in

KRU Ubat Rindu Peminat di Konsert EMOJI

Ramai sekali peminat KRU yang terhibur semasa persembahan KRU di Konsert EMOJI. Iyelah, nak tunggu konsert KRU di Istama Budaya lambat lagi kan? Dengar katanya, akan diadakan pada bulan Mei, betui ka? Khabarnya, tiket dah mula dijual. Wadduh, kena lekas beli ni.

KRU Studios Sdn Bhd telah mengumumkan konsert sambutan ulangtahun ke-25 kumpulan KRU yang dinamakan “KRU25” dan akan diadakan pada 4,5 serta 6 Mei 2018 di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Tak sabar pulak nak tengok konsert KRU ni.

Namun, semasa konsert EMOJI, kerinduan peminat sedikit terubat dengan persembahan lagu-lagu yang dipersembahkan. Walaupun sekejap, jadila kan? Daripada takde langsung. Hehe, Budiey pun sangat teruja sebab dah lama tak tengok KRU buat persembahan di pentas.

Apalagi, nampaknya ada peminat histeria dan turut sama menyanyi lagu-lagu KRU yang penuh dengan notalgia ni.

https://youtu.be/PRAlWKUzDfI

Dimulakan dengan lagu yang pernah hits di era milenium iaitu Fanatik, KRU terus bikin penonton tak senang duduk. Ada yang turut menari bersama.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syuhada Teruja Buat Persembahan di Malam Gala Filem AYAT AYAT CINTA 2

Konsert IMAGINE DRAGON Yang Gempak, Umum Single Terbaru WHATEVER IT TAKES