Konsert Seribu Warna Dato’ Siti Nurhaliza Hai-0
Semalam telah berlangsung satu majlis sidang media Konsert Seribu Warna – Dato’ Siti Nurhaliza. Konsert ini akan diadakan pada 14 November, pukul 8 malam di Stadium Malawati, Shah Alam. Di Konsert itu nanti, Siti juga mengundang artis di bawah SNP iaitu kakaknya, Siti Saida, adiknya, Siti Saerah dan kumpulan Coda untuk opening act.

DESAS-DESUS mengatakan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin ditawarkan wang jutaan ringgit oleh syarikat Hai-O Marketing Sdn. Bhd., penganjur Konsert Seribu Warna dinafikan sekeras-kerasnya oleh Siti Nurhaliza. Diva popular ini setuju bukan sebab wang. Tawaran itu tidaklah mencecah sampai jutaan ringgit dan berapakah jumlahnya biarlah Siti sahaja yang tahu.
Yang pasti, isteri kepada ahli perniagaan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ini tidak sabar untuk menghiburkan 10,000 penonton termasuk 6,000 ahli Hai-O.
Oleh itu, Siti meuar-uarkan kepada para peminatnya yang bukan ahli Hai-O untuk mendapatkan tiket berharga RM60 yang dijual sebanyak 4,000 tiket itu.
“Saya menerima tawaran konsert ini pada pertengahan Mac lalu selepas ahli Hai-O sepakat untuk memilih saya sempena ulang tahun ke-17 Hai-O. Jadi, persembahan dalam ni agak berlainan daripada Konsert Eksklusif Satu dan lebih relaks. Persembahannya juga tidak lama dalam 90 minit sahaja dan saya akan mendendangkan sebanyak 13 buah lagu popular saya,”
Selain menyanyikan lagu-lagunya seperti ‘Di Taman Teman’, ‘Ku Percaya Ada Cinta’, ‘Ku Mahu’, Siti turut akan menyanyi secara trio dengan Saida dan Saerah serta menyanyi lagu ‘tibute’ dua penyanyi popular.
Dalam nada teruja, Siti menjelaskan dia sengaja mengajak artis SNP yang lain untuk memberikan pendedahan kepada mereka dengan harapan mereka akan bersedia membuat persembahan berskala besar.
Pengalaman dan tunjuk ajar yang mereka perolehi daripada Siti diharapkan akan dapat dimanfaatkan dengan baik oleh setiap artis supaya kemunculan mereka di ‘Konsert Seribu Warna’ mampu membuka mata peminat di luar sana.
Bercerita mengenai penampilannya agar bersesuaian dengan tema konsert yang santai dan relaks itu, khidmat pereka fesyen Hatta Dolmat akan digunakan agar menampakkan dirinya lebih ‘funky’, ‘ragged’ dan kontemporari.
Begitu juga dengan Saida dan Saerah, mereka berdua juga akan menggayakan pakaian rekaan pereka tersohor itu.



‘Seribu Warna’ simbolik kejayaan Hai-O
Menurut Siti, pemilihan tajuk konsert ‘Seribu Warna’ ini bertepatan dengan persembahan yang akan ditonjolkan pada malam itu selain simbolik pelbagai kejayaan, semangat dan kegigihan yang ditonjolkan oleh ahli-ahli Hai-O sehingga mereka mampu mengubah kehidupan dan masa depan yang lebih baik.
Menyentuh tentang sesi latihan, setiap artis akan memulakan latihan muzik dan tarian pada awal November ini. Persembahan Siti, Saida dan Saerah akan diiringi oleh kumpulan pemuzik profesional yang akan diketuai oleh Aubrey Suwito manakala kumpulan Coda akan bermain muzik sendiri.
Tambahnya, konsert ini juga diharap akan dapat mengubat rindu para peminatnya yang tidak berkesempatan menonton ‘Konsert Satu’ di Istana Budaya pada Jun lalu. SNP selaku penerbit konsert ini telah mendapat kerjasama Ticket2u.biz untuk urusan penjualan tiket yang boleh dilanggan mulai hari ini, 22 Oktober.

Siti bersama Saida, kumpulan Coda dan Pengurus Hai-O Marketing Sdn Bhd, Tan Kee Hock.
Tiket boleh didapati di Box Office (Istana Budaya), Triways Travel & Tours di KLCC dan Taman Tun Dr Ismail, Malaysia Travel Bureau, MTB di MATIC, Sri Amera Holiday Sdn. Bhd di tingkat 1, Plaza Alam Sentral Shah Alam dan Putrajaya, Pasar Awam Precint 16, Putrajaya dan TicketCharge 29-5, Signature Office Suite, The Boulevard, Mid Valley.
Tiket-tiket juga boleh dilanggan secara online di ticket2u.biz dengan harga tetap RM60. [sumber]

Baca artikel lain yang berkaitan:





October 22nd, 2009 at 9:46 am
kenapa la muka dia macam orang dah tua sangat. kadang2 kesian aku tengok dia ni.
October 22nd, 2009 at 10:17 am
dah beli dah tiketnyer… tapi takde seat number ler… mesti berebut2 nak masuk nanti!
October 22nd, 2009 at 11:42 am
zaiaei… utk jawab soalan ko… sebabnya dia tak pakai botox… kalau pakai pun belum tentu nampak muda tapi nampak pelik…
tuh namanya kejelitaan semula jadi… ko pun satu hari nanti nampak tua gak… lagi pun Tok Ti kita ni pun dah masuk 30… usia makin meningkat bukan makin muda… tahun ni umur ko 30 tahun depan 29… lu pikir sendiri ek…
anyway tima kasih diucapkan daripada kitorg fans Tok Ti sebab kesian kan Hamba Allah sorang ni…
dah beli tiket Konsert Seribu Warna ke belum?
October 22nd, 2009 at 11:54 am
maksud aku…umur dia baru 30 tapi dah nampak macam 45. huhuhuuuuu
October 22nd, 2009 at 12:18 pm
aku tengok tak la tua mana…tapi satu yang ku perasan makin hari makin ‘bergetah’ cik ct kita nih… marvellous!
October 22nd, 2009 at 12:20 pm
Penah terserempak Tok K & T diKLCC.Walaupun org kenal Tok T, tapi mata org lebih tertumpu pada Tok K.Sbb pe? Sbb, dia tampak lebih berkarisma.Tok Ti? Tenggelam habis.
October 22nd, 2009 at 8:06 pm
makaih asal nmpk tua? mcm jiran aku ciksherry 43 tahun, tp bukan ke ct br 30?
October 23rd, 2009 at 8:41 am
muka dah melebar semcm.fesyen tudung mcm nak pegi pasar pagi je.Nape tak slim cam kakaknya? Dia dah ada anak berderet tapi maintain je walaupun tak kaya mana.CT lak nasib baik jadi penyanyi (kene dress up bila nyanyi),klu tak, mesti penampilan mcm makcik2 kg.
October 23rd, 2009 at 12:20 pm
emmmmm x habis2 lg arrr ct nieeee
October 23rd, 2009 at 12:23 pm
tolong arrr jangan bg saerah n saidah nyanyi suare dyee orang x sedap arrrrrr,saidah nyanyi cm takut2 jerrr
eeeeeeeeeeeeee tlg lah!!!!!!!!!!!!!!!!
October 23rd, 2009 at 3:48 pm
haha..nisyah ni ko pandai wt lawak laa..biar la die nk nyanyi..sore ko sedap x nisyah wehhhh??? jawap..jgn x jawap??
October 24th, 2009 at 1:04 pm
utk siti vouge….ala jgn la taksub sgt!!poyo la yong.suka ati aku la nk ckp ape.ape yg aku ckp ade betulnye.suara aku ofcourse la sedap.nk dgr ke….tggu album aku keluar,dptkn d pasaran.aku dh jwb soalan kau..sekian terima kasih.
October 24th, 2009 at 1:08 pm
knp artis dbwh naugan siti production x popular n x dikenali??terutamanya coda.sister ct n yg lain2.harap d ambil tindakan segera.
October 24th, 2009 at 1:14 pm
HARAP CT SEGERA BERTAUBAT MEMAKAI TUDUNG YG SEMPURNA….KERANA CT SUDAH BERGELAR HAJAH……..
October 25th, 2009 at 2:16 am
In the first pic…she looks just like her mum…and that’s a good thing rite?
October 25th, 2009 at 3:30 pm
tak la nampak sgt tua mungkin sebab pengalaman hidup dia menjadikan dia nampak matang so terserlah la di wajah dia.korang pun tahu sejak dia belasan tahun sehingga sekarang mcm2 benda berlaku pada dia…itu yg sekali2 nampak tua…betul ke ni…
October 28th, 2009 at 9:26 am
aku rasa ok ape ct at least ta la nak buat botox2 tu sampai nak ubah muka die…mmg la sbb dah bentuk muka die macam tu..ada orang cepat nampak tua..ada orang muka cute so lambat nampak tua…die pun manusia jugak….macam orang2 yang cakap die tua tu cantikkk sangat ker???
November 12th, 2009 at 4:58 pm
huurrmm.. hidop siti.. memang x penat uat konsert.. tu la namenye penghibur no1 u ols.. teruskan. papepown nk sedeyh la an.. x dapat nk g konsert uh la. tiket katenye dah habis.. adoii.. ade tiket lebeyh x?
nk bli nk bli..
November 15th, 2009 at 1:39 am
dalam pic nampak tua, tp tgk real lawa, cute gler… mmber aku cakap konsert ct best sgt2..