in

Konsert Rock Dihatiku UiTM

Budiey dapat emel daripada pelajar akhir Diploma Program Pengurusan Seni, Universiti Teknologi Mara UiTM Shah Alam yang akan menganjurkan satu persembahan konsert amal yang dinamakan KONSERT DIHATIKU pada malam ini. Konsert ini melibatkan pelajar Diploma Program Pengurusan Seni yang diketuai oleh pelajar semester akhir dengan bantuan pelajar semester 3 dan 4 dari Fakulti Filem Teater dan Animasi, Kampus Puncak Perdana, Shah Alam.

sofea

Kumpulan rock 80 an SYJ, akan berganding bahu bersama kumpulan rock 90 an JINBARA untuk menggegarkan konsert yang julung kalinya diadakan untuk Diploma Showcase. Manakala pelawak tersohor tanah air, Saiful Apek, akan memainkan peranannya dalam menggamatkan suasana ketika konsert ini berlangsung dengan menjadi pengacara.

Diploma Showcase merupakan projek akhir bagi pelajar-pelajar tahun akhir Diploma Program Pengurusan Seni, jika sebelum ini Diploma Showcase banyak mementaskan Teater tetapi kali ini kami membawa kelainan dengan mengadakan “KONSERT DIHATIKU”.

Sudah menjadi turun temurun di dalam Fakulti Filem Teater dan Animasi untuk mengadakan Diploma Showcase, ini kerana ianya menjadi platform untuk para pelajar mempraktikkan apa yang telah dipelajarinya selama 3 tahun di dalam bidang Pengurusan Seni.

Kejayaan pementasan atau persembahan oleh pelajar yang sudah menggenggam segulung Diploma Pengurusan Seni sebelum ini, ia telah membakar semangat generasi baru untuk meneruskan adat fakulti ini. Dengan adanya program ini dapatlah kami mengukur kemampuan kami untuk menguruskan sesuatu acara selaras dengan apa yang dituntut oleh subjek di fakulti kami.

Sejurus itu dapat membuktikan bahawa kami mampu untuk menguruskan berdasarkan apa yang telah kami pelajari serta sebagai menepati keperluan subjek pembelajaran.

Maklumat tentang konsert ini adalah seperti berikut :
Tarikh : 13 Mac 2013
Hari : Rabu
Tempat : Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam
Waktu/Masa : 8.30-11.30 malam
Harga Tiket : RM25 (Biasa) RM50 (VIP)
Sidang Media : 11 Mac 2013

Julung kali diadakan tiga grup kumpulan rock akan menghangatkan pentas iaitu SYJ Sofea, Jinbara dan Bunkface. Apa yang penting, kutipan hasul jualan tiket pada malam ini akan disalurkan kepada persatuan kebajikan Yayasan Mengubah Destini Anak Bangsa (YMDAB).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Interview with Korean Girl Group 4minute Samsung La’Fleur Collection

Tawaran Hebat Dari Tune Hotels Di Pameran Pelancongan