Konsert SATU Siti Nurhaliza: Pelanggan Maxis & Hotlink Dapat Potongan 20%
PELANGGAN Maxis & Hotlink NIKMATI POTONGAN 20% UNTUK TIKET “Konsert Eksklusif SATU” Dato’ Siti Nurhaliza. Semua hasil kutipan daripada Malam Gala akan didermakan kepada badan kebajikan.
Pada 26 Jun 2009, para pelanggan Maxis dan Hotlink akan menikmati potongan 20% untuk semua tiket sebagai sebahagian daripada Malam Gala Maxis bersama-sama Dato’ Siti Nurhaliza semasa “Konsert Eksklusif Satu” beliau.
Pemenang sepuluh kali Anugerah Industri Muzik (AIM) untuk Penyanyi Vokal Wanita Terbaik itu akan mengadakan persembahan sebagai sebahagian daripada aktiviti kutipan wang untuk kebajikan, daripada 8:30 malam hingga 10:30 malam di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Semua hasil kutipan Maxis akan didermakan kepada Yayasan Nurjiwa, badan kebajikan yang diasaskan oleh Dato’ Siti dan suami beliau, Datuk Khalid Jiwa.
Matthew Willsher, Ketua Pegawai Pemasaran Maxis Communications Berhad, berkata, “Melalui Malam Gala Maxis, kami ingin memberi suatu pengalaman istimewa kepada semua pelanggan Maxis dan Hotlink untuk bersama-sama seorang artis terkenal Malaysia. Inilah cara kami membalas kesetiaan para pelanggan, dengan memberi mereka peluang untuk menikmati hiburan yang menyeronokkan bersama keluarga dan kawan-kawan mereka. Kami akan mendermakan semua hasil kutipan Maxis daripada malam gala itu untuk badan kebajikan untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan juga mangsa bencana.”
Dari 10 hingga 24 Jun 2009, para pelanggan Maxis dan Hotlink boleh membeli tiket daripada Istana Budaya, Triways Travel & Tours (KLCC dan Taman Tun Dr. Ismail), MATIC, Malaysia Travel Bureau (MTB), Sri Amera Holiday Sdn Bhd (Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan Pasar Awam Presint 16, Putrajaya), atau daripada Ticket Charge (Signature Office Suite, Mid Valley di Kuala Lumpur). Talian khas Ticket Charge ialah 03-41498600 dan laman webnya ialah www.ticket2u.biz. Untuk menikmati tiket potongan 20%, para pelanggan Maxis dan Hotlink akan dikehendaki menunjukkan telefon mudah alih mereka sebagai bukti langganan. Tiket dijual pada harga RM80, RM120, RM180, RM250 dan RM300.

Maxis sering kali membawa hiburan bertaraf dunia kepada para pelanggannya yang setia sebagai ganjaran istimewa. Dalam dunia hiburan, Maxis sebelum ini membawa persembahan kelas A daripada penghibur seperti Gwen Stefani, sensasi pop Korea Rain, Sean Kingston, Pussycat Dolls, Fort Minor, dan Black Eyed Peas. Ia juga membawa penghibur Cina yang terkenal seperti David Tao, Eason Chan, Leo Ku, Miriam Yeung, S.H.E, Jay Chou, Z Chen dan A Mei.
Dalam bidang sukan, kejohanan Maxis Team Golf Tour yang dilancarkan baru-baru ini kini memasuki tahun ke sembilan. Ianya merupakan antara kejohanan golf amatur paling berprestij di dalam negara. Kejohanan tersebut telah memberi peluang kepada anggota Maxis One Club untuk bermain di padang golf terbaik di Mauritius, Australia, China, Thailand, Indonesia dan Malaysia.
Yayasan Nurjiwa dan Siti Nurhaliza Productions merupakan penganjur konsert tersebut. Konsert tersebut diberi nama ‘Konsert Eksklusif Satu’ dan diilhamkan daripada seruan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kepada rakyat untuk bersatu.

Baca artikel lain yang berkaitan:









June 12th, 2009 at 9:19 pm
Eh!, mne peginye peminat2 fanatik CT ni, x nak komen ke…..
June 13th, 2009 at 6:01 am
kurusnye siti… cantikk!
June 13th, 2009 at 10:18 am
Dah lompat parti kot??hehehe..
June 13th, 2009 at 10:19 am
CT memang cantikk!!!
June 13th, 2009 at 2:14 pm
kurusnya akak siti kte..!!!
peh….
June 13th, 2009 at 9:53 pm
siti……….sudah jatuh…………….terimalah hakikatnya………… hanya cerita rumah tanggamu lebih sensasi dari kerjaya nyanyianmu………………… walaupun aku tak minatmu tapi aku simpati kat mu…. walaupun aku tak sehebat kamu tapi hidupku lebih tenang dari mu……………….
June 14th, 2009 at 5:23 pm
atuk,
siti belum jatuh lagi la.. lainlah kalau anda kurang celik akan keberadaanya siti di persada seni selama ni…buktinya saja tiket konsert satu beliau laris mcm pisang goreng tanpa adanya sebarang tour promosi oleh empunya konsert harapkan press conference je hari itu kat istana budaya..
jikalau anda berfikiran sedemikian, biarlah MASA yang menentukan seberapa tepat andaian anda.. pada hemat saya, selagi siti masih mampu menyanyi selagi tu dia akan berada di liga teratas persada seni muzik negara..
June 14th, 2009 at 11:17 pm
kalo ct dh jatuh, xkan triket konsert die abis mcm pisang goreng panazzz??? atuk ni dh nyanyuk kot…tu arr..dh tua2 masih nk layan internet…hahahhaa..
June 15th, 2009 at 7:03 am
Thank God for photo touch ups…
June 15th, 2009 at 2:04 pm
siti mmg tak penah jatuh, tp maruah yg terjatuh. terang2 dia tu perampas. peminat still lg memuja. lg kan terang sudah bersuluh!!!!. klu btl siti dididik dgn baik? knp si saerah gagal dididik? andai kata mak bapak dia seorg yg m’jg keturunan dan maruah. knp di biarkan si saerah “berjimba2″ di disko,kelab2 mlm, bergaul bebas, b’tindik hidung, pusat? bertunang then putus, then…ayie dn rozie b’kahwin sbb ditangkap khalwat? renung2 kan dan selamat beramal
June 17th, 2009 at 9:09 am
ngeh2 atuk ni dah tua pun layan hiburan gak, ntah pape ntah cakap ct jatuh, kalau dah jatuh takdenye dia menang anugerah penyanyi wanita popular kat ABPBH tuh, huh penin arr atuk ni.. tak suka tak apa duk diam2 je jgn arr nyibuk
June 17th, 2009 at 11:07 am
Atuk,biarlah,jatuh bangun seseorang tu di tangan allah.walaupun siti akan jatuh,tapi,dia tetap lagenda di malaysia.
June 17th, 2009 at 5:50 pm
CANTIK GAK CT NIH..CUMA BAJU TUH KETAT CKIT UTK MUSLIMAH BERTUDUNG CAM DIA…TP SAPER BERANI KOMEN YE TAK..LAIN KALO ARTIS LAIN YG BERTUDUNG..MESTI KENA KUTUK GAK…MMMM “KONSERT SATU”…HOPEFULLY ADA LA BANGSA LAIN SELAIN MELAYU YG TGK KONSERT NIH…
June 17th, 2009 at 9:38 pm
Mkin cntik ct skang nie…huhuhu…
Siti blum jtuh lg r atuk…
June 20th, 2009 at 3:55 am
sokong sume! siti stil tak jatuh dan xkn jatuh smpai bile2..
she is the best lor!
tak sabar nk tgk konsert SATU ni! nsb baik smpat beli tiket sblm abis.. hehe..
SITI PENYANYI NO “SATU” DI MALAYSIA! SHE IS THE REAL “ONE” IN A MILLION!
June 20th, 2009 at 11:31 am
kak siti..cantik baju ni..erm..matang..n baju kak siti pon da jarang sampai kat bahu…harap kekalkan imej macam ni..lan support…
June 21st, 2009 at 9:19 am
aku saja je tulis cam tuuu… Nak tengok beramai ramai jadi peguam bela untuk tuk ti nie… hahhhahahhhahhaaa…
June 23rd, 2009 at 12:09 pm
she still the best!!!!
June 24th, 2009 at 12:40 am
bibirbibir… apa kena mengena siti x dididik dgn baik ngan saerah pergi disko ?? dh brape taun idup nih ??? dalam setandan pisang x semua nya elok…. tp org makan yg elok, org buang yang xelok.. sama lah cm kehidupan ni…. tgk diri ko .. family ko ade ngata2 org cm ni ?? xde kann.. tp ko ?? huhuhuh…
June 24th, 2009 at 12:11 pm
dato siti lawa la…..kiteorang suka sgt …tapikan dato siti dtgla tmpat kami nie……kat nitar 02…..kalu datg kami lagi suka kat siti…….apa rahsia vokal dato siti terbaik…..mmmmuaaahhhhhhhhhhh…………………bye………………………..
June 29th, 2009 at 1:44 pm
no word can explain… caiyokk!!