in

Kuiz Rembat Sampai Gol Piala Malaysia 2013

Berita menarik buat rakyat anda yang setia menyokong sukan bola sepak Piala Malaysia 2013. Bermula 27 September 2013 hingga 3 November 2013 TV1 akan menganjurkan Kuiz Rembat Sampai Gol..! bagi menghangatkan lagi tontonan Perlawanan Bola Sepak Piala Malaysia serta menghargai peminat-peminat bola sepak tempatan untuk terus setia bersama RTM.

Kuiz Utama berdasarkan pada perlawanan Suku Akhir , Separuh Akhir dan Peringkat Akhir. Setelah mengumpul satu soalan dalam Sepak Mula dan soalan dalam siaran langsung Perlawanan Piala Malaysia, penonton boleh menghantar jawapan menerusi email secepat mungkin di [email protected]. Penonton yang menghantar jawapan yang paling cepat dan tepat akan dikira sebagai pemenang.

[pullquote align=”right”]Kuiz Rembat Sampai Gol Tonton Dan Menangi Pelbagai Hadiah Menarik Sempena Piala Malaysia 2013[/pullquote]

Nama pemenang akan diumumkan pada hari perlawanan tersebut menerusi program Wisel Penamat jam 11.30 malam di TV. Para pemenang yang bertuah akan dipanggil dan diumumkan dalam satu upacara penyampaian hadiah yang akan diadakan selepas berakhirnya Piala Malaysia 2013 menerusi rancangan siaran langsung Selamat Pagi Malaysia.

Para penonton juga tidak ketinggalan dengan menyertai Kuiz Mini yang dibuka selama 34 hari dengan hadiah – hadiah menarik menanti anda bermula 30 September 2013 hingga 2 November 2013. Peserta perlu melayari facebook ‘rembatsampaigol’ untuk mengetahui soalan harian, dan jawapan perlu dihantar ke ‘inbox’ facebook ‘rembatsampaigol’.

Jawapan yang dihantar paling cepat dan tepat dikira sebagai pemenang. Pemenang akan memenangi sepasang kasut bola atau kasut futsal berserta cenderamata dari Modenas. Bukan setakat itu sahaja mulai 19 oktober 2013 hadiah akan digandakan dan pemenang turut akan memenangi sebiji bola jenama figos. Keputusan pemenang akan di email kembali kepada peserta dan diumumkan melalui hebahan di facebook ‘rembatsampaigol’. Untuk makluman para pemenang hadiah juga boleh dituntut di unit Pemasaran & Promosi Tingkat 1, Wisma TV RTM Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Menangi hadiah istimewa sebuah motosikal Modenas Dinamik, Modenas EFI, Modenas GTI 28, Modenas CT100 serta telefon pintar jenama Samsung Note III, kasut Futsal jenama Figos dan banyak lagi. Saksikan Perlawanan Akhir Piala Malaysia , 3 November 2013 dan menangi pelbagai hadiah menarik dengan menjawab soalan kuiz. Ayuh, kita Rembat Sampai Gol ..!

1236531_520115428075598_1743354107_n

PosterKuiz-Resize

Poster01-CaraPenyertaan-RESIZE

Poster02-KuizMiniKiraDetik-RESIZE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Facebook Upin & Ipin cecah 7 Juta LIKE

Sulwhasoo Limited Edition Charity Skincare Kit