Konsert Roket! Destinasi: Bintang Hafiz, Aril dan Akim
Kesinambungan dari pengajian di AF, bekas finalis AF7 iaitu Hafiz, Aril dan Akim kali ini telah melalui program realiti TV berjudul ’Roket! Destinasi: Bintang’ bagi memantapkan persembahan dari segi vokal, tarian dan penampilan imej dengan tenaga pengajar yang terdiri daripada Stephen Rahman-Hughes, Juliza Adzlizan, Pat Ibrahim dan Tiara Jacquelina.

Sewaktu ditemui, Hafiz meluahkan keterujaannya diberi peluang buat julung kali untuk menjayakan konsert secara eksklusif yang bertempat di Borneo Rainforest, Sunway walaupun belum sampai setahun jagung bergelar artis.
Akim berkata, “Konsert Roket Bintang ini ialah tentang kisah bagaimana kami mahu menjadi seorang bintang. Ia akan menunjukkan kehidupan kami yang sebenar dan juga pembelajaran kami untuk menjayakan konsert ini,” jelasnya.
Akim yang turut teruja kerana terpilih menjayakan konsert itu, menganggap peluang keemasan tersebut sukar ditolak kerana ia merupakan impian buat penyanyi sepertinya yang ingin beraksi dalam sebuah konsert eksklusif. “Dalam konsert ini kami bukan sahaja dapat menimba ilmu tetapi juga merealisasikan impian untuk mengadakan konsert. Dari situlah kami akan ketengahkan bentuk konsert bagaimana yang kami inginkan’.
“Kami berbincang dengan Pat Ibrahim tentang bentuk koreografi yang kami inginkan sewaktu konsert itu. Pada masa sama konsert ini nampak pelbagai kerana adanya segmen peragaan fesyen,” tuturnya.
Sementara itu, Aril pula menyifatkan Konsert Roket! Destinasi: Bintang peluang keemasan kepadanya bersama Hafiz dan Akim untuk menunjukkan bakat mereka dalam bidang nyanyian. Ini kerana ujarnya, konsert yang diiringi kumpulan pemuzik diketuai Lee Sze Wan itu boleh dijadikan medan buat mereka mempromosikan lagu-lagu popular masing-masing yang selama ini lebih banyak disiarkan menerusi radio.

Program berjudul ’Konsert Roket Destinasi: Bintang’ ini mengandungi 7 episod yang meliputi persediaan, latihan dan pelbagai cabaran yang dilalui Hafiz, Aril dan Akim sebelum pembikinan ’Konsert Roket! Destinasi: Bintang’. Program ini turut memberi pendedahan luas kepada ketiga-tiga finalis untuk memantapkan karier masing masing dalam jangka masa tiga hingga lima tahun akan datang.
Saksikan kemunculan Akim, Aril dan Hafiz dalam Konsert Roket! Destinasi: Bintang yang akan ke udara di layar kaca saluran Astro Ria pada Sabtu, 13hb Mac 2010, jam 10.30 malam.
Tags: Akim AF7, Hafiz AF7Click on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





March 14th, 2010 at 6:20 pm
Harap artis2 baru ni berjaya dalam bidang yg mereka ceburi & tahan lama. Jgn jadik cam megi mee udahla ye!
March 16th, 2010 at 9:20 am
sy minat gler akim..gler gler gler gler..hOpe die success slu ok..
March 21st, 2010 at 12:10 am
hi sume.sy mmang mnat akim aril dlm kau dan aku