in ,

Konspirasi Jenayah Profil Tinggi dalam Filem OVERHEARD

Membariskan aktor-aktor terkenal Lau Ching Wan, Louis Koo dan Daniel Wu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi slot Golden Dragon menyiarkan filem Hong Kong bertajuk “Overheard” pada 30 April ini, pukul 10.00 malam di TV2.

Tugas anggota polis bukan sahaja dalam membanteras kes-kes kejahatan seperti rompakan atau pembunuhan, tetapi juga menyeledik kes kejahatan profil tinggi seperti kes jenayah melibatkan kewangan. Itulah yang menjadi plot film thriller Hong Kong hasil karya Felix Chong dan Alan Mak pada tahun 2009 yang bertajuk Overheard ini.

Daniel Woo

Ia mengisahkan watak Johnny (Lau Ching-wan), Gene (Louis Koo) dan Max (Daniel Wu) adalah tiga orang anggota polis yang bekerja dengan CCB (Comercial Crime Bureau), sebuah biro penyelidik jenayah komersial Hong Kong. Mereka merupakan salah sebuah unit khusus yang bertugas sebagai ‘mata-mata’ perusahaan bisnes E&T yang mungkin terlibat dalam perdagangan saham secara haram dan jenayah kewangan lainnya.

Dalam menjalankan misi tersebut, Johnny dan kedua orang rakannya itu menempatkan kamera rahsia dan mikrofon di pejabat E&T. Tidak hanya itu, mereka juga dapat mendengar percakapan golongan eksekutif perusahaan tersebut.

Dengan peralatan ‘mata-mata’ itu, ketiga-tiga anggota polis itu secara terang-terangan dapat menyaksikan aksi memalukan salah seorang eksekutif, Mr. Louw yang bermesraan dengan wanita simpanannya. Malah mereka juga mendengar cara-cara sulit dalam perdagangan saham untuk mendapatkan wang banyak secara cepat.

Tidak dapat menahan godaan, Gene dan Max diam-diam turut melakukan perdagangan saham yang tidak jujur itu. Memang tindakan mereka tidak beretika, namun mereka punya alasan tersendiri. Gene memerlukan wang kerana anak lelakinya menghidap kanser dan kebetulan dirinya juga turut menghidap penyakit tahap serius.

Manakala Max pula yang sedang menjalinkan hubungan cinta dengan kekasihnya memerlukan wang tersebut untuk meyakinkan keluarga kekasihnya yang kaya raya sebelum mengahwini wanita tersebut.

Hanya Johnny sahaja yang mampu mempertahankan prinsip dipegang dab n telus dengan kerjayanya. Pada masa sama Johnny tidak sanggup untuk melaporkan kepada pihak atasan tentang tindakan rakan setugasnya itu walaupun dia tahu perkara tersebut mesti dilaporkan.

Akankah Johnny akan tetap ‘tutup mata’ atas perbuatan kedua rakannya itu? Apa yang akan terjadi pada ketiga-tiga rakan sepasukan itu pada akhirnya? Saksikan kesudahannya hanya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Pelancaran Muzik Video Fazura SAYANGI DIRIMU

Menikmati Sunway Lagoon Dalam Kurang Daripada Seringgit