in

Kumpulan HASHTAG Perkenal Single Pertama MY CRUSH

#tag dengan sebutan “hashtag” merupakan kumpulan duo terbaru di bawah label KRU Music. #tag diwakili oleh dua anak muda berbakat besar yang merupakan kenalan rapat sejak dari sekolah rendah lagi iaitu Akira Shukri & Hez Hazmi.

[pullquote align=”right”]#tag bermula sebagai artis ‘You Tube’ iaitu penggiat seni yang mempersembahkan karya lagu asli atau saduran mereka menerusi medium laman sosial tersebut.[/pullquote]

Lagu duo pertama #tag adalah `My Crush’ versi busking yang mana mampu meraih sebanyak 113,522 views. Mereka mencipta `My Crush’ dengan menggunakan teknologi terkini iaitu menerusi WhatsApp yang membolehkan mereka berkongsi audio, imej dan video walaupun ketika itu jarak memisahkan mereka.

Akira pada ketika itu, sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam manakala Hez pula berada di Universiti Teknologi MARA, Arau. Minat mendalam dalam muzik dan perbezaan geografi tidak mematahkan semangat mereka dengan itu terhasillah `My Crush’.

Lagu `My Crush’ berdasarkan pengalaman peribadi masing-masing dan juga ditujukan kepada sesiapa yang mempunyai perasaan yang sama. Perasaan cinta bercampur malu dan tidak mampu diluahkan terhadap seseorang ini mampu meraih pengikut `You Tube’ mungkin ianya sinonim dengan kehidupan di alam remaja.

#tag hashtag

My Crush versi studio menerima sentuhan komposer terkenal Edry Abdul Halim (selaku penerbit) dan ke udara di corong-corong radio bermula Januari 2014.

Sebelum ini mungkin ramai yang mengenali mereka sebagai Akira Shukri dan Hez Hazmi dimana setiap ciptaan mereka boleh dilayari di laman `You Tube’ .

Selain sebagai komposer muda mereka juga berbakat dalam bermain gitar. Imej mereka juga dikenali dengan duo remaja dengan gitar masing-masing.

#tag banyak menghasilkan karya asli berbanding mempersembahkan karya saduran artis lain. Banyak hasil karya mereka mendapat sambutan positif dan sokongan daripada pengikut setia mereka.

Keunikkan pemilihan nama duo ini #tag adalah berteraskan dengan perkembangan teknologi sekarang. #tag merupakan artis atau duo pertama di Malaysia yang menggunakan simbol # sebagai nama komersial mereka. Penggunaan simbol # dikaitkan dengan trend terkini. #tag mencipta trademark tersendiri ini boleh dilihat melalui lagu ciptaan dan nyanyian mereka diwajibkan terdapat verse yang mempunyai RAP biarpun hanya serangkap sahaja.

Pada 22 Januari 2014, lagu My Crush versi studio dimuat-naikkan secara rasmi di rangkaian ’You Tube’ KRU Music. Lagu ini juga sudah berada di pasaran melalui i-Tunes sementara nada deringnya melalui syarikat-syarikat telekomuniksai tempatan sedang giat dijalankan promosi.

Di harap `My Crush’ dapat menembusi ke peringkat arus perdana dan mengetengahkan bakat #tag sebagai duo yang berkebolehan mencipta lagu dan lirik mereka sendiri.

10 Perkara Menarik Tentang #tag dan Lagu My Crush

1. Ahmad Shukri Zakaria adalah lepasan Diploma Filem & Teater, Universiti Teknologi MARA (Shah Alam). Selain aktiviti nyanyian Akira terlibat dalam teater, drama dan filem.

2. Muhammad Hazmi Nadzim Hamdan adalah lepasan Diploma Sains, Universiti Teknologi MARA (Arau,Perlis). Hez pernah membuat persembahan tarian semasa di sekolah menengah dan juga terlibat dalam satu iklan HOPE yang berkaitan dengan pelajaran.

3. #tag merupakan peminat tegar bola sepak dan keduanya menyokong pasukan Liverpool.

4. #tag nama kumpulan atau penyanyi pertama di Malaysia yang mempunyai simbol # sebagai nama komersial.

5. #tag menggunakkan simbol tangan sebagai pengenalan.

6. #tag adalah komposer muda dan telah menghasilkan banyak lagu ciptaan sendiri antaranya Hez – `My Crush’, `Hey Kamu’, `Impianmu’, `Kisah Cinta’ dan `Setia’ manakala Akira ’My Crush’, `Kamu’, `Kekasih’, `Kembali’, `Usah Bersedih’, `Gilakan Dia’, `Keranaku Cinta’, `Teman Hidupku’ dan banyak lagi.

7. #tag berkebolehan bermain gitar secara baik.

8. Lagu `My Crush’ adalah kisah benar dan mengikut perjalanan cinta remaja.

9. Lagu `My Crush’ versi studio mendapat sentuhan dan bimbingan Edry Abdul Halim (selaku penerbit)

10. Lagu `My Crush’ dimuat-naikkan secara rasmi di rangkaian `You Tube’ pada 22hb Januari 2014

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Publications Kini Melangkah Ke Dunia Digital

Sebab Penyanyi Marinatasha Dihalau Kerana Bertudung?