Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)











[ Iklankan Produk & Website anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Konsert Sambutan Eksklusif bersama Siti Nurhaliza Memukau?

Saya tidak berkesempatan untuk ke Konsert Sambutan Eksklusif bersama Siti Nurhaliza yang dianjurkan oleh Olay Total Effects. Senang sahaja untuk ke sana sebenarnya. Hanya perlu membeli produk kecantikan Olay Total Effects, peminat dapat menyaksikan persembahan Siti Nurhaliza secara ‘percuma’.

Peminat perempuan mesti ramai yang dapat pergi. Seronokkah kalian?

Petikan berikut adalah sekadar ingin mengabadikan segala memori pada hari tersebut.

Siapa kata Siti Nurhaliza sudah jatuh? Lihat sendiri, Siti masih bertahan walaupun bergelar isteri. Tapi jangan pula kita ingat langit tak semestinya cerah dan indah. Roda kehidupan akan sentiasa berputar mengikut masa. Apakah pasti Datuk Siti Nurhaliza akan terus bertahan? Sekarang kita masih menanti pengganti Siti Nurhaliza… Ternyata dia sukar ditandingi.

SITI MASIH ANGGUN MEMUKAU!
Oleh: Wahida Asrani (mStar Online)

Jika ada yang merasakan penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza sudah hilang ‘taring’ setelah bergelar isteri pada Ogos tahun lalu, ternyata telahan itu tidak tepat.

Jumaat lalu bertempat di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Siti buat julung kalinya mengadakan sebuah konsert khas bagi menghiburkan kira-kira 1,300 penonton yang rata-ratanya terdiri daripada pengguna produk kecantikan Olay Total Effects.

Konsert Sambutan Eksklusif bersama Siti Nurhaliza telah dianjurkan oleh P&G, untuk meraikan pengguna-pengguna setia produk itu di mana Siti sendiri adalah duta bagi produk tersebut.

Pertama kali mengadakan konsert setelah bergelar isteri, nampaknya Siti masih hebat beraksi di pentas dan tidak keterlaluan jika dikatakan persembahannya masih lagi ‘memukau’.

Aksi Siti di konsert pertamanya selepas bergelar isteri

(Foto The Star oleh Mohd Sahar Misni)

Walaupun ia hanyalah sebuah konsert mini dan jelas tidak segah konsert-konsert solo yang pernah dilakukannya sebelum ini, ternyata itu tidak menjadi alasan bagi bintang terkemuka ini untuk tidak memberikan yang terbaik kepada peminat-peminatnya yang hadir memenuhi setiap pelusuk dewan tersebut.

Kesemua penonton yang diraikan pada malam itu terdiri dari pengguna Olay Total Effects yang telah menuntut tiket masing-masing setelah membeli satu botol pelembap muka Olay Total Effects di antara 1 hingga 21 Januari lalu dan ini melayakkan mereka menerima sekeping tiket untuk setiap pembelian.

Siti yang tampil di pentas kira-kira jam 9.20 malam membuka tirai konsert dengan mendendangkan lagu Destinasi Cinta. Anggun dengan busana hitam, penyanyi ini secara terang-terangan mengaku agak berdebar untuk membuat persembahan pada malam itu.

“Nervous sebenarnya. Maklumlah dah lama tak buat persembahan macam ni. Jadi, bila diberi peluang untuk buat konsert ini, Siti amat menghargainya.

“Tapi entahlah, walaupun hanya konsert mini, Siti tetap rasa berdebar,� ujarnya sebaik tamat menghiburkan penonton dengan lagu pembuka tirainya itu.

Siti kemudiannya meneruskan persembahan dengan lagu Aku Cinta Padamu, Pastikan dan I Will Always Love You.

Tiada siapa yang dapat mempertikaikan kemantapan vokal diva tanahair ini ketika mendendangkan lagu-lagu tersebut, terutamanya ketika dia menyanyikan lagu Inggeris dendangan asal Whitney Houston itu.


Aksi seorang bintang…Persembahan Siti masih memukau!

(Foto The Star oleh Mohd Sahar Misni)

Interaksi Siti bersama penonton-penonton juga dilihat menampakkan peningkatan yang bagus dan kematangan seorang penghibur yang disayangi ramai.

Walaupun sering diselitkan dengan ayat-ayat ‘mempromosikan’ produk Olay tersebut, Siti tetap bijak mengawal mood penonton dengan usikan dan gurau senda.

Penyanyi ini meneruskan konsert dengan mempersembahkan lagu medley Indonesia seperti Teman Tapi Mesra, Pupus dan Pudar sebelum menutup segmen pertama itu dengan lagu ‘berhantunya’, Biarlah Rahsia.

Sebelum memulakan segmen kedua pada konsert tersebut, Siti turut diraikan oleh beberapa peminatnya dari CT Zone dengan sebuah kek ‘strawberry chocolate’ bersempena dengan sambutan hari lahirnya yang ke-28 pada 11 Januari lalu.

“Kek ’strawberry chocolate’ ini mengingatkan Siti pada ‘kenangan-kenangan indah’ Siti,â€? luahnya sambil tersenyum dan disambut dengan sorakan penonton, seperti memahami maksud tersirat penyanyi itu yang memang sinonim dengan ‘makanan romantis’ ini yang menjadi pengikat kasihnya dan suami, Datuk Khalid Muhammad Jiwa.

Beberapa buah lagu disampaikan oleh Siti kemudiannya iaitu Bukan Cinta Biasa, Siti Situ Sana Sini dan lagu kegemarannya, Dealova yang turut ditujukan khas untuk suami tercinta, walaupun kelibat Datuk Khalid tidak dilihat berada di situ.

Sebelum melabuhkan tirai konsert yang berlangsung selama satu jam setengah itu, Siti sempat menghiburkan penonton dengan sebuah lagu lama, Asmara, serta lagu hasil nukilannya sendiri untuk suaminya, Cahaya Cinta sebelum menutup persembahan ekslusifnya dengan lagu Hidup Penuh Bicara.

“Siti harap, konsert ini dapat mengubat rindu anda semua,” katanya ceria pada penonton yang hadir sebelum beredar ke belakang pentas.

Konsert Sambutan Eksklusif bersama Siti Nurhaliza itu telah dihoskan oleh dua DJ Era, Nila Kurnia dan Rostam.

ENTRI BERKAITAN DENGAN SITI NURHALIZA:

1. Gambar Terbaru Datuk Siti Nurhaliza & Datuk Khalid Part 2

2. Gambar Terbaru Datuk Siti Nurhaliza & Datuk K Part 1

Tags: ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Sekitar Konsert Sambutan Eksklusif Bersama Siti Nurhaliza
  • Rakaman Eksklusif Dato’ Siti Nurhaliza Bersama Peminat
  • Konsert Dato’ Siti Nurhaliza Akhir Tahun Ini?
  • Siti Nurhaliza di Konsert Setiakawan 2 @ Dataran Merdeka Malam Ini
  • Gambar Siti Nurhaliza di Temubual Eksklusif @ PNB Darby Park
  • Datuk Siti Nurhaliza di Laman Santai, Istana Budaya 21 Jun
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Jeddah Mekah Tunai Haji
  • Photo Siti Nurhaliza Bertudung Alaf Baru Hadhari
  • Datuk Siti Nurhaliza Hantar Mohd Adib Study ke Melbourne, Australia
  • Apa Kata Survey & Pool gua.com.my; Mila atau Siti Nurhaliza?



  • 3 Komen untuk entri “Konsert Sambutan Eksklusif bersama Siti Nurhaliza Memukau?”

    1. Ogik kata:

      yey..go siti!!! Still anggun w/pun ada sikit ’sihat’

      go to mawi jugak :)

    2. Sensasi Selebriti » Blog Archive » Gambar Sekitar Konsert Sambutan Eksklusif Bersama Siti Nurhaliza kata:

      [...] Foto-foto yang dihantarkan kepada saya oleh seorang kawan ini sekurang-kurangnya dapat memberi gambaran sebenar Konsert Sambutan Eksklusif bersama Siti Nurhaliza sememangnya memukau. [...]

    3. aku kata:

      actually ingat lg x anita srwk prnh tnya ct..ct d prasaan gmentar lg x bl ats stage??

      ct jwb d lg

      anita jwb jk ssorg pnyanyi msih punya prasaan gmentar bl d stage mkna nye die blm lg outstanding.

      (anita tnya ct dlm program yg ct buat jg)

      kirenye ct lum bgs lagik la…. jgn mare…

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:
















    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET