in ,

Konsert Search Live In Istana Budaya 2014

BILA Search nak main di Istana Budaya? Ini antara persoalan yang kerap dibangkitkan peminat-peminat setia band rock nombor satu Malaysia itu. Bukan saja peminat mereka, malah hampir semua penggiat seni dalam industri muzik tempatan kerap melontarkan pertanyaan sama.

Lebih-lebih lagi apabila kebanyakan penyanyi dan band dengan reputasi besar di negara ini sudah pun membuat konsert di tempat berprestij itu. Pendek kata, Istana Budaya seolah-olah tidak lengkap apabila Search yang memegang reputasi band rock nombor satu negara tidak diberi peluang mengadakan konsert di situ.

Search

Hari ini, soalan itu terjawab apabila Search bakal menakluki Istana Budaya dalam konsert Search : Live In Istana Budaya 2014 pada 4 hingga 7 Disember ini.

Konsert anjuran Urban Creative Synergy (UCS) Sdn Bhd ini juga bakal menyaksikan persembahan mantap daripada Search yang kali terakhir mengadakan konsert berskala besar di tanah air ialah Konsert Fenomena 30 Tahun Search di Mines Convention Centre, Seri Kembangan, Selangor tiga tahun lalu.

Vokalis Search, Amy berkata, mereka amat berbesar hati apabila akhirnya Search diberi peluang mengadakan konsert di Istana Budaya.

“Ini persembahan pertama kami di Istana Budaya. Pastinya ia adalah konsert yang lain daripada yang lain. Ia persembahan yang menggabungkan muzik rock & roll dan slow rock yang memang sinonim dengan Search. Kami akan pastikan penonton yang hadir akan mengenang konsert ini sampai bila-bila,” katanya.

Selain itu, Search juga memilih UCS sebagai penganjur kerana yakin dengan reputasi syarikat itu yang sebelum ini sering sukses dalam menganjurkan konsert membabitkan artis antarabangsa di sini.

Apa yang menarik, Search tidak sendirian pada malam konsert yang dijangka berlangsung selama dua jam itu, sebaliknya mereka juga akan diiringi kumpulan Paladin yang dianggotai empat pemain cello.
Bayangkan muzik daripada cello bersatu dengan muzik Search? Tentunya ia sesuatu yang menarik dan di luar jangkaan!

Tiket-tiket berharga RM109, RM209, RM309, RM409 dan RM799 akan mula dijual mulai 15 Oktober ini secara atas talian di www.ticketpro.com.my.

Sebahagian daripada kutipan tiket konsert ini juga akan disalurkan ke Tabung Gaza.

Search

Search

Search

Search

Search

Search

KRONOLOGI SEARCH

1978 – The Second Traffic Jam / Amy (vokal), Hillary Ang (gitar), Yazit (dram), Man (bass)

1980 – Titanic/ Amy (vokal), Awang BPR (gitar), Syed Alwi (bass), Yus (keyboard), Tono (dram).
Band tanpa nama / Zainal Rampa (vokal/gitar), Hillary Ang (gitar), Yazit (dram), Memek (bass)

1981– Search / Amy (vokal), Hillary Ang (gitar), Yazit (dram), Daud (bass).
Search / Amy (vokal), Hillary Ang (gitar), Yazit (dram), Nasir (bass).

1982– Search / Amy (vokal), Man Kidal (gitar), Yazit (dram), Nasir (bass), Nordin (gitar).

1983 – Search / Amy (vokal), Man Kidal (gitar), Yazit (dram), Nordin (gitar), Yan (bass).

1985
Cinta Buatan Malaysia
Search/Amy (vokal), Man Kidal (gitar), Yazit (dram), Nordin (gitar).

1986
Langit & Bumi
Search / Amy (vokal), Hillary Ang (gitar), Nordin (gitar), Nasir (bass), Yazit (dram)

1987
Mentari Merah Di Ufuk Timur
Search / Amy (vokal), Hillary Ang (gitar), Nordin (gitar), Nasir (bass), Yazit (dram)

1988
Di Pintu Sepi
Search / Amy (vokal), Hillary Ang (gitar), Nordin (gitar), Nasir (bass), Yazit (dram)

1988
Berpaling
Search / Amy (vokal), Hillary Ang (gitar), Nordin (gitar), Nasir (bass), Yazit (dram)

1989
Fenomena
Search / Amy (vokal), Kid (gitar), Nordin (gitar), Nasir (bass), Yazit (dram)

1990
Karisma
Search / Amy (vokal), Kid (gitar), Nordin (gitar), Nasir (bass), Yazit (dram)

1992
Rampage
Search / Amy (vokal), Kid (gitar), Nordin (gitar), Yan (bass), Yazit (dram)

1992
Double Trouble (bersama Wings)
Search / Amy (vokal), Kid (gitar), Nordin (gitar), Yan (bass), Yazit (dram)

1995
Gema Di Timur Jauh
Search / Amy (vokal), Kid (gitar), Nordin (gitar), Nasir (bass), Yazit (dram)

1996
Rock & Roll Pie
Search / Amy (vokal), Kid (gitar), Nordin (gitar), Nasir (bass), Yazit (dram)

1998
Double Trouble 2 (bersama Wings)
Search / Amy (vokal), Kid (gitar), Nordin (gitar), Fauzi (bass), Yazit (dram)

1998
Bikin Wilayah
Search / Awie (vokal), Kid (gitar), Nordin (gitar), Fauzi (bass), Yazit (dram).

1999
Selepas Banjir
Search / Moq (vokal), Shah (gitar), Zam (bass), Yazit (dram)

16 Januari 2001
Search dibubarkan!

2003
Search / Amy (vokal), Kid (gitar), Nordin (gitar), Nasir (bass), Lola (dram).

2004
Search / Amy (vokal), Kid (gitar), Nordin (gitar), Nasir (bass), Yazit (dram)

2006
Gothik Malam Edan
Search / Amy (vokal), Hillary Ang (gitar), Nasir (bass), Yazit (dram)

2009 – hari ini
Search / Amy (vokal), Kid (gitar), Nordin (gitar), Nasir (bass), Yazit (dram).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Bersiri Setitis Kasih Darmia

Apa Yang Menarik Dalam THE WALKING DEAD Musim Ke-5