• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun

1
  • by Budiey
  • in Hafiz Hamidun · Konsert
  • — 3 Oct, 2012

Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun
Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
14 November 2012 – 8 Malam.

Pada jam 11 pagi tadi telah berlangsung sidang media pengumuman Konsert Zikir Terapi Diri oleh Hafiz Hamidun di Restoran Rebung, Bangsar.

Hafiz Hamidun bukanlah satu nama asing dalam industri hiburan tanah air. Berusia 28 tahun, bekas vokalis UNIC ini semakin menjadi sebutan terutamanya melalui karya muzik beliau yang seringkali menjadi mewarna industri muzik tempatan. Beliau telah menghasilkan 3 buah album solo termasuk album terbaru Zikir Terapi Diri.

Baru-baru ini pelantun suara untuk album Zikir Terapi Diri ini telah menerima anugerah platinum berkembar empat di atas jualan album Zikir Terapi Diri yang hampir mencecah 60 ribu unit. Di saat ramai penggiat seni mengeluh dengan pasaran album yang semakin perlahan, Hafiz membuktikan bahawa produk tempatan masih mendapat tempat di hati mereka. Album ini juga pernah menjadi juara carta jualan album di iTunes dan kini masih menduduki tempat teratas carta.

Rentetan daripada sambutan hangat terhadap album Zikir Terapi Diri, buat julung-julung kalinya Hafiz akan tampil dengan konsert sulung beliau iaitu ‘Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun’. Konsert ini bakal berlangsung pada malam tahun baru Hijrah iaitu pada 14 November 2012 bertempat di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun

Pada malam tersebut, konsert yang bertemakan Zikir Terapi ini akan membawa para penonton ke suatu pengalaman yang berbeza dari konsert-konsert hiburan yang biasa. Elemen spiritual yang jelas dari alunan zikir serta iringan muzik terapi yang menjadi tunjang album Zikir Terapi Diri akan menjadi asas utama konsert ini. Persembahan pada malam konsert ini akan diiringi oleh ‘live strings section’ dan juga susunan muzik terapi yang digubah sendiri oleh Hafiz.

Menurut Hafiz, “Pendengar yang sudah biasa mendengar album Zikir Terapi Diri, baik melalui CD mahupun radio, TV atau YouTube akan dihidangkan dengan kelainan dalam susunan muzik serta gaya persembahan vokal. Konsert ini sebuah konsert yang istimewa. Ia bukanlah konsert nasyid. Ia juga bukan konsert-konsert hiburan yang biasa kita tonton di TV ataupun secara langsung. Muzik dan persembahan konsert ini diadun khusus untuk konsert solo pertama saya.

Pada malam tersebut, saya merancang untuk menggabungkan tiga elemen istimewa deria di dalam persembahan saya iaitu; Dengar, Lihat dan Rasa. Saya seringkali diundang menyampaikan Zikir Terapi di dalam mahupun luar negara. Penerimaan positif mereka menyebabkan saya begitu teruja untuk mempersembahkan Zikir Terapi dalam skala yang lebih besar”.

“Sehubungan dengan itu, saya mengalu-alukan penglibatan pihak Korporat dan Persendirian sebagai penaja, bagi menjadikan hasrat murni membudayakan Zikir dalam kehidupan masyarakat. Konsert ini akan dihadiri oleh 2000 penonton dan semestinya konsert ini akan memberikan impak positif terhadap imej dan penjenamaan syarikat-syarikat korporat dan individu.” Ujar Hafiz lagi.

Bagi memantapkan lagi persembahan, pihak penganjur turut menampilkan pengacara Halaqah Sentuhan Qalbu iaitu Hj. Ahmad Noor Sulaiman yang akan melontarkan suara emasnya sebagai Narrator. Beliau akan menyulami persembahan Hafiz Hamidun sepanjang 90 minit konsert ini akan berlangsung.

Kepada mereka yang berminat untuk menyaksikan konsert ini, pihak penganjur menawarkan beberapa harga tiket iaitu RM125, RM100, RM75 dan RM50. Bagi memudahkan para pembeli, tiket-tiket boleh dibeli secara dalam talian di www.airasiaredtix.com .Tiket juga akan dijual di pintu masuk utama pada hari konsert bergantung kepada baki tiket yang ada. sebarang maklumat lanjut mengenai penempahan tiket, penajaan dan pertanyaan, boleh menghubungi pihak penganjur, Arteffects International ke alamat emel [email protected] atau menghubungi talian 012-2251297 / 03-7727 1297. Maklumat tentang konsert juga boleh diikuti melalui laman Twitter @hafizhamidun dan www.arteffects.com.my

Kepada peminat yang ingin mendapatkan tiket, sila beli tiket di www.airasiaredtix.com bermula 8 Oktober 2012.

Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun

Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun

Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun

Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun

Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun

Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun

Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun

Komen via Facebook

Komen

Share

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Senarai Penuh Nama Para Juri & Hakim AIM19
  • Next story Gambar Shila Amzah di Sidang Media AIM19

ENTRI BERKAITAN

  • Gambar Morgan di Mini Showcase SM*SH di Sungei Wang Plaza 18 Mar, 2012
  • Anna Maria As Opening Act Jonas Brothers Live In Malaysia 19 Oct, 2012
  • Xpax Ignites The Wanted Live In Kuala Lumpur 5 Sep, 2012
  • Peraduan Menangi Tiket VIP & Backstage Pass di Golden Disk Awards ke 27 12 Jan, 2013

1 Comment

  1. Akbar Azmi says:
    Thursday, November 8, 2012 at 10:05 am

    semoga Allah memberi hidayah kepada mu wahai Hafiz.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Afiq Muiz Mengaku Hilang Kerja & Dibanned Stesen TV
    • Kontrak Maya Karin Jadi Duta Tilam Vono Dilanjut Setahun Lagi
    • Bapa Afiq Muiz Diminta Tampil Jadi Orang Tengah Selesai Kemelut
    • Apa Perubahan Besar Dalam Akademi Fantasia 2013
    • Ujian Air Kencing Positif Mahkamah Tinggi Perintah Saiful Apek Bela Diri
    • Program Popular Korea Running Man Disiarkan di TV2
    • Jangan Aib Keluarga Nasihat Zed Zaidi Kepada Afiq Muiz
    • Eina Azman Mahu Saman Ibu Afiq Muiz
    • Gambar Zo In Sung Kongsi Makan Cotton Candy Dengan Peminat Setia
    • Gambar Zo In Sung di Temubual Bersama Media Malaysia
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • Bintang-Mencari-BintangAchey Juara Konsert Penentuan Kumpulan A Bintang Mencari BintangWednesday, May 22, 2013
    • konsert-mega-bintangPeraduan Menangi Tiket Konsert Mega BintangTuesday, May 21, 2013
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • cnblue-konsertTiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu IniWednesday, May 15, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • Hayrin Matahir on:Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat
    • nura on:Bekas Isteri Jimmy Shanley Mengaku Hamil Anak Luar Nikah
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Afiq Muiz Mengaku Hilang Kerja & Dibanned Stesen TV
    • Kontrak Maya Karin Jadi Duta Tilam Vono Dilanjut Setahun Lagi
    • Bapa Afiq Muiz Diminta Tampil Jadi Orang Tengah Selesai Kemelut
    • Apa Perubahan Besar Dalam Akademi Fantasia 2013
    • Ujian Air Kencing Positif Mahkamah Tinggi Perintah Saiful Apek Bela Diri
    • Program Popular Korea Running Man Disiarkan di TV2
    • Jangan Aib Keluarga Nasihat Zed Zaidi Kepada Afiq Muiz
    • Eina Azman Mahu Saman Ibu Afiq Muiz
    • Gambar Zo In Sung Kongsi Makan Cotton Candy Dengan Peminat Setia
    • Gambar Zo In Sung di Temubual Bersama Media Malaysia
    • Zo In Sung Tak Sangka Ada Ramai Peminat di Malaysia
    • Sinopsis Telemovie Dewi Suria Arahan Zul Huzaimy
    • Aliff Aziz Kini Bergelar Pengembala Kambing
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.