumpulan Nasyid Destiny Muncul Album Kedua BERSAMA RINDU

Kumpulan Nasyid Destiny Muncul Album Kedua BERSAMA RINDU

Kumpulan nasyid Destiny yang ditubuhkan pada akhir tahun 2009 pernah popular dengan lagu Hati Kata Rindu. Mereka masih kekal terdiri daripada 4 orang ahli iaitu Rizal, Yusof, Saufie dan Rozi. Kini mereka telah muncul kembali dengan album kedua yang berjudul Bersama Rindu.

Album ini menampilkan 13 buah lagu. Terdapat 5 buah lagu manakala yang lain adalah zikir, bacaan ayat al-Quran, sajak dan bacaan hadith. 5 buah lagu tersebut adalah; 1. Cinta Sepi Indah, 2. Bersama Rindu, 3. Kata Maaf, 4. Tandus, 5. Kelopak Sirna.

Kumpulan Nasyid Destiny Muncul Album Kedua BERSAMA RINDU

Istimewanya lagu Kelopak Sirna ini adalah hasil ciptaan saudara Yusof Destiny sendiri. Selain itu, komposer yang terlibat dalam pembikinan album kedua Destiny ialah Fitri Haris dan Epy Mespedo, manakala lagu dan gubahan muzik juga hasil dari idea Destiny sendiri.

Untuk pengetahuan para peminat Destiny, album ini mula diedarkan pada penghujung September lalu ke seluruh Malaysia oleh Syarikat Wsdom Mind.

Sesiapa yang ingin mendapatkan album kedua Destiny bolehlah mendapatkannya secara online, dengan menghantarkan maklumat nama, nombor telefon serta alamat ke inbox Destiny Nasyeed di Facebook.

Kumpulan Nasyid Destiny Muncul Album Kedua BERSAMA RINDU

Kumpulan Nasyid Destiny Muncul Album Kedua BERSAMA RINDU

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Melancong Bersama Didie Alias & The Geng

Program Gossip Lawak Komedi Meletop