Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Konsert Sudirman Abadi Di Hati



ORKESTRA RTM MEMPERSEMBAHKAN KONSERT “SUDIRMAN… ABADI DI HATI”

Sebagai pembuka tirai persembahan Orkestra Radio Televisyen Malaysia (ORTM) 2012 dan bagi mengenang jasa serta menghormati karya seni penyanyi tersohor Asia, Allahyarham Dato’ Sudirman Hj Arshad, Orkestra RTM mempersembahkan Konsert Sudirman … Abadi di Hati di Auditorium Perdana, Angkasapuri pada 24 Februari ini.

Konsert Sudirman ... Abadi di Hati

Konsert ini disiarkan secara langsung di saluran TV1 mulai jam 9.00 malam yang bakal menampilkan konsep persembahan secara kronologi iaitu berdasarkan album-album yang pernah dihasilkan dan menjulang nama beliau sepanjang kerjaya seninya dari album Teriting Doa (1977), Aku Penghiburmu (1978), Perasaan (1979), Anak Muda (1980) sehinggalah album terakhir beliau.

Konsert yang akan diacarakan oleh dua pelawak popular tanah air, Saiful Apek dan Didie Alias ini turut menonjolkan kelainan kerana lagu-lagu yang bakal dipersembahkan oleh artis terlibat akan diperkenalkan sendiri menerusi sedutan rakaman video konsert Allahyarham semasa hayatnya. Lagu-lagu akan dinyanyikan semula oleh barisan artis-artis popular tanah air baru dan lama bersempena 20 tahun pemergian penyanyi legenda negara ini.

Antara artis-artis terlibat seperti Adibah Noor, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, Alyah dan Bob serta penglibatan artis-artis muda antaranya Shila Amzah, Tomok, Black, Aril dan Rey dari Bintang RTM. Orkestra RTM turut menampilkan artis sezaman yang pernah merakamkan album bersama Allahyarham iaitu Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini yang bakal membawakan tiga buah lagu dalam segmen lagu popular Allahyarham.

Konsert ini menampilkan Luqman Abdul Aziz bertindak sebagai pengarah muzik dengan diiringi 40 pemuzik Orkestra RTM yang menyaksikan 24 lagu hit Sudirman yang di awal pembabitannya pernah menjuarai Bintang RTM pada 1976. Malah pemilihan lokasi konsert tribute yang diadakan di Auditorium Perdana Angkasapuri ini juga bertujuan mengimbau kenangan memori manis ketika beliau dinobatkan sebagai juara pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh RTM itu.

Menariknya set konsert ini diinspirasikan daripada pentas yang menyaksikan beliau menggondol gelaran ‘Penghibur Terbaik’ pada Anugerah Muzik Asia 1989 yang diadakan di Royal Albert Hall, London. Ketika itu beliau telah menewaskan pesaing hebat seperti Leslie Cheung (Hong Kong), Anita Sarawak (Singapura), Epo (Jepun), Kuh Ledesma (Filipina) dan ramai lagi.

Saksikan Konsert ‘Sudirman… Abadi Di Hati’ hanya di saluran TV1.

Sharifah Aini

Shila Amzah

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Konsert Kenangan Sudirman
  • Senarai Semua Lagu Konsert Akhir AF5
  • Program TV, Konsert & Majlis Tahlil Memperingati Sudirman
  • BIO Channel Siar Bio. Beat: Sudirman Arshad
  • Cetakan Semula Album Sudirman Aku Bukan Penghibur & Kul It
  • Abby Abadi dan Norman Hakim Hantar Anak Sekolah
  • Konsert Hore Hore Aznil Nawawi
  • Senarai Lagu Untuk Konsert Pertama Akademi Fantasia 5
  • Lagu Nur Abadi Nash Ubaidillah dan Gambar Rakaman Melodi Raya
  • Lirik Lagu Sudirman – Bila Wajahmu Aku Bayangkan



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK