in , ,

Artis Terkenal Meriahkan Siaran Langsung Konsert Pesona

Sempena Karnival Sehati@RTM #mohlaweh, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan konsert khas yang diberi nama “Konsert Pesona” disiarkan secara langsung pada 4 November ini, pukul 9.00 malam menerusi saluran TV2.

Konsert yang bakal menghimpunkan artis-artis ternama tanah air seperti Dato’ Jamal Abdillah, Saleem, Ezad Lazim dan Mus May akan mengembalikan zaman 80 hingga 90an dimana lagu-lagu seperti Sendiri, Suci Dalam Debu dan Isabela 98 akan dipertaruhkan.

poster Konsert Pesona di TV2

Bukan itu saja, Ratu Dangdut Amelina turut mencuri tumpuan bersama Siti Sarah Raisuddin dengan lagu berbisa mereka. Konsert ini turut diiringi oleh kombo RTM. Generasi Muda yang hadir turut bakal dihiburkan dengan Ernie Zakri, Wany Hasrita, Tajul, Haqiem Rusli, dan Waris.

Konsert yang menampilkan pengacara anak jati kelahiran Pahang iaitu Karl Shafek dan Sharifah Shahirah ini turut menampilkan artis tempatan seperti Zetty dan Anok Semantan.

Konsert terbitan Hiburan TV RTM yang bakal berlangsung bertempat di Dataran Serambi Teruntum, Kuantan Pahang ini juga boleh ditonton secara langsung melalui myklik.rtm.gov.my dan Facebook live TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tombiruo: Penunggu Rimba Kutip RM7Juta Bakal Dipasarkan di Peringkat Antarabangsa

Raja Afiq Mainkan Perasaan Wanita dalam LELAKI ITU PEMILIK HATIKU