in

Krew Juara Olimpik Mcdonald’s Sukan Olimpik 2012

2 RAKYAT MALAYSIA DIPILIH SEBAGAI KREW JUARA OLIMPIK McDONALD’S UNTUK SUKAN OLIMPIK 2012 DI LONDON
Aruni binti Hamzah and Zulhilmi bin Jamal akan mewakili Malaysia di London bersama krew berprestasi tinggi dari serata dunia

Lebih daripada 2,000 krew dan pengurus restoran McDonald’s terbaik akan memberi layanan kepada atlit-atlit, jurulatih, ahli media dan penggemar sukan sewaktu berlangsungnya Sukan Olimpik 2012 di London. Ahli krew McDonald’s dari seluruh dunia dipilih berdasarkan keistimewaan dan prestasi kerja masing-masing – tidak jauh bezanya dengan cara pemilihan atlit untuk mewakili negara ke Sukan Olimpik.

Juara Krew Olimpik McDonald’s dari Malaysia ialah Aruni Hamzah, 27, dari restoran McDonald’s Telok Chempedak, Kuantan, dan Zulhilmi Jamal, 22, dari restoran Plentong di Johor.

McDonald's Champion Crew from Malaysia

Mereka telah dipilih berdasarkan gaya kepimpinan dan prestasi cemerlang termasuk keupayaan untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan. Juga, mereka telah menunjukkan pengetahuan operasi restoran yang meluas dan kemahiran kerja yang luar biasa.

“Kakitangan kami merupakan hati dan jiwa syarikat, dan kami amat berbangga kerana dapat memberikan mereka pengiktirafan wajar atas perkhidmatan cemerlang yang ditunjukkan secara konsisten. Program Juara Krew Olimpik McDonald’s merupakan peluang keemasan untuk menjiwai semangat Sukan Olimpik, dan program ini merupakan salah satu contoh ganjaran istimewa yang kami tawarkan kepada para pekerja,” kata Sarah Casanova, Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia dan Pengurus Serantau Malaysia & Singapura.

Dua pekerja contoh McDonald’s Malaysia ini akan mendapat peluang untuk menghidangkan makanan McDonald’s yang berkualiti tinggi di salah sebuah daripada empat restoran McDonald’s di tapak Sukan Olimpik – iaitu, satu di dalam Perkampungan Olimpik, satu di Pusat Media Utama, dan dua lagi di Taman Olimpik. Mereka juga diberi peluang untuk bertemu dengan atlit Olimpik, menghadiri acara sukan Olimpik, menyertai aktiviti sukaneka di Royal Parks, melawat tapak kebudayaan di London dan menjalin persahabatan dengan rakan sejawat antarabangsa.

Aruni berasa teruja dapat bertemu dengan atlit dunia yang terkenal di London dan menanti-nantikan pengalaman bekerja di suasana yang berlainan. “Ini sememangnya satu tanda penghormatan yang tinggi bagi saya kerana dapat mewakili McDonald’s Malaysia ke Sukan Olimpik di London,” kata Aruni, yang mula bekerja di McDonald’s pada tahun 2005.

“Peluang untuk memberikan perkhidmatan kepada atlit dunia yang terserlah dan bertemu dengan ahli krew dari seluruh dunia merupakan pengalaman yang amat saya idam-idamkan,” kata Zulhimi, yang menyertai McDonald’s pada tahun 2010.

147187549OS002_MCDONALDS_FL

McDonald’s dan Sukan Olimpik
Komitmen McDonald’s dalam Pergerakan Sukan Olimpik bermula pada tahun 1968 apabila pihak syarikat menghantar bekalan burger melalui udara bagi atlit-atlit Amerika Syarikat di Grenoble, Perancis untuk memuaskan keinginan mereka untuk menjamu makanan tanah air sendiri. Sejak itu, McDonald’s telah menyediakan pelbagai menu istimewa dengan hidangan yang lazat kepada berjuta-juta atlit dan jurulatih, termasuk ahli keluarga dan penyokong mereka. Sukan Olimpik London 2012 merupakan kali kesembilan McDonald’s menjadi Restoran Rasmi Sukan Olimpik secara berturut-turut.

Mengenai McDonald’s
McDonald’s merupakan rangkaian restoran perkhidmatan segera yang terkemuka dengan lebih daripada 33,500 restoran di seluruh dunia. Ia menawarkan perkhidmatan kepada 68 juta pelanggan di 119 negara setiap hari. Di Malaysia sebanyak 230 restoran McDonald’s melayan 13 juta pelanggan sebulan. Di samping itu, McDonald’s menyediakan peluang kerjaya, latihan dan pembangunan kepada lebih daripada 12,000 kakitangan rakyat Malaysia di restorannya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anzalna & Zarina Rebut Cinta Beto Kusyairy Dalam Drama Sirrun

Malaysia Screen Actors Guild Berhad MSAGB Bakal Ditubuhkan