in

Kontrak Maya Karin Jadi Duta Tilam Vono Dilanjut Setahun Lagi

[dropcap]P[/dropcap]ada jam 11 pagi semalam, satu majlis ringkas mengumumkan kontrak setahun lagi untuk Maya Karin menjadi duta produk tilam berjenama Vono. Tahniah buat Maya Karin. Rezeki tuuuu…. syabas!

Maya Karin memperbaharuhi kontraknya sebagai duta serta jurucakap jenama tilam antarabangsa, Vono menjadikan genap 4 tahun beliau sebagai duta dan Maya memberitahu beliau sudah mempunyai empat buah tilam jenama tersebut di rumahnya. Wah, kalau tak nak bagilah Budiey satu ya.

Maya berkata beliau bersyukur kerana masih lagi diberi kepercayaan dan memikul tanggungjawab berkenaan selama setahun lagi.

Difahamkan jualan tilam Vono juga mempunyai peningkatan sejak kemunculan Maya Karin. Malah lebih menggembirakan aktres itu, beliau mendapat banyak respon positif daripada peminat yang juga merupakan pelanggan tilam Vono sekaligus mereka turut berkongsi rasa puas hati mereka terhadap kualiti produk berkenaan.

Maya mula menandatangani kontrak dan memikul tanggungjawab sebagai duta bagi jenama tilam dari United Kingdom (UK) itu sejak tahun 2010. Sebelum Maya, penyanyi popular Ziana Zain pernah dilantik sebagai duta dan jurucakap produk itu selama 10 tahun.

Dalam perkembangan lain, Maya baru saja selesai menjalani penggambaran filem Nota, di Kuching Sarawak. Filem arahan pengarah dari Jepun, Yasu Tanaka itu menggandingkan Maya dan Hans Isaac, sebagai suami isteri.

Dalam masa terdekat, Maya akan pulang ke Berlin untuk berjumpa dengan bapanya. Maya juga bakal melancarkan sebuah single terbaru, nak tahu tajuk apa kenalah tungguuuuuu!

Maya Karin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bapa Afiq Muiz Diminta Tampil Jadi Orang Tengah Selesai Kemelut

Afiq Muiz Mengaku Hilang Kerja & Dibanned Stesen TV