in

Konvoi Raya DJ Lin ke Rumah Peminat

Konvoi Raya DJ Lin ke Rumah Peminat

Bertugas sebagai penyampai radio kini tidak lagi terhad di dalam studio sahaja. Bahkan, kerjaya ini semakin mencabar kerana penyampai radio juga diklasifikasikan sebagai seorang selebriti atau personaliti dan mempunyai peminat serta pengikutnya yang tersendiri.

Bagi penyampai radio Suria FM, DJ Lin, yang begitu sinonim dengan rancangan Suria Cinta, kejayaan yang dikecapi adalah hasil sokongan berterusan daripada peminat. Justeru, beliau menubuhkan ‘Fan DJ Lin Cinta Mania’ pada  Oktober 2010. Melalui Kelab Peminat inilah beliau dapat mendekati pendengar dengan pelbagai aktiviti.

Syawal tahun ini, DJ Lin mengambil inisiatif untuk turun padang dengan beraya ke rumah peminat di serata Malaysia sebagai tanda penghargaan yang tidak ternilai buat peminatnya. Aktiviti ‘Konvoi Raya DJ Lin bersama Fan Cinta Mania’ merupakan siri jelajah yang melibatkan negeri di utara dan selatan tanahair. Konvoi ini telah mendapat sambutan yang amat baik bermula di Negeri Sembilan (Kuala Pilah), Melaka, Johor (Muar, JB, Pontian, Kulai), Perak (Taiping, Tambum, Gopeng, Ipoh), Pulau Pinang, Kedah (Sg. Petani, Kuala Kedah, Alor Setar, Felda Teloi Kanan) dan bakal ke pantai timur selain sekitar Lembah Klang.

Menarik tentang konvoi ini, ianya diadakan pada hujung minggu dan Penyertaan adalah melalui Facebook Fan Page beliau di DJ Lin Suria Cinta Suria FM yang kini berjumlah lebih 56,000 peminat dan pemilihan dibuat berdasarkan slogan Mengapa mereka ingin mengundang Dj Lin beraya ke rumah mereka. Bagi anak kelahiran Larkin Jaya, Johor Bahru ini, tiada ungkapan penat atau letih kerana, aktiviti konvoi raya ini turut disertai oleh AJK Fan Cinta Mania serta peminat yang sanggup datang dari Johor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah untuk turut sama menyertai aktiviti konvoi Raya yang julung kali diadakan.

Bermula dari Kuala Lumpur, konvoi telah menjelajah ke beberapa lokasi seluruh negara termasuk kawasan felda. Menurut DJ Lin, beliau amat terharu dengan sambutan yang diberikan. ‘Kami disajikan dengan pelbagai makanan tradisional dan juadah hari raya, Ada juga yang sanggup menunggu kehadiran kami walaupun terpaksa menanti sehingga jam 2 pagi’. Tambah DJ Lin lagi, beliau turut diberi buah tangan berbentuk pemberian hadiah dan kuih muih tradisional untuk dibawa pulang.

DJ Lin yang baru saja mendapat lesen memandu pada julai lalu, amat berterima kasih kepada pihak Proton kerana memberi sebuah kereta Proton Persona sebaik dirinya sebagai duta kereta Proton Persona bermula mei lepas. Pemberian kereta ini lebih memudahkan beliau bertemu dengan peminatnya di seluruh Malaysia.

DJ Lin turut merakamkan ucapan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua peminat setia rancangan  Suria Cinta yang dikendalikannya di Suria FM setiap Ahad hingga Jumaat , bermula 11 malam – 2 pagi.

DJ Lin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Filem Alex Cross

Majlis Nikah Norman Hakim & Memey Suhaiza