Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Konsert Shah Rukh Khan di Melaka 11 Disember 2009



Konsert Shah Rukh Khan di Melaka 11 Disember ini

Shahrukh Khan senyum semasa sambutan hari jadi ke-44 di rumahnya di Mumbai pada 2 November 2009. -Foto AFP

MELAKA: Hero nombor satu Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan dijangka mengadakan persembahan di Melaka pada 11 Disember ini. Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata persembahan dijangka diadakan di Stadium Hang Jebat di Kerubong yang boleh menempatkan 40,000 penonton.

“Bagaimanapun, persembahan pelakon dan penghibur itu bergantung kepada penajaan sama ada sanggup membiayai kos persembahannya,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Mohd Ali berkata beliau telah mempelawa MameeDouble Decker (M) Bhd, sebuah perusahaan makanan di sini untuk menaja konsert itu.

“Kini bergantung kepada Mamee dan aktor berkenaan untuk menyatakan persetujuan sama ada konsert itu boleh berlangsung atau sebaliknya,” katanya.

Beliau juga berkata Shah Rukh Khan yang menerima gelaran Datuk dari kerajaan negeri tahun lepas tidak akan membuka studio perfilemannya di sini seperti yang dilaporkan sebelum ini.

“Beliau tidak boleh memberi komitmen sepenuh masa sekiranya membuka studio itu di sini sebaliknya menawarkan kepada kerajaan negeri untuk menjadi penasihat sahaja,” katanya.

Mohd Ali berkata kerajaan negeri sedang mencari pelabur yang berhasrat membuka studio perfileman di sini dengan menggunakan kepakaran aktor Bollywood itu yang mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia. BERNAMA

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gelaran Datuk Kepada Shah Rukh Khan Timbul Isu?
  • Living With A Superstar Shah Rukh Khan Di TV1
  • Gambar Shah Rukh Khan Terima Anugerah Datuk
  • Video Shah Rukh Khan Terima Pangkat Datuk di Melaka
  • OM SHANTI OM LAKONAN SHAH RUKH KHAN, AMITABH BACHCHAN
  • Kuch Kuch Hota Hai Pecah Rating Penonton Paling Tinggi
  • Konsert Radio Rosak 2009 Pada 26 Disember Ini di Stadium Negara
  • KONSERT RADIO ROSAK 2009 Ditangguhkan 6 Mac 2010
  • Peraduan Movie Day Out Budiey.com Menonton DON 2
  • Mini Konsert Sorakan Emosi @ Stadium Melaka Petang Ini



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK