Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Kontroversi Melodi Manipulasi Fakta Wedding Ashraf Sinclair Bunga Citra Lestari



Jam 11 pagi ini, Ashraf Sinclair akan mengadakan satu sidang media di pejabatnya di Bukit Damansara berkenaan dengan Melodi telah memanipulasikan fakta di majlis resepsi perkahwinan Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari pada Jumaat lalu.

Isu ini telah menimbulkan kontroversi setelah wartawan Melodi ketika itu iaitu Michelle & the geng telah menyiarkan beberapa yang jelik dan ‘kecelaan’ tentang apa yang sebenarnya berlaku di majlis resepsi itu.

Namun, Ashraf kata, apa yang berlaku tidaklah seburuk yang dipaparkan dalam Melodi yang disiarkan pada hari Ahad lalu. Cuma mungkin ini salah tanggapan dan isu ini memang boleh dibuat bahan sensasi bagi program TV3 yang dapat meraih rating berbiliion penonton.

Lagi memburukkan keadaan setelah Ashraf Sinclair didapati tidak dapat memenuhi sesetengah permintaan media untuk ditemubual secara eksklusif. Yelah, mungkin masa tu dah lewat memandang pasangan ini menghabiskan masa ‘berjam-jam’ katanya untuk bergambar dengan kawan-kawan terdekat yang datang.

Sebagaimana yang korang tahu, ramai media yang datang tidak diberi kerusi untuk duduk di dalam dewan memandangkan tempat duduk sangat terhad. Budiey pun nasib baik dapat tempat duduk dan sempat juga makan di majlis resepsi itu. Memang ayam percik masakan Kelantan dan kambing masala tu sangat lazat!

Dan ini apa yang didengar oleh Azira, rakan Budiey di meja mstar online:

Apa yang penulis dengar, program Nona dari TV3 telah ‘membeli’ majlis Ashraf untuk dimuatkan dalam program tersebut. Namun apabila mereka tidak dapat melakukan temubual secara eksklusif, jadi mungkin mereka menganggap program tersebut sudah tidak bermakna lagi setelah semua wartawan perlu membuat temubual beramai-ramai melainkan program Ria Sentral yang dihoskan oleh Sazzy Falak sahaja yang berjaya menemubual mempelai secara eksklusif di atas pentas.

Apabila mengajukan kenyataan tersebut kepada pengurus Ashraf, Nora di majlis resepsi kedua pengantin tersebut keesokan harinya, dia berkata program Nona tidak pernah menyatakan yang mereka ‘membeli’ program tersebut secara eksklusif.

Yang Nora tahu, temubual tersebut dibuat mengikut nasib dan dia sendiri tidak menjanjikan apa-apa. Apa yang penulis dengar juga, Nona terlebih dahulu telah mendapat temubual secara eksklusif baru-baru ini sebelum majlis resepsi tersebut dilakukan. – mstar online.

Budiey dapat tahu ramai media yang melenting dan mengatakan Ashraf Sinclair semakin sombong dan tidak kenang budi wartawan seperti kacang lupakan kulit. Memang ramai yang geram bila permintaan mereka tidak dilayan. Kata mereka, mentang-mentang la dah dapat kerja di Indonesia… dah lupa media kat Malaysia.”

Harap semua rakan media tak melatah dengan isu ini… dan kepada Melodi, korang telah menjalankan tugas korang dengan baik. Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik.

Tags: , ,

Tags: , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Video Ashraf Sinclair Duet Nyanyi Lagu Bersama Bunga Citra Lestari
  • Gambar Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari di Prebiu Filem Saus Kacang
  • Gambar Bunga Citra Lestari Hamil?
  • Foto Perkahwinan Wedding Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari
  • Gambar Pelakon Saus Kacang Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari
  • Gambar Jehan Miskin Bersama Aweks Comel dan Gebu
  • Gossip Gambar Ashraf Sinclair Cium Bunga Citra Lestari di Pulau Bali
  • Isu Melodi TV3 Calar Imej Wartawan Libatkan Blog Hiburan?
  • Filem Eeee, Hantu Lakonan Raja Farah & Ashraf Sinclair
  • Gambar Majlis Resepsi Ashraf Sinclair & Bunga Citra Lestari



    • amuii

      ntah, hormatla sikit majlis org….
      ni nak terjah tak tentu msa..kadng reporter ni lebih gakk kalu di tgk kan.. dok terjah sana terjah sini.. ikut majlis laaa..mana patut terjah lu terjah mana patut lu hormat lu hormat…
      i agree ngan asraf wedding dia, dia tak nak repoter so respect sikit…
      mentang wartawan keje tak tentu masa ni main nak bantai jekk..

    • ana

      Alahai……mcm2 komen sya baca ni,pape pun ni lah dunia,skrang ni kan wartawan pun kena ada cite panas gak sbb nak dpt award…..,saya setuju ngan komen diatas tapi x nak lah terlibat yg laser2 tu biarla kita jaga budi bahasa kita….so saya rasa semua artis yg terlibat ngan cara wartawan like fasha sandha,era fazira,pierre, natasha hudson akan mengiyakan komen diatas,tu sbb gaknya natasha x nak jemput wartawan coz after majlis mcm2 cite panas bila x jemput haaa kena boikot inilah kerja wartawan tak dpt layanan high class diburuk2 kan cite artis,Tapi saya x kata semua artis yg nampak over sgt skrang ni michelle n zubir dan yg seangkatannya.Manusia x semuanya perfect

    • http://- ntahpape

      aku x ske :

      ashraff dah xtau nk ckp b.malaysia…kalo aku,aku bgga ckp b.malysia…pekehenye ckp indon??

      wartawan jgn la over sgt k..
      jaga la etika skit..

      huhuhuhu

    • reno

      boikot melodi!

    • wuzz

      Tinggi sungguh adap wartawan bila bertanya samada si Bunga tu hamil.

      Yang penting…SENSASI!

    • whatever

      Michelle tu cam sial je kan..Terdesak sangat ke nak popular perempuan oi!!!!

      Waktu gambar dia dengan bf tersebar kat tenet takde plak nas ahmad nak terjah!!Kalau wartawan nak burukkan artis yang dorang tak suke senang je kan..Wartawan (mcm michelle) rase diri dia tu bagus sangat ke?Tak pernah buat salah ke?

    • NHA

      dah mmg tu kerja wartawan.. keep up the good work!

      benci betul ngk ‘org sana’ kalau dah dapat kawen org malaysia, menyombong!!

    • kiki

      pada wartawan yg perasan ‘ada power’ (siapa mkn cili dia rasa pedas)tolong pas ni ingat2 skit ye..korang tu pekerja biasaje..bukan nya VIP..kalu tak de korang pun wartawan junior lain pun boleh buat keje lagi bagus..terdesak sgt ke? sian..belajar hormat majlis org ye…jgn ikut suka hati mak bapak korang je nak redah majlis org…

    • da great one

      weh,aku mmg menyampah tahap bangang ngn michelle..dye igt dye hebat ka???blah la wei..tny soalan mcm xde hotak!!pkir ar sket mjls org..RESPECT!!!!pahaaaaammm???!!!

    • ummie cute

      Apepe pun melodi ttp panazzzzzzzz….n michelle still wartawan vazzzz… pengantin…?????dah senyap begitu sje…melodi…???? tetap kat tv3 pkul 12.30 tengahari…..wawawawawawa……

    • ms

      Hiburan,hiburan,hiburan…….i2 je yg msyarakat mlysia tau skrg ni.knp nk sbuk2 sgt crita pasal artis2 ni? ape faedahnya? bukan ke bagus kalau skrg ni para wartawan sensasikan crita mengenai perjuangan para ulama.ada gak faedahnye.ni tdk, asyik artis sana artis sini.rancangan realiti pun makin banyak skrg ni.semuanya nak jd penyanyi.apalah salahnya terbitkan program realiti yg berunsurkan agama seperti imam idol ke,bilal idol ke,akademi ulama ke.skurang2nya msyrakat x lupa pd agama.xsalah kalau nk berhibur tp biarlah berpada2.stesen TV sprti TV3 pun makin banyak terbitkan rancangan program realiti bercorak hiburan yg melampau.bila hari2 terten2 je mereka siarkan rancangan bercorak agama seperti pada bulan puasa,maulidurrasul dan hari raya.Mungkin inilah kot maksud ISLAM HAD HARI PAK LAH.Boleh ke artis2 bg contoh yg baik pd msyarakat skrg ni? sudahlah akhlak berkiblatkan barat.patutlah masalah sosial mkin bleluasa.rupanya asyik dgn hiburan & duk sanjung artis2.yg ulama pulak dihina & dipinggirkan ada siapa peduli? xde sape yg pduli pun…….tepuk dada tanya iman & hati…

    • noname

      heboh banget disini..ashraff itu diterima di INDONESIA jg karna BUNGA,..
      kalau ga ada BCL dah jd pengamen jalanan dia itu di INDONESIA..
      ga ada skill sama sekali jd seniman..
      bersyukur lah ada org INDONESIA yg mau dgn mu-
      jadi bisa ngartis dan cari makan disini..
      kenapa juga bunga mau-maunya ma org MALAY..
      ntar disiksa lagi kayak MANOHARA..
      DI indonesia cow cakep banyak..yang kayak ashraff seribu 3 lagi..
      hahahaha…

    • shinju

      wartawan kdg lebih sudu dr kuah…xleh tersingung skit…xleh jeling skit…tapi klu soal org soalan x pk perasaaan langsung…wp i bkn la mnt mn2 artis sgt pon..tp kdg depa wartawan( bkn sme)..ni xtakut ker time deorang lak kn soall nanti di akhirat…



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK