in ,

Konsert Solo Siti Nurhaliza in Symphony di Dewan Filharmonik Petronas

Rasanya rata-rata peminat penyanyi Dato’ Siti Nurhaliza akak Sitizoners dah tahu pasal Dato’ Siti Nurhaliza akan buat persembahan solo di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) selama tiga hari iaitu pada 5 hingga 7 Julai depan. Istimewanya, persembahan itu nanti akan diringi oleh 80 pemuzik profesional daripada DFP. Wow, bunyi macam best tu.Budiey rasa nak tengok konsert ini.

Siti mengakui sangat excited sebab hasratnya itu akhirnya dapat dibuat. Hanya tunggu masa je sekarang ini. Yang pasti, Siti tengah berlatih untuk memberikan persembahan terbaik kepada si pembeli tiket nanti.

Pelawaan pihak pengurusan DFP untuk mengadakan konsert di pentas berprestij itu disambut dengan tangan terbuka dan menganggap ia sebagai impian menjadi kenyataan.

“Saya pernah membuat persembahan bersama Tan Sri S.M. Salim pada tahun 2001 di DFP tetapi perasaan kali ini berbeza kerana ia adalah konsert solo pertama saya di sana. Malah perasaan gementar dan teruja sudah mula ada kerana ini adalah salah satu impian saya.”

Selain akan menyampaikan 10 buah lagu, pemilihan seleksi lagu bakal dipilih oleh pihak DFP sendiri bersesuaian dengan muzik orkestra yang bakal mengiringi persembahannya.

Jelas Siti, beliau tiada masalah dengan keputusan pihak DFP sebaliknya apa yang lebih utama beliau dapat memberikan persembahan mantap dan bertenang buat penonton yang hadir.

“Saya tiada masalah dengan pemilihan lagu yang bakal diputuskan oleh DFP kerana apa yang lebih penting ia dapat disampaikan dengan baik dan penuh bertenaga. Bukan mudah untuk menyanyi dengan iringan muzik orkestra dan perkara itu yang akan saya beri perhatian supaya dapat memberikan persembahan terbaik untuk penonton yang hadir.”

Sementara itu, Siti berkata, walaupun gementar tetapi pengalaman membuat persembahan dibeberapa pentas berprestij seperti Istana Budaya dan Royal Albert London Hall diharap dapat membantunya mengurangkan rasa gemuruh itu.

Tiket untuk menyaksikan persembahan itu dijual pada harga RM150 dan ke atas.

Siti Nurhaliza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

U Mobile Jalin Kerjasama Dengan KakaoTalk & WeChat

Butterfingers Lahir Album Kompilasi Kronologikal